Jul 5, 2009

Perlukah Tattoo Dibuang Setelah Masuk Islam

Soalan:
SAYA berkawan dengan lelaki Iban dan akan memeluk Islam tetapi terdapat tatu pada bahagian lengan lelaki berkenaan. Untuk pengetahuan ustaz tatu itu akan dibuang menggunakan asid.

Jadi perlukah saya merujuk pada doktor atau ustaz adakah tatu yang dibuang menggunakan asid itu sah dan diterima dalam Islam?


Jawapan:

Hukum bertatu adalah haram ke atas lelaki dan wanita. Walaupun baginda merujuk kepada golongan wanita, ini tidak bermaksud harus bagi kaum lelaki. Namun hari ini kita dapat melihat bahawa bertatu ini menjadi satu trend di kalangan remaja dan segelintir orang dewasa.

Ada yang bertatu dengan alasan tidak mahu ketinggalan dengan trend semasa. Sedangkan bertatu bukan dari budaya orang Islam malahan budaya jahiliah. Sebab itulah Rasulullah saw mengharamkan amalan jahiliah ini.

Nas yang dijadikan sandaran bagi pengharaman tatu pertamanya daripada hadis Rasulullah SAW daripada Abdullah bin Umar: Allah melaknat perempuan-perempuan yang membuat tatu dan yang meminta dibuat tatu pada badannya, perempuan-perempuan yang minta dicukur alis (bulu keningnya) dan perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya untuk kelihatan cantik iaitu perempuan-perempuan yang merubah ciptaan Allah. (riwayat al-Bukhari)

Di dalam al-Quran, Allah SWT menyuruh kita bersegera kepada seruan Allah dan Rasul-Nya SAW.

Maksud firman Allah: Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka diajak ke pada Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata: “Kami dengar dan kami taat”: dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan. (al-Nur: 51).

Ada pula di kalangan orang Islam apabila ditanya kenapa bertatu diberi alasan tidak tahu bahawa tatu itu haram.

Beginilah sikap manusia yang sering mencipta alasan untuk menghalalkan cara. Tetapi dalam persoalan kawan saudari yang berbangsa iban itu bertatu sebelum Islam.

Mungkin bertatu adalah budaya masyarakat iban. Namun demikian selepas dia menganut Islam bukan itu yang pertama kena buat.

Persoalan yang pertama perlu diberi penekanan adalah persoalan akidah, membina keyakinan dan kepercayaan yang mutlak terhadap ketuhanan Allah dan menafikan selainnya dari dianggap menjadi tuhan.

Sekiranya penekanan terhadap keimanan dan pengEsaan terhadap Allah lebih utama. Walaupun demikian perlu juga difikirkan bagaimana dapat membantu beliau yang baru Islam untuk memahami Islam yang syumul ini. Termasuklah juga persoalan-persoalan fikah dan akhlak.

Merujuk kepada tatu yang terdapat di lengan kaki lelaki tersebut perlu dilihat kepada bentuk ukirannya.

Sekiranya ukiran tersebut bentuk objek makhluk atau bentuk berhala maka hendaklah dibuang. Namun sekiranya tatu itu sekadar ukiran corak yang tidak membentuk makhluk terpulang kepada lelaki tersebut sama ada ingin buang atau tidak.

Ini kerana Allah mengampun segala dosa dan kesalahan yang dilakukan oleh seseorang sebelum Islamnya, yang demikian dapat dilihat dalam hadis Rasulullah yang bermaksud: ...Sesungguhnya Islam menghapuskan kesalahan dan dosa seseorang itu sebelum Islam….(riwayat Muslim, no:121, jld:1, hlm:112)

Hadis ini memberi petunjuk sesungguhnya kesalahan yang dilakukan oleh seseorang itu sebelum menerima hidayah adalah dihapuskan serta merta dengan terlafaznya syahadah (pengakuan masuk Islam).

Namun demikian pandangan peribadi saya eloklah dibuang tatu yang ada di lengan kaki bagi mengelak fitnah dan buruk sangka. Tidak semua mengetahui yang saudara itu baru masuk Islam.

Pada masa yang sama sekiranya proses membuang tatu boleh memudaratkan nyawa atau boleh mengundang masalah lain pada kesihatan, tidak perlu dibuang biarpun tatu itu berbentuk makhluk.

Namun, jangan pula didedahkan atau ditayangkan tatu itu kepada orang lain. Di dalam kepesatan teknologi perubatan ada di sana pencapaian teknologi perubatan yang tidak perlu menggunakan asid. Malahan tatu boleh dihilangkan dengan menggunakan sinar infra merah seperti yang dinyatakan melalui petikan berikut: “Pada tahun 1991, Dr. Tolbert Wilkinson dari San Antonio, Texas telah mengemas kini sejenis prosedur yang menggunakan sinar infra merah yang tidak memberi kesan parut yang ketara serta kurang mahal…”.

Proses membuang tatu adalah rumit dan memakan masa. Prosedur tradisional seperti dermabrasion atau pembedahan akan meninggalkan kesan parut. Justeru itu prosedur tersebut sudah jarang digunakan hari ini.

Penyingkiran tatu menggunakan laser pula adalah pendekatan paling umum. Tetapi ia memerlukan kepakaran profesional dan adalah agak mahal khasnya bagi penduduk di negara Dunia Ketiga. Untuk membuang tatu mesti mendapatkan bantuan nasihat daripada doktor dan jangan bertindak menjadi doktor kerana dikhuatiri akan timbul masalah yang lain pada kulit, ini sebab tisu kulit sangat sensitif.

12 comments:

Anonymous said...

sebernanya jawapan dia apa betul ke salah

Anonymous said...

good

Unknown said...

Panjangnya jawapan, kwn saya 1bdan tato mcm mana plak tu, tk mampu nk buang mahal, "seluruh bdan"

Anonymous said...

Sekiranya ukiran tersebut bentuk objek makhluk atau bentuk berhala maka hendaklah dibuang. Namun sekiranya tatu itu sekadar ukiran corak yang tidak membentuk makhluk terpulang kepada lelaki tersebut sama ada ingin buang atau tidak.

Ini kerana Allah mengampun segala dosa dan kesalahan yang dilakukan oleh seseorang sebelum Islamnya,

N13 said...

Jika sekiranya tatu nya d seluruh lengan, ia bercorakkan ikan kui berkeliling sebanyak 4 ekor. Bagaimana ?

Unknown said...

Bangan punya jwpan....panjang bejela... Jwpan tak ada pn.... Perlu ke tidak tato tu di buang tu je mslh nya.... Tak fhm soalan ke terlebih nk jdi ustad

Anonymous said...

saya ada soalan...allah s.w.t ade menyatakan bahawa menyakiti diri itu adalah haram.okey....ade soalan dari petikan saya " kalau orang tu baru masuk islam dan betatoo,tapu dia nak buang tatoo itu,dalam masa yang sama dia jenis tak tahan sakit...dan dekat badan dia ada lambang SALIB..???

Unknown said...

BRO kan dia dah jawab terpulang pada orang itu nak buang atau tidak,jangan marah² baca balik
*maaf kalau buat bro tak senang dengan apa yang saya balas*
sorry

HAMBA ALLAH said...

jaga adab...

Saudara berhijrah said...

Assalamualaikum, sy ni cina muslim yg bertattoo harimau kt bahu, mmg ingin nk buang tp kedai charge harga mahal, tuan blg kongsi ke kt mana ada tlg buang tattoo... Trm ksh

Seo said...

Thanks for the info. You may find eyebrow tattoo removal service in Hairva+ Malaysia.

Anonymous said...

Aku pernah tengok perempuan melayu bertatu semasa mak aku urut badan dia dirumah..memang mak aku cakap ramai perempuan melayu ada tatu..berkali mak jumpa masa mengurut.

Post a Comment