Dec 21, 2008

Kencing Berdiri

Assalamualaikum...

Maaf, ini pertama kali saya membuat 'post', mungkin tatacaranya tak kena.
Saya sangat berharap ustaz-usraz dapat membantu saya dalam menyelesaikan persoalan "Kencing berdiri" ni... Ada sahabat saya yang menulis berhubung dengan kencing sambil berdiri; yang akan membantu para syaitan dalam menyembuhkan penyakitnya dengan menggunakan air kencing manusia yang kencing sambil berdiri. Ianya diambil dari buku yang menceritakan Dailog Nabi Muhammad SAW Dengan Penghulu Iblis bernama Azazal/Azazil(tak pasti).Sedangkan dalam Sahih Muslim ada meriwatkan bahawa Rasulluh SAW pernah kencing sambil berdiri....diriwayatkan oleh Abu Huzaifah.

Wassalam

*****************
W'salam

Apa yg benar adalah Rasulullah saw pernah kencing secara duduk maupun berdiri. Ini berdasarkan kpd hadis2 berikut:

Dari Hudzaifah ra, beliau melihat Nabi saw buang air kecil di kawasan pembuangan sampah sebuah kabilah sambil berdiri."[Hadis riwayat Muslim]

Dari Aisyah ra, sesiapa yg menceritakan bahawa Nabi saw buang air kecil secara berdiri, maka janganlah kalian mempercayainya. Tidak pernah beliau buang air kecil melainkan secara duduk."[Hadis riwayat tirmidzi]

Kedua2 hadis di atas adalah sahih. Walaupun kedua2 hadis ini seakan2 bertentangan, ini tidak bermakna salah satu hadis di atas dimansukhkan.

Utk menyelesaikan percanggahan hadis ini, salah satu dpdnya adalah hadis hukum iaitu hadis yg pertama. Dgn erti kata lain hadis yg pertama menajdi dalil bahawa kencing berdiri itu tidaklah haram.

Imam Nawawi dalam syarah Muslim berkata, yg lebih saya sukai ialah kencing sambil duduk (ia lebih sopan dan adab yg baik) tapi sambil berdiri pun dibolehkan. Kedua-duanya ada dasarnya dari Nabi saw. Allahu a'alam

****************************
Assalamualaikum

Urinating whilst standing

www.fatwa-online.com
Question: Is it permissible for a person to urinate whilst standing, and what is the ruling regarding this?

Response: It is disliked for a person to urinate whilst he is standing, unless he is in need to do that, such as he has an illness and is unable to sit, then there is no harm in him urinating whilst standing. (Also) if the place is dirty and impure such that if he were to crouch down (to urinate) he would be soiled (by the filth around him) or the place is muddy and if he were to crouch down (to urinate) he would be soiled (by the filth and mud around him), then there is no harm in him urinating whilst standing (so long as he has) [for] a good reason (to do so).

As for without (good) reason, then it is disliked for him to urinate whilst standing, because this could be a cause for him to become impure from the sprinkles of the urine upon him, and Allaah has the complete knowledge.

Shaykh Saailh ibn Fowzaan
al-Muntaqaa min Fataawa Shaykh Saalih al-Fowzaan - Volume 5, Page 7, Fatwa No.2

Adakah fatwa alternatif kepada fatwa di atas.

Pakaian yang dipakai hari ini[berseluar] menyukarkan untuk duduk kecuali membuka seluar didalam tandas yang berkemungkinan terkena pula najis.

******************************
Fatwa al-Qardhawi dalam Fiqh Thaharah, bahawa terdapat khilaf dalam hukum kencing berdiri. Hadith Aisyah, menafikan dgn keras Nabi pernah kencing berdiri, hadith Hudzaifah membolehkan pula kerana dia pernah melihat Nabi saw kencing berdiri, Maka kata Qardhawi, khilaf ini menjadi dalil kencing berdiri itu dibolehkan saja. Diperkuatkan lagi dgn tempat kencing khas utk lelaki yg disediakan dalam toilet moden hari ini...maka kekhuatiran akan terperencik kencing itu sudah hilang.

******************************
Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani



Pertanyaan:
Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani ditanya : “Rasulullah SAW melarang buang air kecil sambil berdiri sebagaimana diriwayatkan oleh sayyidah Aisyah. Tetapi kemudian beliau buang air kecil sambil berdiri. Jadi bagaimana untuk mengkompromikan (di antara dalil-dalil ini) ?”


Jawapan:
Riwayat bahawa beliau melarang kencing sambil berdiri tidak shahih. Baik riwayat Aisyah ataupun yang lain.

Disebutkan dalam sunan Ibnu Majah dari hadits Umar, beliau SAW berkata :

Ertinya : “Janganlah engkau kencing berdiri”.

Hadits ini lemah sekali. Adapun hadits Aisyah, yang disebut-sebut dalam pertanyaan tadi sama sekali tidak berisi larangan Rasulullah SAW kencing sambil berdiri. Hadits tersebut hanya menyatakan bahawa Aisyah belum pernah melihat Rasulullah SAW kencing sambil berdiri.

Kata Aisyah RA:


Ertinya : “Barangsiapa yang mengatakan pada kalian bahawa Nabi SAW pernah buang air kecil sambil berdiri maka janganlah kalian membenarkannya (mempercayainya)”.

Apa yang dikatakan oleh Aisyah tentu saja berdasarkan atas apa yang beliau ketahui sahaja.

Disebutkan di dalam shahihain daripada hadits Hudzaifah bahawa beliau SAW melewati tempat sampah suatu kaum, kemudian buang air kecil sambil berdiri.

Dalam keadaan seperti ini ulama fiqh berkata : “Jika bertentangan dua nash ; yang satu menetapkan dan yang lain menafikan, maka yang menetapkan didahulukan daripada yang menafikan, karena ia mengetahui sesuatu yang tidak diketahui oleh pihak yang menafikan.

Jadi bagaimana dengan hukum kencing sambil berdiri ?


Tidak ada aturan di dalam syari’at tentang mana yang lebih utama kencing sambil berdiri atau duduk, yang mesti diperhatikan oleh orang yang membuang air hanyalah bagaimana caranya agar dia tidak terkena percikan kencingnya. Jadi tidak ada ketentuan syar’i, apakah berdiri atau duduk. Yang penting adalah seperti apa yang beliau SAW sabdakan.

Maksudnya : “Lakukanlah tata cara yang boleh menghindarkan kalian daripada terkena percikan kencing”.

Dan kita belum mengetahui adakah shahabat yang meriwayatkan bahawa beliau pernah kencing sambil berdiri (selain hadits Hudzaifah tadi, -pent-). Tetapi ini bukan bererti bahawa beliau tidak pernah buang air kecil (sambil berdiri, -pent-) kecuali pada kejadian tersebut.

Sebab tidak lazim ada seorang shahabat mengikuti beliau ketika beliau SAW buang air kecil. Kami berpegang dengan hadits Hudzaifah bahawa beliau pernah buang air kecil sambil berdiri akan tetapi kami tidak menafikan bahawa beliaupun mungkin pernah buang air kecil dengan cara lain.

(Disalin dari kitab Majmu’ah Fatawa Al-Madina Al-Munawarah, edisi Indonesia Fatwa-Fatwa Al-Bani, hal 135-137, Pustaka At-Tauhid)

Kategori: Al-Masaa’il
Sumber: www.almanhaj.or.id
Tanggal: Kamis, 10 Juni 2004 20:41:11 WIB

********************************

0 comments:

Post a Comment