May 25, 2011

Kafarat Nazar 10 Orang Miskin

Postby Guest »

assalamualaikum.

kaffarat org yg melanggar nazar ialah antaranya memberi makan 10 org miskin (1.5kg beras/orang). Boleh tak saya membayar kepada sebuah keluarga miskin yg hanya ada 3 beranak saja tp dgn kadar nilai untuk 10 org (1.5 X 10 = 15kg beras)..?

Guest


********* JAWAPAN *********
Postby Abu_Umair »

Bagi kaffarah nazar, syarak telah menaskan sifat-sifatnya secara terperinci di dalam Quran. Firman Allah Taala:

Maksudnya: Allah tidak menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpahmu yang tidak dimaksud (untuk bersumpah), tetapi Dia menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpah yang kamu sengaja, maka kaffarah (melanggar) sumpah itu, ialah memberi makan sepuluh orang miskin, iaitu dari makanan yang biasa kamu berikan kepada keluargamu, atau memberi pakaian kepada mereka atau memerdekakan seorang hamba. Barangsiapa tidak mampu melakukan yang demikian, maka kaffarahnya puasa selama tiga hari. Yang demikian itu adalah kaffarah sumpah-sumpahmu apabila
kamu bersumpah (dan kamu langgar). (Al-Maidah: 89)

Syarak telah menaskan bilangan miskin, iaitu SEPULUH ORANG. Maka tidak memadai memberi makan kurang daripada sepuluh orang miskin, kerana dianggap menyalahi nas. (Al-Hawi al-Kabeer 15/299).

Wallahu A'lam.

1 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum..

sy ingin bertanya tentang nazar.
sewaktu saya masih belajar di matrikulasi,
sy telah bernazar seandainya result sem 1 sy mengena ataw terlebih dari target sy, sy akan tinggal di pondok selama 41 hr,
sbnrnya sy cuma nak tggl dalm smggu untuk menadah kitab.
memandangkan sewaktu sy ingin bernazar itu ibu dan nenek beritahu " kalau nak duduk pondok, sekurang kurangnya kena 41 hari " . jd sy pun bernazarlah selama 41 hari.

sy akui kesilapan sy, sy bernazar sedemikian kerana sy sangka sy takkan dpt result spt yg sy targetkan.. dan sy mmg berniat untuk berhenti selepas sem 2 kerana sy rasa benar2 tidak mampu utk follow pelajaran di sana.

sekali lg sy akui kesilapan sy dan sy menyesal.
sy mmg nak menambah ilmu agama. akui diri ini sgt jahil dan ingin berubah.

sewaktu sy bernazar, sy tengah tertekan dan sy akui sy ni slalu bercakap tak fikir. akui kesilapan sy. skrg sy rasa tidak mampu untuk tunaikan nazar ini. berdosa besarkah sy?
sy benar benar menyesal dgn tindakan sy.

kaffarah yg mcm mana kah sesuai untuk sy? apakah sama spt ini >> Bagi kaffarah nazar, syarak telah menaskan sifat-sifatnya secara terperinci di dalam Quran. Firman Allah Taala:

Maksudnya: Allah tidak menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpahmu yang tidak dimaksud (untuk bersumpah), tetapi Dia menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpah yang kamu sengaja, maka kaffarah (melanggar) sumpah itu, ialah memberi makan sepuluh orang miskin, iaitu dari makanan yang biasa kamu berikan kepada keluargamu, atau memberi pakaian kepada mereka atau memerdekakan seorang hamba. Barangsiapa tidak mampu melakukan yang demikian, maka kaffarahnya puasa selama tiga hari. Yang demikian itu adalah kaffarah sumpah-sumpahmu apabila
kamu bersumpah (dan kamu langgar). (Al-Maidah: 89)

sahkan seseorang itu bernazar dalam keadaan tak stabil ( jiwa kacau )?

Post a Comment