Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh,
Dear brothers and sisters,
Since I'm in UK, near to Blackburn, which locate very famous stoke on trent
selling those items. I' would like to ask about some "hukum" in Islam regards
these matter. Many Moslem Malaysian here bought these poduct which is confirmed
containt bone china. But these people claimed that it from cow carcass/bone
(some of them claimed the pig bone is not use anymore). What is the "hukum" in
Islam using these crockery. What the "hukum" of using these luxury good when
eating and drinking? Is there any statement prohibited us as this a wrong doing
in Islam?
We not intend to purchase these items but some of our friends here are always
encouraging us to buy these as it is very cheap in UK as in Malaysia it will
cost thousand of ringgit. How we can explain to them + dakwah.
***************
Wa'alaikumsalam!
Saya cuba jawab dari apa yang saya baca dari buku Fiqah Islam oleh Prof. T.M.
Hasbi Ash-Shiddiqiey Masaalah 32 bab Bejana-Tulang.
Thauban r.a menerangkan: " Bahawasanya Rasulullah saw menyuruh supaya dibeli untuk Fatimah sebuah kalung dari gigi binatang dan dua gelang dari gading" (Riwayat Abu Daud dalam Sunannya tanpa menyebut sesuatu celaan; al Mughni 1:60)
Kata at Thauri dan Abu Hanifah; tulang bangkai boleh digunakan oleh bejana air dan lain-lain sebab dia suci.
Kata Malik, Asy Syafie dan Ahmad (ibnu Hanbal); tulang bangkai najis.
Kata Ibnu Hazm (mazhab Zahiri); Tulang bangkai, tanduknya boleh kita memakainya. Hanyalah memakannya saja yang diharamkan.
Kami (Prof. T.M. Hasbi Ash-Shiddiqiey) berpendapat bahawa tulang bangkai suci, demikian juga tanduk dan kukunya.
Sesungguhnya pendapat ini diriwayatkan juga dari Malik dan Ahmad oleh sebahagian sahabat-sahabatnya. Dan ini juga mazhab Muhammad Ibnu Sirin dan Ibnu Juraij.
Hadis Ibnu Abbas menegaskan bahawa yang diharamkan hanya memakan daging bangkai. Kalau demikian, mempergunakan tulang, keluar dari yang diharamkan. (Hadis Ibnu Abbas yang maksudnya Rasulullah saw, "Hanya saja yang diharamkan (dari bangkai), ialah: memakannya"; riwayat al Jemaah kecuali Ibnu Majah).
Demikian sebahagian besar petikan buku Fiqah Islam oleh Prof. T.M. Hasbi Ash-Shiddiqiey Masaalah 32 bab Bejana-Tulang. Boleh ditambah dan diperbetulkan oleh rakan-rakan yang lain.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment