Dec 30, 2008

Aurat Lelaki Muslim Dengan Lelaki Non Muslim

Salam

ada satu lg soalan ttg aurat.

bagaimana aurat kita dgn org bkn islam?
yg saya maksudkan di sini ialah aurat lelaki muslim dgn lelaki kafir.
dan aurat perempuan muslim dgn perempuan kafir

jkk

---------
:بسم الله، و الحمد لله، و الصلاة والسلام على رسول الله، وبعد

Berkenaan dengan perkara ini terdapat khilaf dikalangan Ulama.Ini kerana disebabkan perbezaan pandangan di dalam memahami ayat berkaitan dengan aurat daripada Surah al-Nur ayat 31,

وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آَبَائِهِنَّ أَوْ آَبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ

dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita mereka, atau budak-budak yang mereka miliki,

Secara ringkasnya dapat disimpulkan bahawa :

1. Sebahagian Ulama mengatakan maksud perkataan (wanita-wanita mereka) itu ialah wanita-wanita muslimah sahaja.Maka aurat antara wanita muslimah dengan bukan Muslim tidak boleh seperti wanita muslimah.Auratnya mestilah keseluruhan tubuh badan kecuali muka dan kedua tapak tangan.Pendek kata , seperti aurat ketika berhadapan dengan lelaki asing yang bukan mahram.

2. Manakala sebahagian ulama lain pula menyebutkan antaranya al-Razi, al-Alusi dan ibn al-Arabi, pengertian (wanita-wanita mereka) itu ialah semua wanita tidak kira yang muslim atau non muslim.Maka aurat wanita muslim dengan non muslim adalah sama dengan wanita muslim , iaitu dari pusat hingga ke lutut sahaja.Selain daripada itu bolehlah didedahkan atau diperlihatkan.

Tahqiq wa tarjih

Pendapat yang boleh diambil sebagai pendapat yang rajih ialah seperti yang telah di nukilkan oleh Al-Fadhil Syaikh Kamin yang dikeluarkan oleh Lajnah Daimah seperti di bawah ini :

Quote:

Mengenai pandangan yang mengatakan bahawa terdapat hukum yang berbeza apabila berdepan dengan wanita Islam dan bukan Islam, al-Lajnah al-Da'imah menjawab :-

فيه قولان لأهل العلم ، والأرجح : عدم الوجوب ؛ لأن ذلك لم يُنقل عن أزواج النبي صلى الله عليه وسلم ، ولا عن غيرهن من الصحابيات حين اجتماعهن بنساء اليهود في المدينة والنساء الوثنيات ، ولو كان واقعاً لنُقل كما نُقل ما هو أقل منه .

"terdapat 2 pandangan ulama' mengenai perkara ini. Pandangan yang terbaik adalah ianya tidak wajib, kerana tidak ada nas mengenai perkara ini diriwayatkan dari isteri2 Nabi atau wanita lain dari kalangan Sahabat apabila mereka bertemu dengan kaum Yahudi dan Wanita penyembah berhala di Madinah. Jika ini berlaku sudah tentu ia disebarkan."

Fatwa seterusnya menyebut :-

لا مانع من كشف المرأة وجهها عند المرأة ، مسلمة كانت أو كانت كافرة ؛ لأنها لم تُؤمر بستر وجهها إلا عن الرجال الذين ليسوا من محارمها ، قال تعالى : ( وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلاَّ لِبُعُولَتِهِنَّ )

"Tidak ada sebab mengapa wanita diwajibkan tidak membuka wajahnya dihadapan wanita lain, samada ianya Muslim atau kafir, kerana wanita diarahkan menutup aurat mereka dihadapan lelaki yang bukan mahram mereka. Firman Allah :

...dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan ... [al-Nur : 31] " [Fataawa al-Lajnah al-Daa’imah, 17/287, 288]

Apa yang dimaksudkan dengan "perempuan" didalam ayat ini adalah semua wanita, samada Islam atau bukan Islam.

Kesimpulannya, jika wanita Islam tadi bebas dari fitnah, maka wanita Islam tersebut batas aurat wanita Islam tadi adalah sama sahaja dengan wanita Islam atau wanita bukan Islam. Sebagaimana kata Ibn Utsaimin rh, pakaian tersebut hendaklah tidak ketat dan juga tidak nipis.

Sila rujuk link di bawah :
http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=28768&sid=b5a10729ebb1463b7ba238c5a3e42567


WA

0 comments:

Post a Comment