Dec 23, 2008

Suka Bercerita Dosa-dosa Yang Lalu

Assallamuailaikum...saya saudari yang baru menyertai halaman ini dan saya mempunyai satu soalan.a)Apakah hukumnya seseorang yang selalu/kembali menceritakan keburukan(dosa) yang dilakukan dimasa lepas:seperti:saya pernah berzina tapi kini telah bertaubat etc..i forgot but i still got this idea in my head saying that Allah SwT wont forgive the sins that you keep telling ppl about.Pls explain..apologised if i ask the wrong question.


Larangan Membuka Keaiban Diri Sendiri

Adalah dilarang membuka keaiban diri sendiri, ini sabit dari hadith S.A.W:
‏حدثني ‏ ‏زهير بن حرب ‏ ‏ومحمد بن حاتم ‏ ‏وعبد بن حميد ‏ ‏قال ‏ ‏عبد ‏ ‏حدثني ‏ ‏و قال ‏ ‏الآخران ‏ ‏حدثنا ‏ ‏يعقوب بن إبراهيم ‏ ‏حدثنا ‏ ‏ابن أخي ابن شهاب ‏ ‏عن ‏ ‏عمه ‏ ‏قال قال ‏ ‏سالم ‏ ‏سمعت ‏ ‏أبا هريرة ‏ ‏يقولا ‏
‏سمعت رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏يقول ‏ ‏كل أمتي ‏ ‏معافاة ‏ ‏إلا المجاهرين وإن من ‏ ‏الإجهار ‏ ‏أن يعمل العبد بالليل عملا ثم يصبح قد ستره ربه فيقول يا فلان قد عملت البارحة كذا وكذا وقد بات يستره ربه فيبيت يستره ربه ويصبح يكشف ستر الله عنه ‏قال ‏ ‏زهير ‏ ‏وإن من ‏ ‏الهجار ‏

Diriwayat Abu Hurairah R.A, ia berkata Aku pernah mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Semua umatku akan ditutupi segala kesalahannya kecuali orang-orang yang berbuat maksiat dengan terang-terangan. Masuk dalam kategori berbuat maksiat terang-terangan adalah bila seorang berbuat dosa di malam hari kemudian Allah telah menutupi dosanya, lalu dia berkata (kepada temannya): Hai Fulan! Tadi malam aku telah berbuat ini dan itu. Allah telah menutupi dosanya ketika di malam hari sehingga ia bermalam dalam keadaan ditutupi dosanya, kemudian di pagi hari ia sendiri menyingkap tirai penutup Allah dari dirinya" (Hadith sahih Muslim)

Bersangka Baik dgn Allah

) يقول الله عز وجل : أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِيْ بِي، وَأَنَا مَعَهُ حِيْنَ يَذْكُرُنِيْ، إِنْ ذَكَرَنِي فِي نَفْسِهِ ذَكَرْتُهُ فِي نَفْسِي، وَإِنْ ذَكَرَنِي فِي مَلإٍ ذَكَرْتُهُ فِي مَلإٍ خَيْرٌ مِنْهُمْ، وَإِنْ تَقَرَّبَ إِلَيَّ شِبْرًا تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ ذِرَاعًا، وَإِنْ تَقَرَّبَ إِلَيْهِ ذِرَاعًا تَقَرَّبْتُ مِنْهُ بَاعًا، وَمَنْ أَتَانِيْ يَمْشِي أَتَيْتُهُ هَرْوَلَةً [مسلم]

Firman ALlah Azza Wajl: "Sesungguhnya Aku berdasarkan persangkaan hambaKu kepadaKu dan Aku bersamanya saat dia mengingatKu, jika dia mengingatKu dalam dirinya, maka Akupun akan mengingatnya dalam diriKu, dan jika dia mengingatKu di hadapan orang-orang maka Akupun akan mengingatnya dihadapan makhluk-makhluk yang lebih baik dari mereka, jika mereka mendekatiku sejengkal maka Aku akan mendekatinya sehasta dan jika dia mendekatiKu sehasta maka Aku mendekatinya sedepa dan siapa yang mendatangiKu dengan berjalan maka Aku mendatanginya dengan berlari. (Hadith Qudsi riwayat Muslim dari Abu Hurairah)
عَنْ جَابِرٍ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لاَيَمُوْتَنَّ اَحَدُكُمْ اِلاَّوَهُوَ مُحْسِنٌ بِاللهِ الظَّنَّ فَاِنَّ قَوْمًا قَدْ اَرْدَاهُمْ سُوْءُ ظَنِّهِمْ بِاللهِ عَزَّ وَجَلَّ (وَذَالِكُمْ ظَنُّكُمُ الَّذِى ظَنَنْتُمْ بِرَبِّكُمْ اَرْدَاكُمْ فَاَصْبَحْتُمْ مِنَ الْحَاسِرِيْنَ)

"Dari Jabir berkata: Bersabda Rasulullah sallahu ‘alaihi wa-sallam: Janganlah sekali-kali kamu mati kecuali dalam keadaan berprasangka baik terhadap Allah, sesungguhnya terdapat satu kaum dibinasakan kerana telah berprasangka buruk terhadap Allah Azza Wajl (sebagaimana firman Allah) "Dan yang demikian itu adalah prasangkamu yang telah kamu sangka terhadap Tuhanmu, prasangka itu telah membinasakan dirimu, maka jadilah kamu termasuk orang-orang yang merugi". (Surah Fussilat Ayat: 41). (Riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad)

Nota:
1. Cukuplah Allah mengetahui keburukan diri sendiri, tidak perlu dijaja nanti seolah2 org ingat kita berbangga dgn kemaksiatan yg dilakukan. Namun sekiranya dgn tujuan kaunseling utk meringankan beban di bahu, diharuskan berbuat demikian.
2. Bersangka baiklah dgn Allah S.W.T kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun. Be Positive!

Wallahua'lam

Rujukan:
"Pintu-Pintu Pahala dan Penghapus Dosa" المنجد في أبواب الخير , Abdul Rahman Al-Jami'

0 comments:

Post a Comment