FS1-Siri 50:Fiqh Thaharah 29 – Sunan al-Fithrah سنن الفطرة
Perincian 10 perkara yang dikatakan sebagai Sunan al-Fitrah, سنن الفطرة
Waktu Khitan
al-Sayyid wrote:
Menurut Syafi'iy rh, sunat dikhitan pada hari ke tujuh. Ia dibantah oleh al-Syaukani.
Syarah: Nampaknya al-Sayyid tidak mentarjih dua pendapat Imam ini, ia kelihatan tergantung, samada pendapat Imam Syafi'iy atau Imam Syaukani yang lebih rajih.
Al-Muhaddith al-Albani dalam Tamam al-Minnah (kitab tahqiq dan koreksi atas Fiqhus Sunnah) menjelaskan ada dua hadith:
Pertama: hadith Jabir ra
أن رسول الله صلى الله عليه وسلم عق عن الحسن والحسين ، وختنهما لسبعة أيام
الراوي: جابر بن عبدالله المحدث: الألباني - المصدر: تمام المنة - الصفحة أو الرقم: 67
خلاصة الدرجة: إسناده رجاله ثقات لكن فيه محمد بن أبي السري العسقلاني، وفيه كلام من قبل حفظه
Bahawasanya RasuluLlah S.A.W membuat akikah al-Hasan dan al-Hussain dan mengkhitani keduanya pada hari ke tujuh." Takhriij: dikeluarkan oleh Ibn Adi dl al-kaamil (4/180, dorar code), Thabrani, Mu'jam as-Soghir (2:122), al-Baihaqi, sunan al-Kubraa (8:324) Ia dinilai dha'if oleh al-Albani berpandukan penilaian al-Hafidz dalam al-Fath (10/282 yang dinisbahkan kepada Abu Syaikh dan al-Baihaqi. Punca masalah hadith ini ialah perawinya Muhammad bin Abi as-Sirri al-Asqolani, yang mana hafadzannya dipertikaikan, lalu melemahkan kualiti hadith tsb.
Hadith kedua: dari Ibn Abbas ra
سبعة من السنة في الصبي يوم السابع يسمى ويختن
الراوي: عبدالله بن عباس المحدث: الألباني - المصدر: إرواء الغليل - الصفحة أو الرقم: 4/385
خلاصة الدرجة: لم يروه عن عبد الملك إلا رواد وهو صدوق اختلط بآخره فترك فمثله هل يعتبر به ويحتج به في المتابعات والشواهد محل نظر عندي
Takhriij: Tabrani dalam al-Awsath (1:334:562), jalur sanad Rawwad bin al-Jarrah dari Abd Mulk bin Abi Sulaiman. al-hafidz menilai Rawwad sbg perawi yg dha'if.
Rumusan al-Albani dari dua hadith di atas, bahawa walaupun ia hadith lemah sanadnya, tapi ia saling menguatkan menjadi hasan lighairihi. Maka ulama' Syafi'iyah (alMajmuu', 1:307) menaiktaraf hadith tsb dan menetapkan disukai (sunnat) dilakukan khitan pd hari ke tujuh kelahiran bersamaan dgn akikah. Tapi al-Syaukani menentangnya keranamenilai kedua hadith tersebut bermasalah sanadnya dan tidak mungkin dapat dinaiktaraf*
[*Kita mintak Lajnah hadith AFN mengkaji lebih detail akan dua hadith tsb dan membuat koreksi susulan, kerana dalam fiqh setakat inilah kemampuan thtl]
Keluar dari khilaf:
al-hafidz Ibn Qayyim, batas maksima waktu khitan ialah sebelum kanak2 mencapai usia baligh dan tidak sampai melewatinya (Tuhfah al-Mauduud :61)
kebiasan atau kelaziman waktu khitan di zaman salaf ialah menjelang baligh. Dalilnya hadith Bukhari:
سئل ابن عباس : مثل من أنت حين قبض النبي صلى الله عليه وسلم ؟ قال : أنا يومئذ مختون ، قال : وكانوا لا يختنون الرجل حتى يدرك .
الراوي: سعيد بن جبير المحدث: البخاري - المصدر: الجامع الصحيح - الصفحة أو الرقم: 6299
Ibn Abbas ditanya akan usianya ketika kewafatan Nabi S.A.W , Ibn Abbas menjawab, waktu itu saya telah dikhitan."
Perawi menyatakan: mereka dahulu (anak2 lelaki kaum salaf) tidak dikhitankan hingga mencapai usia baligh." [sahih Bukhari, no 6299]
Rumusan al-Mawardi dalam al-Fath (10:342)
Waktu khitan dibahagi tiga:
waktu wajib: ketika baligh
waktu sunat: sebelum baligh
waktu ikhtiyar: pada hari ke 7
Khitan sebelum baligh hukumnya sunat kecuali ada uzur.
TBC
walimah khitan dan pesta hiburan di dalamnya
_________________
*Lajnah Fiqh & Penyelidikan Ilmiah AFN*
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment