Mar 7, 2009

Hukum Bela Ikan Dalam Aquarium

Apa hukumnya kita bela binatang seperti ikan. cth, kita bela ikan kecil2 dlm akuarium, then ikan 2 mati camner ek ??

*********************

Wassalamualakum

al-Jawab:

boleh hukumnya memelihara haiwan dalam kurungan spt ikan, burung, arnab, hamster, dsbnya, asalkan ia dijaga dgn baik dan dijaga makan minumnya...bahkan ia suatu industri yg besar di dunia.

Dalil umum:

وَالأَنْعَامَ خَلَقَهَا لَكُمْ فِيهَا دِفْءٌ وَمَنَافِعُ وَمِنْهَا تَأْكُلُونَ

AQT16. 5. [Dan Dia telah menciptakan binatang ternak untuk kamu; padanya ada (bulu) yang menghangatkan dan berbagai-bagai manfa'at, dan sebahagiannya kamu makan.]

Jadi, Allah ciptakan hewan ternak utk pelbagai kegunaan termasuk utk hiburan dan suka-suka kerana suaranyg yg merdu (burung) dan kecantikan.

Dalil hadith: Anas meriwayatkan adiknya bernama Abu Umair yg membela seekor burung nughair, setiap kali nabi menziarahi keluarga Anas, baginda akan bertanya Abu Umair mengenai burungnya itu." sahih al-Bukhori no 6203.

Namun tidak ada riwayat mengatakan baginda membela haiwan spt ini kecuali baginda ada memiliki kambing yg agak banyak, unta dan keldai, kesemua bukan sebagai hobi tapi ia sebagai sumber minuman, makanan dan kenderaan baginda.

sekian
_________________
*Lajnah Fiqh & Penyelidikan Ilmiah AFN*

16 comments:

shahrul said...

hukum bela burung dan ikan perhiasan makruh kot;; sebab kita dah menghalang kebebasan binatang tersebut. sbb tu lah nabi saw suruh kita lepaskan binatang peliharaan yg dikurung kalau kita nak laksanakan ibadah haji.

Admin said...

kalau makruh bawakan dalil-dalilnya...

dalil yang membenarkan telah dijelaskan di atas.

Anonymous said...

tapi sy nak tanya, klau ikan tu mati jg?kita bg makan on time tp sedar2 ikan tu mati...

Admin said...

mati atas sebab yang tidak dapat dielakkan tak apalah kan asal jangan atas sebab kelalaian atau kecuaian kita sendiri.

chixx said...

shahrul- hadis kat atas tu dalil harus la tu. halang kebebasan rasenye xde kat haiwan. haiwan kan xde akal..

hana safiyyah said...

Tapi haiwan ada perasaan. Memang tak ada dalil tapi saya lebih suka pelihara ikan bbanding burung sebab ikan bole berenang sepuasnya walaupun diletakn dalam balang kecil. Burung dlm sangkar tak boleh terbang. Kalau yg brhati lembut rasanya kasihan dgn burung tu. Secara general (semua jenis haiwan) rasanya komen chixx tu tak boleh pakai. Cth industri foie gras, itik dikurung supaya tak bgerak bila diberi makan secara paksa. Itu kejam. Cth lain industri bear bile, kasihan beruang yg dikurung dan tak boleh bergerak sebab dikurung dalam sangkar kecil dan kotor semata2 nak diambil bile nya. Zalim buat haiwan macam tu. Haiwan yg dikurung juga boleh mgalami depresi spt manusia, suka kah anda jika trperap di bilik anda bertahun2? Haiwan juga berhak brgerak bebas hatta ayam yg dikurung utk btelur.

Unknown said...

Terima kasih atas pencerahan

Unknown said...

Afuan boleh ana beri pendapat ana. Yg hendak menjaga ikan dlm aquarium dll ahlan wasahalan. Yg tk setuju kerana animal rights itu adalah pendapat antum. Dan satu nasihat kod diri ana dan semua jangan meletak kata2 yg mungkar seperti Nabi ckp itu dan ini kera Nabi telah memberi amaran barangsiapa yg mengata sesuatu yg tidak dikatakan oleh Baginda.siapmlah tempatnya di neraka. Hadith Syakhain.(Bukhari dan Muslim)

Unknown said...

Betul sy stuju...
Klu hamster mcm mana plak...

Unknown said...

Betul sy stuju...
Klu hamster mcm mana plak...

Unknown said...

Ade kebaikan disebalik kekejaman.. seperti mana membela ikan didalam tempat yg sesuai diberi makan ikut masa2 tertentu.. bukankah itu suatu perkara baik dilakukan.. sudah terjamin tempat tinggal serta rutin makan ikan tersebut.. bukankah itu salah satu kebaikan kita lakukan juga mendatangkan hiburan kepada empunya tuan dikala stress serta mengubat hati dikala kepenatan juga dapat bersyukur dengan melihat kebesaran Ilahi.. subhannaAllah..

Onn said...

Haiwan hidup bermasyarakat seperti kamu - Al Quran

Unknown said...

Kalau kita tangkap ikan liar takpe pelihara

Wan 313 said...

Ikan juga berzikir...jadi kita bela atas niat agar agar dlm rumah kita dpt berkat...pokok hiasan juga berzikir..semoga malaikat mengaminkan doa ..kita jagalah sebaiknya,spt makan nya,kebersihan dan sbgnya...kerana ia amanah dari Allah..aamiin

Wan 313 said...

Ikan kan berzikir, juga pokok2 hiasan dlm dan halaman rumah kita..semua makhluk Allah akan mendoakan segala kebaikan kita keatas mereka , dan mereka akan melaknat kita jika kita tidak menjaga mereka dgn sebaiknya...itukan amanah Allah atas setiap makhluknya ...atas tanggungjawab

Awang Daun said...

Kalau ikan tu dah kita jaga dengan baik, beri cukup makanan, air sentiasa ditukar bersihkan, air paip akuariun dicampur dengan anti klorin dan sebagainya dan ikan tu tetap mati, tu dah takdir tak menjadi kesalahan dosa.

Post a Comment