Dec 30, 2008

Membaca Sadaqallahul azim

salam..
nak tanye..
apakah bacaan sadaqallah pada akhir bacaan tuh dr nabi kita?

_________________
wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. kami akan cuba menjawab soalan sdr salleh_y dengan menggunakan jawapan dari arkib al-ahkam, Insyaallah.

Kalau di tanya samada Nabi saw ada memerintahkan membaca صدق الله العظيم selepas selesai membaca al-Quran, jawapannya : Tidak ada! 'Ala kulli hal, disini kami memetik jawapan dari Arkib al-Ahkam mengenai dengan persoalan diatas :-

Quote:
1. Pendapat yang membaca Sadaqa Allah selepas membaca Al-Quran berdasarkan ayat Al-Quran surat Aal Imraan ayat 95 :
قُلْ صَدَقَ اللَّهُ
"Katakanlah (wahai Muhammad): Benarlah (apa yang difirmankan oleh) Allah"
Shiekh Utsaimin (bekas Mufti Saudi) berkata bahawa :
أن يقول ( صدق الله العظيم ) وهذا ليس بمشروع لأن النبي صلى الله عليه وسلم لم يفعله ولم يكن من عادة الصحابة رضي الله عنهم أن يفعلوه ، ولا كان ذلك في عهد التابعين
"Membaca Sadaqa Allah Al-Azim, ini tidak ada asalnya didalam Islam kerana Nabi saw tidak melakukannya, dan tidak juga dari adat para Sahabat, dan ia juga tidak diketahui dikalangan Tabien."[1]
Mengenai ayat Al-Quran surah Aal Imran ayat 95, beliau berkata :
وأما قوله تعالى: ( قل صدق الله ) فليس المراد أن يقولوها إذا انتهى من قراءته ولو كان هذا هو المراد لقال الله : فإذا انتهيت من قراءتك فقل صدق الله كما قال : ( فإذا قرأت القرآن فاستعذ بالله من الشيطان الرجيم ) .
"Bagi firman Allah "Katakan : Allah bercakap benar" bukanlah bermakna bahawa perkataan ini harus diucapkan apabila selesainya [Al-Quran]. Jika benar terdapat kes seperti ini, sudah tentu Allah berfirman, "Apabila tamat membaca, hendaklah kamu berkata Sodaqa Allah Al-Azim, sebagaimana berkata : 'Oleh itu, apabila engkau membaca Al-Quran, maka hendaklah engkau (terlebih dahulu) memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan Syaitan yang kena rejam [ al-Nahl:98 ]' "
Menurut Shiekh Abdul Aziz bin Baaz [2]:
المقصود أن زيادة كلمة : ( صدق الله العظيم ) عند نهاية القراءة ليس لها أصل في الشرع . فالمشروع تركها تأسياً بالنبي صلى الله عليه وسلم وأصحابه رضي الله عنهم ، أما إذا فعلها الإنسان بعض الأحيان من غير قصد فلا يضر ، فإن الله صادق في كل شيء سبحانه وتعالى . لكن اعتياد ذلك بعد كل قراءة كما يفعله كثير من الناس اليوم ليس له أصل كما تقدم .
"Maksud penambahan kalimah "Sadaqa Allah Al-Azim" - apabila selesai membaca Al-Quran bukanlah asalnya didalam syara'. Adalah elok ditinggalkannya bagi menturuti Nabi saw dan para sahabat. Akan tetapi jika seseorang itu melakukan kadang-kadang (Ahyaanan) tanpa sebarang niat, ia tidaklah memudharatkan. Sesungguhnya Allah bercakap benar bagi setiap perkara, Maha Suci dan Maha Tinggi Allah. Tetapi jika menjadikan ia sebagai habit/adab/kelakuan setiap kali seseorang itu membaca Al-Quran sebagaimana yang dilakukan oleh orang ramai pada masa kini, tidak lah ada asas untuknya sebagaimana yang dikatakan sebelum ini"
Kiranya amat jelas kedua-dua fatwa dari dua bekas Mufti Saudi dan ulama' terkenal ini agar tidak digalakkan membaca "Sadaqa Allah Al-Azim" selepas habis membaca Al-Quran kerana ia bukan dari Nabi saw dan tidak juga dari para sahabatnya.
1] Sheikh Ibnu Utsaimin. Izaalat al-sitaar ‘an al-jawaab al-mukhtaar. Riyad : Muaasasah Al-Risalah, 2000. ms 79-80).
2] Kitab Majmu' Fatawaa wa Maqaalat Mutanawwi’ah li Samaahat al-Sheikh Abdul Aziz bin Baaz - 9. Riyad : Dar Al-Watan, 2000. ms 342.

Menurut Shiekh Abdul Aziz Bin Baaz lagi, jika seseorang membacanya kadang kala, maka tidaklah menjadi kesalahan. Akan tetapi menjadikan ia sebagai tabiat atau amalan bagi setiap kali membaca al-Quran, sepertimana yang dilakukan oleh orang sekarang, Tidak ada asas langsung perbuatan ini, sebagaimana yang dinyatakan diatas.

Ada juga keadaan dibenarkan membaca Sadaqa Allah, contohnya Sheikh Ibn Utsaimin menyebut :-

ومن قال: صدق الله عند المناسبات مثل أن يقع شئ من الأشياء التي أخبر الله بها فيقول: صدق الله تأكيدا لخبر الله فهذا جائز لورود السنة به فإن النبي صلى الله عليه وسلم كان خطب فأقبل الحسن والحسين فنزل من المنبر فحملهما ووضعهما بين يديه ثم قال صدق الله ( إنما أموالكم وأولادكم فتنة )

"Dan jika berkata 'Sadaqa Allah' ketika keadaan yang sesuai, misalnya apa yang dia telah beritahu datang didepannya, menegaskan kebenaran 'Allah telah berkata benar', adalah dibolehkan. Kerana ini telah datang dari sunnahnya, kerana sesungguhnya Nabi saw ketika berkhutbah, cucunya Hasan dan Husein datang bersamanya, maka beliaupun turun dari mimbar dan mengambilnya dan meletakkannya diantara baginda, kemudian baginda bersabda :'Allah telah berkata yang benar : 'Sesungguhnya harta kamu dan anak-anak kamu merupakan fitnah (cubaan).....' -[al-Taghaabun 64:15]". WA.

wassalam

6 comments:

Anonymous said...

Ni jawapan pihak wahabi.....

Bukankah benar bahawa segala kata kata Allah itu sangat benar, lagi benar benar belaka...... bila kita sebut itu.. kita juga membenarkan dan maknanya kita mengiktiraf apa yang dikata... dapat pahala... Mudah mudahan Allah pandang mulia...

Kalau Semua bukan dari nabi bukan dari sahabat..... mana kita dapat quran ?.. mana kita dapat hadis dalam bentuk tulisan ?.... kalau sakit....

Anonymous said...

Saya juga bersetuju kita akhiri bacaan al quran dgn 'sadaqallahul azim' dgn niat kita menerima sepenuhnya segala yg telah kita baca td tanpa sebarang keraguan..kemudian disambung dgn doa selepas membaca quran.

Unknown said...

Betul. Sekarang ni terlebih pandai sehingga apa pun dipersoalkan. Banyak guru mee segera.

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Mahmud Ahmad said...

Ikut saja ulama terdahulu.. ribuan kitab2 tua sdh mrk khatamkam dgn guru2nya.. kitab skrg dgn dulu mana lebih dekat sanadnya?.. segi istilah pun memuliakan kebenaran Kalamullah.. takde masalahnya.. SadaqallahulAdziim

Unknown said...

nama apa ustaz yang menjawab ni?

Post a Comment