Bismillah
Assalamualaikum
saya musykil la..apa hukumnya minum air yg panas itu makruh? begitukah juga hukumnya dgn makanan yang panas?
saya pernah terdengar perkhabaran ini dari orang lain. tolong komen sat. yg berpengetahuan juga boleh menyuarakan pendapat. Wassalamualakum
**********************
kebanyakan hadis-hadis tentang larangan makan makanan yang masih panas, adalah bersifat lemah/ dhaif, antaranya:
أن النبي صلى الله عليه وسلم نهى عن الطعام الحار حتى يبرد
Bahawa Nabi s.a.w melarang dari memakan makanan panas hingga menjadi sejuk
lihat, شعب الايمان , 5/2046, hadis منقطع
نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم ، عن أكل الطعام الحار ، حتى يسكن
Rasulullah s.a.w melarang dari memakan makanan yang masih panas hingga sejuk
lihat: Silsilah Ahadith Ad-Dhaifah, Al-Albani, 5230, hadis terlalu lemah.
نهى عن أكل الطعام الحار حتى يمكن
Rasulullah s.a.w melarang dari memakan makanan panas sehingga sejuk
lihat: Dhaif al-Jami', Al-Albani, 6032, hadis lemah.
Manakala Ibnu Muflih r.h dalam Adab Syar'iyyah menukilkan nas dari Abu Hurairah tentang larangan memakan makanan panas,
لا يؤكل الطعام حتى يذهب بخاره
Janganlah makan makanan (sedang panas) hingga hilang wap (atau asap yang datang dari makanan sedang panas/ baru dimasak)
lihat, Adab Syar'iyyah, 3/215, hadis ini hasan, juga Al-Albani dalam Silsilah Ahadith Sahihah, no: 392
Ini kerana hukum meniup/ menghembus ke atas bekas yang mengandungi makanan thabit dari nas lebih kuat, yang direkodkan Imam Muslim r.h,
نَهَى أَنْ يُتَنَفَّسَ فِي الْإِنَاءِ
Rasulullah s.a.w melarang dari menghembus dalam bekas makanan
الراوي: أبو قتادة الأنصاري الحارث بن ربعي المحدث: مسلم - المصدر: المسند الصحيح - الصفحة أو الرقم: 267
خلاصة الدرجة: صحيح
(rujuk, Adab Syar'iyyah, 3/296)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment