Ada golongan tertentu yg melabelkan demokrasi sbg sistem kufur yg tidak perlu diikuti..gerakan islam yg hendak memperjuangkan islam melaluai demokrasipun akhirnya akn jatuh krn jalan yg digunakan adalah melalui sistem kufur. tanggapan ini berdasarkan bhw nabi dahulu tidak gunakan demokrasi sbg wadah perjuangan sebaliknya melalui kesedaran insan..Persoalan: mcm mana gerakan Islam sekarang yg menggunakan kaedah demokrasi utk menegakkan Islam?adakah ia satu perjuangan sia sia??
*****************
Salam
Setelah melihat sumber yg saya ada, saya dapati pihak yg mengatakan haram itu menggunakan hukum haramnya tasyabbuh berdasarkan hadis berikut:
Daripada Ibnu Umar ra dia berkata, Baginda RasululLah s.a.w pernah bersabda, “Sesiapa sahaja yang menyerupai sesuatu kaum itu , maka dia itu termasuk di dalam golongan mereka“[Hadits Sahih diriwayatkan oleh Imam Abu Daud, Imam Ahmad Bin Hanbal, Imam at-Tirmidzi dlln]
Memandangkan demokrasi ini adalah sistem yg dicedok dari luar Islam, maka mereka berpendapat, mengambil sistem ini dikategorikan juga sebgi meniru kaum kafir. Maka sesuailah dgn hadis lain yg menceritakan apa yg akan terjadi kpd umat Muhammad saw iaitu:
Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, “Kamu pasti akan mengikuti sunnah (cara) orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta. Sehinggakan jika mereka masuk ke dalam lubang dhob sekalipun, kamu tetap akan mengikuti mereka." Kami bertanya, "Wahai Rasulullah, apakah yang kamu maksudkan itu adalah orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasrani?" Baginda bersabda, "Kalau bukan mereka, siapa lagi?“ [Hadis Sahih diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari dan al-Imam Muslim.]
Mereka juga mengatakan, bahawa demokrasi ini adalah hukum rakyat oleh rakyat dan bertentangan dgn prinsip Hakimiyyah hanya milik Allah.
---------
Manakala pihak mengatakan sebaliknya berpendapat bhw mencedok sistem kuffar tiada salahnya. Ia tidak termasuk Hukum tasyabbuh kerana sistem ini boleh membawa faedah kepada umat Islam. Setelah itu, boleh lah menambah ke atas pemikiran, strategi dan sistem2 ruh Islam, yang menukarkannya menjadi sebhgn dari kehidupan org2 Islam dan akan luputlah bentuknya yang asal. Dalam hal ini, demokrasi ialah kaedah praktikal membentuk kerajaan dan memilih pemimpin dan islam tidak ada masalah mengadaptasikan ke dalam sistemnya. Inilah pendapat Dr Yusuf al-Qaradawi.
Kalau kita lihat pada zaman hayat Rasulullah saw sendiri, baginda dlm perang khandak/ahzab mengambil idea menggali kubu dari Salman al-Farisi, sedangkan startegi ini berasal dari Parsi.
Saidina Umar al-Khattab mengambil sistem perakaunan dari Parsi dan mewujudkan sistem kepolisian. Manakala Mu'awiyah mengambil sistem keselamatan dengan mewujudkan bodyguards yg diambil dari budaya Rumawi dan Parsi.
Adakah tindakan Umar al-Khattab ini masuk ke bab bid'ah ataupun beliau melakukan sesuatu yg haram. Jawapannya pasti tidak kerana Rasulullah saw bersabda dalam hadis sahih yang bermaksud,
"....Maka, sesiapa sahaja yang hidup selepasku ini , dia pasti akan mendapati begitu banyak perselisihan. Oleh itu , hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah Khulafa’ Ar-Rasyidin , lagi mereka itu adalah orang yang mendapat pimpinan..."[Diriwayatkan oleh Imam Abu Daud]
Apabila melihat intipati demokrasi tulen, ia membawa maksud masyarakat memilih org yg menjadi pempimpin bagi menguruskan mereka supaya segala perkara yg baik dapat dilakukan oleh pemimpin yg mereka pilih sendiri. Melalui sistem ini juga, rakyat mempunyai hak utk menegur kerajaan(kebebasan bersuara). Melalui intipati ini, kita akan dapati ia juga termasuk ke dlm intipati agama Islam itu sendiri. Sbg cth, Islam mengingkari seseorang menjadi Imam di dalam solat dlm keadaan makmum membenci dan tidak meredhainya. Ini berdasarkan hadis yg bermaksud:
"Ada 3 golongan ,anusia yang mana solat mereka tidak diangkatkan memelibihi kepala mereka walaupun sejengkal. Seseorang lelaki yang mengimami satu kaum dalam keadaan mereka membencinya."[Hadis riwayat Ibn Majah]
Kalau dilihat kpd sistem pilihanraya pula, ia seumpama btk penyaksian terhadapat seseorang yg dipilih itu. Dgn erti kata lain, apabila kita memangkah seseorang calon itu, kita telah menjadi saksi bhw calon itu adalah calon yg layak dan adil utk memegang jawatan yg dipertandingkan itu. Dgn itu, orang yg menjadi saksi ke atas seseorang yg tidak layak, bermakna dia telah melakukan satu dosa krn menjadi saksi palsu. apatah lagi mereka yg menajdi saksi atas sebabcalon itu kerabatnya/kenalannya atau inginkan kedudukan, atau mempunyai kepentinga peribadi. Kerana Allah telah berfirman dalam surah at-Thalaq ayat 2 yg bermaksud
"....hendaklah kamu(saksi) tegakkan kesaksian itu karena Allah..."
Allah juga berfirman dlm surah al-Baqarah ayat 283 yg bermaksud,
"....janganlah kamu (para saksi) menyembunyikan persaksian. Dan barangsiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya dia dia adalah orang yang berdosa hatinya; dan Allah Mengetahui apa yang kamu kerjakan."
Demokrasi hanyalah satu sistem atau alat sahaja. Jika salah cara, punahlah negara. Kalau betul caranya, Islam boleh cemerlang. Perlu diingatkan bhw kita membincangkan demokrasi tulen yang mana rakyatnya merupakan orang Islam yg berilmu dan dapat membezakan yg mana yg benar dan yg mana yg bathil. WA.
Sekian. WA.
Wassalam
Jwpn di atas merupakan salah satu respon saya terhadap pertanyaan mengenai demokrasi di bicaramuslim. Kalau sdr ingin mengikuti perbincangan ini, sila ke URL berikut:
bagaimana tinjauan fiqh ??
_________________
Salam
Nak jawab skit pasal demokrasi nih.
Bbrp fuqaha yang mengharuskan demokrasi (dr segi aspek pemilihan pemimpin) melihat ia salah satu cabang Al-Himayah Wal Jiwar. demokrasi adalah salah satu cabang undang-undang al-himayah dan al-jiwar di zaman moden. Apakah dia al-himayah wal jiwar? Masyarakat Arab Jahiliyah amat memandang tinggi dan mematuhi undang-undang ini. Menurut sistem tersebut, seseorang yang dhaif (lemah) boleh berlindung di bawah bumbung orang yang berkedudukan (biasanya pembesar-pembesar). Sekiranya seorang dhaif itu berlindung di bawah orang yang kuat, maka dia akan terselamat daripada sebarang ancaman musuh dan ancaman-ancaman yang lain. Sebagai contoh, seorang yang ditindas dan dibenci oleh keluarganya, sehingga diancam untuk dibunuh, maka sekiranya dia berjaya mendapat perlindungan daripada pembesar-pembesar, maka dia akan terselamat daripada ancaman itu, kerana sistem al-himayah dan al-jiwar itu amat ditaati oleh masyarakat jahiliyah pada waktu itu. Sekiranya orang yang mendapat perlindungan itu tetap diancam, maka pengancam itu boleh dikenakan hukuman. Di atas kedudukan bapa saudara nabi yang mempunyai kedudukan dlm qabilah arab, maka nabi terselamat. Berdasarkan ini, boleh menggunakan qanun selain Islam demi maslahat perjuangan.
Contoh-contoh:
1.Mengambil faedah daripada sikap mempertahankan keluarga oleh Abu Talib walaupun tidak beragama Islam. Walaupun pemimpin Quraisy beberapa kali mengunjungi beliau untuk menyerahkan kepada mereka urusan bertindak ke atas Rasulullah sallallahu alaihi wasallam, namun Abu Talib tetap mempertahankan dan juga mengerahkan keluarganya untuk mempertahankan. Walaupun atas dasar kekeluargaan tanap beriman kepada Allah, di mana ia memberi faedah yang dapat diambil kesempatan oleh Rasulullah S.A.W.
2. Perlindungan yang diberi oleh Mat'am bin Adi ketika Rasulullah S.A.W pulang dari Ta'if. Dimana di Ta'if, seruan mulia Rasulullah sallallahu alaihi wasallam di balas dengan lontaran-lontaran batu dan merejam urat kentingnya (betis) sehingga menyebabkan kasutnya dibasahi darah. Padsa waktu itu banginda di temani oleh Zaid bin Harithah. Untuk kembali ke Mekah dan menghadapi orang Musyrikin yang telah menghalau baginda amatlah bahaya. Rasulullah S.A.W tidak pulang ke Mekah secara tergesa-gesa tetapi dengan amat teliti. Terlebih dahulu baginda singgah di Gua Hira' dan menghantar utusan kepada beberapa orang yang berpengaruh di Mekah untuk meminta perlindungan. Dan akhirnya Mat'am bin Adi bersedia dan terus mengerahkan anak-anaknya supaya melengkapkan diri dengan senjata dan Rasulullah masuk ke Mekah dengan kawalan bersenjata dari Mat'am bin Adi dan anak-anaknya. Mat'am mengisytiharkan kepada orang ramai bahawa ia dan keluarganya melindungi Muhammad. Seterusnya Rasulullah S.A.W dihantar pulang ke Mekah selepas selesai menunaikan tawaf. Mat'am tidak beriman tetapi hanya memberi perlindungan melalui peraturan Himayyah.
3. Dan perlindungan yang diberi oleh Ibnu al-Daghnah kepada Saidina Abu Bakar seperti yang diceritakan oleh saidatina Aisyah. Abu Bakar berangkat untuk menuju Habshah. Tiba-tiba beliau berjumpa al-Daghnah. Ibnu Al-Daghnah bertanya: "Mahu kemana wahai Abu Bakar? Abu Bakar menjawab:
"Aku telah dihalau oleh kaumku. Sekarang aku hendak pergi ke tempat lain supaya aku dapat menyembah Tuhanku". Ibnu al-Daghnah berkata "Orang yang sepertimu tidak layak meninggalkan negerimu dan tidak layak dihalau, kerana peribadimu suka menolong orang yang tidak berada, membantu orang yang lemah, memuliakan tetamu dan menolong orang yang susah. Aku menjadi jiranmu, pulanglah semula. Sembahlah Tuhanmu didalam negerimu." Abu Bakar pun pulang bersama Ibnu al-Daghnah yang kemudian mengisytiharkan kepada pemimpin-pemimpin Mekah bahawa ia memberi perlindungan kepada Abu Bakar. Pempimpin-pemimpin Mekah menerima dengan bersyarat iaitu hanya dibenarkan beribadat dirumahnya tetapi tidak boleh secara terbuka. Maka Abu Bakar tinggal di rumahnya. Setelah beberapa hari, ia membina tempat dihalaman rumahnya. Di situ ia bersembahyang dan membaca al-Quran. Perbuatannya itu membimbangkan pemimpin Mekah kerana perbuatan dan bacaannya menarik anak-anak dan perempuan Musyrikin. Mereka mengarahkan supaya Ibnu al-Daghnah menghalangi perbuatan tersebut dan membatalkan perlindungan jika tidak di ikuti oleh Abu Bakar. Ibnu Al-Daghnah mengugut supaya Abu Bakar menghentikan perbuatannya atau membatalkan perlindungan yang diberikan. Aku redha dengan perlindungan yang diberikan Allah. "
Dari peristiwa-peristiwa di atas, menunjukkan kepada kita bahawa dibenarkan kepada kita mengambil kesempatan dari peraturan-peraturan jahiliyyah jika sekiranya ia tidak merugikan perjuangan dan tidak menjejaskan dasarnya. Dari sinilah maka gerakan Islam di zaman ini mengambil kesempatan dari sistem demokrasi dan menyertai pilihanraya. Bukan kerana beriman dengan sistem itu tetapi mengambil kesempatan dari peluang yang diizinkan untuk melaksanakan amar ma'ruf nahi mungkar dan menyampaikan islam kepad manusia. Tetapi apabila sistem yang ada semacam menutup segala lubang keizinan yang diberikan kepada perjuangan Islam, maka diwaktu itu tiada pilihan lain melainkan meneruskan perjuangan dan menghadapi segala rintangan yang dilakukan.
Namun demikian, sesetengah fuqaha tidak menganggap demokrasi sebagai cabang Ak-Himayah Wal Jiwar. Ia tidak memenuhi qiyas dan atas sifat Al-Himayah Wal Jiwar itu tidak berubah.
Wallahua'lam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment