May 24, 2011

Menukar Nazar

Postby saribah »

:salam kepada semua

Ana ada kemusykilan. Seorang telah bernazar selepas solat hajat untuk melakukan solat sebanyak 1000 rakaat sekiranya dia mendapat hajatnya dalam masa tiga minggu. Hajatnya tidak tercapai dalam masa yang diinginkan maka dia solat hajat sekali lagi dan menukar nazar untuk solat 100 rakaat. boleh ke dia berbuat begitu. Sekian
:wassalam


*********************************
Postby kamin »
wa'alaikumussalam

Kami akan cuba menjawab soalan saribah dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Kes diatas ini tidak dinamakan bertukar nazar. Nazar yang dinyatakan tadi adalah nazar bersyarat, iaitu nazar yang di sangkutkan diatas sesuatu. Contohnya: Jika saya lulus peperiksaan, saya akan puasa 2 hari. Nazar tadi di sangkutkan dengan 'lulus peperiksaan'.

Bagi Nazar yang tidak bersyarat pula, contoh: Saya bernazar untuk berpuasa 2 hari. Nazar tersebut tidak disangkut dengan apa-apa syarat.

Didalam kes diatas, Nazar tersebut disangkutkan dengan "sekiranya mendapat hajat dalam masa 3 minggu". Jika tidak menepati syarat tersebut dalam tempoh 3 minggu, maka berakhirlah nazar tersebut. Maka Nazar untuk bersolat 100 rakaat pula di anggap sebagai nazar yang baru (dan bukannya menukar nazar) kerana nazar pertama telah tamat tempohnya (expired). Maka nazar ini dibolehkan.

---------------
Sedikir nasihat :-

Jumhur ulama' mengatakan hukum bernazar ini adalah MAKRUH. Hadith dari Ibn Umar ra. berkata :

"Nabi :saw melarang kami dari melakukan nazar, Sabda Baginda : Sesungguhnya tidak mengubah sesuatupun (yang Allah tetapkan), malah terdapatnya cara untuk mendapat sesuatu dari orang bakhil" [Hadith Riwayat al-Bukhari #6234, Muslim #1639].

Cuma ada dikalangan ulama' seperti Syiekh Ibn Taimiyah yang melihat bahawa Nazar ini hukumnya HARAM. Namun demikian, keseluruhan (ittifaq) ulama' bersetuju bahawa adalah WAJIB bagi mereka yang bernazar melaksanakan apa yang telah dijanjikan.

Nazar menunjukkan seolah-olah kita bertaruh dengan Allah swt, atau meletakkan syarat kepada Allah swt sebelum melakukan amal kebajikan. Kalau boleh, cuba elakkan bernazar.

Sekian, wassalam

0 comments:

Post a Comment