Dec 12, 2008

FT31 – Sunan al-Fithrah

FS1:52:FT31 – Sunan al-Fithrah سنن الفطرة

Sunan al-Fitrah # 2 & #3: Mencukur bulu Kemaluan dan Mencabut Bulu ketiak (Menghilangkan Bulu Badan)

al-Sayyid wrote:
Keduanya merupakan sunnah yang boleh dilakukan dengan samada menggunting, memotong, mencabut atau mencukur.
[S]Hadith Dalil # 106: Dari Abu Hurayrah ra
خمس من الفطرة : الاستحداد ، والختان ، وقص الشارب ، ونتف الإبط ، وتقليم الأظفار
الراوي: أبو هريرة المحدث: البخاري - المصدر: الجامع الصحيح - الصفحة أو الرقم: 5891
خلاصة الدرجة: [صحيح]
Terjemah: “Lima perkara termasuk fitrah: memotong bulu kemaluan (ari-ari), berkhitan, memotong kumis, mencabut bulu ketiak dan memotong kuku.” [HR al-Jama’ah] Takhriij: al-Jama’ah ialah 7 ahli hadith, sahih Bukhori, # 5891, Muslim, # 257.

Syarah:
Sunah al-Fitrah #2: Mencukur bulu kemaluan, حلق العانة (halqu al-‘aanah) ialah menghapuskan bulu yg tumbuh di sekitar kemaluan, baik lelaki atau perempuan. Kata Imam Nawawi, jika suami yg menyuruh isterinya mencukur bulu kemaluannya, maka hukum sunnah menjadi wajib pula (syarah sahih Muslim, 3: 157). Yang disebut secara jelas ialah mencukur (istihdad), namun kata al-Qardhawi, boleh saja menggunakan bahan khusus yang banyak didapati sekarang (hair removal cream atau krim menghapuskan rambut). Setiap orang hendaklah mencukurnya sendiri kecuali antara suami dan isteri boleh saling mencukurnya (al-Majmu’ karya al-Nawawi, 1:289).
Kata al-Qardhawi lagi (Fiqh Thaharah), terdapat adat mengandam di beberapa negara terhadap pengantin perempuan, di mana mak andam akan turut mencukur bulu kemaluan pengantin perempuan, maka adat ini hendaklah dihentikan kerana tidak boleh seseorang menyingkapkan auratnya kepada orang yg tidak halal baginya melihat aurat sulitnya. Adapun waktu mencukurnya ialah bergantung kepada keperluan, tapi tidak melebihi 40 hari.

Sunan al-fitrah #3: mencabut bulu ketiak (Natful IbT). Disebut dengan bahasa yg mudah dimengerti ialah mencabut. Kata al-Qardhawi (FT) tujuan dicabut ialah supaya ia tidak bertambah lebat kerana mencukur akan menjadikan bulu ketiak semakin subur. Bulu ketiak mudah mengumpul bau hangit/hapak ketiak, maka mencabutnya akan menghilangkan bau ketiak. Namun, jika tak tahan kesakitannya, maka dibolehkan mencukurnya sebagaimana yang dilakukan oleh Imam Syafi’iy rh yang dilapurkan oleh Imam Nawawi rh (al-Majmu’, 1: 289), dari Yunus bin Abdul A’laa, bahawa dia melihat Imam Syafi’iy menggunakan khidmat tukang cukur utk mencukur bulu ketiaknya. Hari ini ada terdapat krim khas yang mudah sekali untuk menanggalkan bulu ketiak. Kata Syaikh al-Jibrin dalam Majmu; Fatawanya (1:176), tidak mengapa mencukur jika kesakitan atau menggunakan tawas.
al-Sayyid wrote:
Sunan al-Fitrah # 4 dan 5: Memotong kuku dan Memendekkan/memanjangkan Kumis
[S]Hadith Dalil # 105

خالفوا المشركين : وفروا اللحى ، وأحفوا الشوارب
Dari Ibn Umar: (sabda saw) “Bedzakanlah dari kaum musyrik: lebatkan janggut dan panjangkan kumis.”
Hadith dalil # 106 (spt di atas), memotong kumis dan memotong kuku
Hadith dalil # 107, dari Zaid bin Arqam (Zaid bin Arqam dari Bani Khazraj, penduduk asal Madinah, orang kuat Khalifah Ali dan bersama beliau pada perang Siffin. Beliau wafat di Kufah pada tahun 68H)

من لم يأخذ من شاربه فليس منا
الراوي: زيد بن أرقم المحدث: الألباني - المصدر: صحيح الترمذي - الصفحة أو الرقم: 2761
خلاصة الدرجة: صحيح
(sabda S.A.W ),” Barangsiapa yang tidak memotong kumisnya, tidaklah termasuk golongan kami.”
Syarah:
Sunan fitrah # 4: Memotong kuku
Kata al-Qardhawi, tujuan sunnah ini ialah agar kotoran tidak terkumpul di bawah kuku dan agar seseorang tidak menyerupai haiwan yang berkuku.
Panduan dari Imam Nawawi: Disukai atau disunnahkan memulai dari tangan kanan, kemudian kiri kerana baginda amat senang dimulai sesuatu dengan yang kanan dalam segala hal (al-Majmu’ 1:283). Dalil: Dari Aisyah
كان النبي صلى الله عليه وسلم يعجبه التيمن في تنعله وترجله وطهوره ، وفي شأنه كله .
الراوي: عائشة المحدث: البخاري - المصدر: الجامع الصحيح - الصفحة أو الرقم: 168
خلاصة الدرجة: [صحيح]
“Adalah Nabi (SAW) sentiasa mulakan dengan yang kanan ketika menyarung sandal, berjalan, bersuci dan malah dalam semua perkata.” (HR al-Bukhori).
Mengenai petua memotong jari2 tertentu mengikut turutan tertentu, seperti mana yg disarankan oleh Imam al-Ghazali, adalah berdasarkan hadith2 lemah, demikian ulas al-Ayni dalam Umdah al-Qari, (10:284)
Tidak ada ketetapan waktu bila perlu memotong kuku, memadai dilihat bila ia sudah panjang dan kotoran sudah mula terkumpul, setiap minggu kata Ibn Abidin (Radd al-Mukhtar, 2:181) atau setiap 10 hari kata al-Dimyati (I’anah at-Tolibin, 2:84) tapi tidak boleh melebihi 40 hari. Kata Ibn Qudamah, disukai selepas memotong kuku, kita membasuh tangan untuk membersihkan segala kotoran (al-Mughni, 1:72)
Isu #1: Kotoran di bawah kuku, apakah ia menyebabkan wudhu’ dan mandian tidak sah?
Imam Nawawi kata, wudhu’ dan mandinya sah jika kotoran itu sedikit, jika banyak dan terhalang maka tidak sah wudhu’ dan hadath besarnya.
Imam al-Ghazali berkata, wudhu’ dan mandinya adalah sah kerana bila Nabi memerintahkan mereka supaya memotong kuku, namun baginda tidak memerintahkan mereka supaya mengulangi solat. (al-Majmu’, 1:287)
Isu #2: Hukum menanam kuku selepas dipotong. Hadithnya dha’if spt berikut:
قصوا أظافركم ، و ادفنوا قلاماتكم
الراوي: عبدالله بن بسر المازني المحدث: الألباني - المصدر: السلسلة الضعيفة - الصفحة أو الرقم: 1472
خلاصة الدرجة: ضعيف
‘Potonglah kuku kalian dan (kemudian) tanamlah) HR Abu Daud, didha'ifkan oleh al-Albani
Isu #3: Hukum mengerat kuku dalam keadaan junub.
Makruh menurut Hanafi (Fatawa al-Hindiyah, 5: 358) dan Zahiri (al-Muhalla, 1:362)
Pendapat yg benar, tiada dalil dalam hal ini.
Bid’ah-bid’ah kuku (terutama kaum wanita kita):
1. Memanjangkan kuku. Ia jelas suatu budaya Barat yang bertentangan dengan perintah RasuluLlah saw supaya memotongnya.
2. Mencat kuku dengan pewarna (manicure) adalah dilarang. (al-Qardhawi, FT) TBC
_________________
*Lajnah Fiqh & Penyelidikan Ilmiah AFN*

0 comments:

Post a Comment