Dec 26, 2008

Perbezaan Fakta Dalam Ceramah Ustaz-ustaz

Salam
Saya selalu mendengar kuliah di masjid oleh beranika ustaz. Ada ustaz popular, ada ustas pro-pembangkang, ada ustaz yang neutral. Semua ustaz-ustaz ini baik-baik belaka orangnya. Tetapi kadang-kadang bagi sesuatu isu yang kecil atau melibatkan persoalan akidah, terdapat sesetangah ustaz ini yang berpendapat berlainan dengan sesetengah ustaz yang lain dan masing-masing mengemukakan hujah-hujah dan dalil-dalil yang relevan dan kuat bagi mempertahankan hujah mereka. Jadi para jemaah serba salah, yang mana satu hendak diikut.
1. Bagi kami para jemaah, apakah yang perlu dilakukan?
2. Bagaimana hendak memilih amalan mana lebih utama untuk diamalkan?
3. Adakah sebarang hadith atau tips untuk memilih amalan mana yang terbaik antara keduanya, jika kedua-duanya adalah benar?

Terima kasih...

------------
Wassalam

Tambahan

Orang awam atau muqallid tidak memiliki instruments atau alat-alat untuk mengenalpasti manakah ilmuan yg berwibawa pada zaman yg penuh dgn kekeliruan ini. Syaikhul Islam Ahmad Taqiyuddin Abdul Halim Ibn Taymiyah (adDurratul Bahiyah Fi Taqlid wal Madzhabiyah, tahqeeq Muhammad Syakir) menetapkan “ carilah dan mintalah fatwa-fatawa agama dari orang alim yg DIYAKINI akan berfatwa sesuai dgn syari’at Allah dan RasulNya hatta dari madzhab mana sekalipun.”

Dunia sekarang ialah dunia IT, maklumat di hujung jari. Sebagaimana Hadis,” Tidakkah mereka bertanya ketika mereka tidak tahu, padahal sesungguhnya ubat kebodohan hanyalah bertanya.” (HR Abu Daud, status Hasan oleh alMuhadith alAlbani)
Telah berfatwa Syaikhul Islam IT (Majmu’ Fatawa: 15/242 dan 281), Seseorang akan terkeluar dari kebaikan dgn dua perkara: Pertama: kebodohan dan kedua: mengikut hawa nafsu. Barangsiapa beribadah kepada Allah dengan kebodohan, dia telah membuat kerosakan lebih banyak dari berbuat kebaikan.”

Umat akhir zaman ini begitu arif dengan halehwal keduniaan dan urusan kehidupannya tapi lalai akan akhirat dan ilmu-ilmunya. Firman Allah swt,” Mereka hanya mengetahui yg lahir sahaja dari kehidupan dunia, sedang mereka tentang kehidupan akhirat adalah lalai.” AQ 30:7

Juga dari Hadis asysyarif,” Sesungguhnya Allah membenci kepada tiap-tiap orang yg mahir terhadap dunia tetapi bodoh terhadap akhirat.” (Albani, Sahih Jami’ asSogheer, # 1875)

Syaikh Sulaiman Asyqar, Zubtadut Tafsir Fathul Qadir) menulis, umat Islam hari ini begitu mahir dalam pelbagai ilmu pengetahuan: atom, teknologi, letrik, automobil, tapi sayang, mereka tidak mengetahui bahkan paling bodoh pasal agama mereka

Kesimpulan semua ini:

Jalan keluar dari kebuntuan mengenal mana satu ulama yg baik ialah kita kena keluar dari daerah buta agama atau kejahilan. Sebagaimana dalam urusan kehidupan harian kita, kita tahu mana mechanic kereta yg baik, kita kenal mana kedai yg boleh memberi harga yg murah, kita tahu doktor yg mahir, kita kenal restoren yg enak masakannya, kita tahu dusun durian yg bagus qualitinya, kita tahu mana kedai jahit yg halus jahitannya, maka sudah sampai masanya kita kena memiliki ilmu dan kemahiran mengenali manakah tokoh agama yg baik dan berkualiti. WA

0 comments:

Post a Comment