Dec 26, 2008

Hukum Wanita Memakai Purdah

Salam

Apakah hukum memakai purdah bagi wanita??Adakah ianya wajib??tolong sertakan nas2 nya skali yek..

jazakallahukhair...

Wassalam :duel2

_________________
Salam

Berikut petikan jawapan THTL:

Jawab:

Purdah bermaksud pakaian bagi wanita Islam terdiri dari dua jenis: Hijab atau Hijab + Niqab

Hijab bermaksud pemakaian sederhana yg membuka muka dan dua tapak tangan.
Niqab bermaksud berhijab dan ditambah dgn niqab atau burqa (penutupan muka)

Sebelum Islam, wanita Arab jahiliyah memakai bermacam ragam pakaiaan. Tapi yg common ialah: khimar (menutup kepala), dar' (menutupi badan), jilbab (pakaian yg dipakai di atas Dar') dan mengenakan pula niqab (menutup muka kecuali dua mata) atau Burqa (menutup semua sekali).

Bila Islam datang, pakaian yg disyari'atkan ialah hijab sahaja (seluruh tubuh kecuali muka dan dua tapak tangan). Jilbab dan khimar itu dikekalkan kecuali niqab atau burqa'.

Dalil: 24: 31 dan 33: 59. Jika ada fuqaha' yg mewajibkan niqab atau burqa, ia adalah khilaf yg sudah ditolak oleh ahli Tahqeeq.

SJ-2188: Hukum pemakaian purdah??

Wassalam

2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum...
Bagaimana hukum wanita betudung memakai seluar panjang dan baju sampai selutut? Kerana saya mendengar bahwasanya ada pelarangan (hukumnya haram) memakai seluar panjang bagi wanita kecuali tidak ditutup dengan jubah atau lapisan lain. Karena menurut saya apabila beriyadhah pemakaian seluar panjang dan t-shirt labuh lebih selesa dibandingkan pakai jubah.

Anonymous said...

Asalkan tidak melekap dan tidak jarang.

Post a Comment