FS1-Siri 44:Fiqh Thaharah 23 - Buang Air (قضاء الحاجة)
Isu Susulan: Pada adab #7 (Siri 43) : Menghindari kencing pada lubang. Hadith dalil #88 dari Qatadah:
أن النبي صلى الله عليه و سلم نهى أن يبال في الجحر قال قالوا لقتادة ما يكره من البول في الجحر ؟ قال كان يقال إنها مساكن الجن
Terdapat perbahasan menarik di ruangan Berita & Artikel AAN sebagai susulan kepada posting ana, syukran kepada hujah-hujah akh abu ismail dan hakim-eze. Namun dalam syarah adab larangan air dalam lubang, ana telah pun membuat ulasan, bahawa adab ini sudah maklum dalam kitab2 adab dan fiqih, yakni lebih baik dihindari lubang jika anda membuang air kecil ketika tiada tandas awam tanpa mengira apakah hadithnya sahih ataupun dha’if. Maulana Asri alKautsari sendiri melemahkan hadith ini, cuma ia berkata ada kedapatan hadith-hadith lain sebagai penyokong. Sayang sekali sdr Hakim-eze tidak membawa hadith2 penguat tersebut.
Keputusan: ana menyerahkan kepada Jabatan Hadith AAN untuk menyelesaikan isu ini dengan membuat sedikit kajian dengan melihat segenap aspek terhadap hadith Qatadah ini (U/P ust alitantawi dan Mat lughowiyyat) WA
------------------------------------------------------------------------------Tamat.
Syarh Fiqh Sunnah diteruskan dalam adab buang air:
9. Tidak buang air kecil di tempat permandian, begitu juga pada air tergenang atau air mengalir.
Pertama: larangan kencing pada tempat permandian
[D] Hadith dalil #90 dari Abdullah Ibn Mughaffal ra: [nama sebenar beliau ialah Abu Sa’id Abd Ghanam bin Afif, wafat di Basrah 60 H, antara pengasas kepada madzhab Kufah]
لا يبولن أحدكم في مستحمه ثم يتوضأ فيه ، فإن عامة الوسواس منه
Terjemahnya: “ Janganlah kamu kencing di tempat mandian kemudian berwudhu’ di sana. Sesungguhnya kebanyakan was-was berpunca dari sana.” [HR Khamsah, tapi tambahan,” kemudian ia berwudhu’ di sana..” adalah tambahan dalam versi Ahmad dan Abu Daud sahaja] Takhriij/tahqiq: Khamsah ialah Ahmad (5/56), Abu Daud (27), anNasa’iy (1/34), Termidzi (21), Ibn Majah (304). Imam Termidzi berkata hadith gharib (ganjil dan kemungkinan besar ia dha’if), al-Albani menilainya sebagai dha’if (Dha’if Abu Daud (7) tapi versi sahih adalah seperti di bawah:
Versi sahih
لا يبولن أحدكم في مستحمه
Terjemahnya: “ janganlah salah seorang kamu kencing di tempat mandiannya ” tanpa tambahan (al-Albani, sahih Ibn Majah (249)
لا يبولن أحدكم في مستحمه ثم يغتسل فيه
Terjemahnya: “Janganlah kamu kencing di tempat mandian dan kemudian mandi di situ” (al-Albani, sahih Abu Daud (21)
Syarh: kencing di tempat mandi (shower) adalah dilarang. Tapi kata Imam Ahmad (Qardhawi, Fiqh Thaharah/123), jika seseorang kencing di tempat mandi, kemudian dia menuangkan air ke atas kencing itu dan ia mengalir keluar (ke dalam longkang atau pembetungan), maka tidak mengapa mandi di situ.
Isu: bagaimana dengan tandas moden yang dilengkapi dengan toilet bowl (mangkuk tandas) dan tempat mandi secara bersama? Sudah tentu tidak mengapa, sebab pembuangan najis dilakukan dalam toilet bowl dan mandi di sebelahnya. Kemungkinan di zaman dahulu, bilik mandi tidak ada tempat buang air, sebab itu dilarang kencing di situ.
Kedua: Larangan kencing pada air tergenang
Syarh: maksud air tergenang ialah tempat air bertakung yang mana ia tidak dapat mengalir ke mana-mana. Maka jika kencing di dalamnya akan mengakibatkan pencemaran dan membuat air itu kenajisan (al-Qardhawi, Fiqh Thaharah)
[S] Hadith dalil #91: Dari Jabir ra (nama sebenar Abu Abdullah Jabir bin Abdullah, perawi kepada 1540 buah hadith, wafat di Madinah pada 73H)
أنه نهى أن يبال في الماء الراكد
Terjemahnya : “ Bahawa Nabi SAW melarang buang air kecil pada air yang tergenang” [HR Ahmad, Muslim, an-Nasa’iy dan Ibn Majah]. Takhriij/Tahqiq: Sahih Muslim (281), al-Albani, sahih anNasa’iy (35). Syarh: Sepatutnya al-Sayyid menggunakan hadith Syaikhan dari Abu Hurayrah ra sebagai dalil yang diungguli:
لا يبولن أحدكم في الماء الدائم ثم يغتسل منه
Terjemahnya: “Jangan sekali-kali kamu kencing pada air yang tidak mengalir kemudian mandi dengan air itu.” [Sahih Muslim, no 282]
Ketiga: Larangan kencing pada air mengalir
[D] Dalil hadith #92: juga dari Jabir
نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم أن يبال في الماء الجاري
Terjemahnya: “Bahawa Nabi SAW melarang kencing pada air mengalir.” [HR atTabrani, kata buku Majma’ azZawaid, perawinya tsiqah (dipercayai)] Takhriij: al-Haitsami (w. 807H) dalam Majma’ azZawaid (1/204), dari atTabrani (w. 360H) dalam al-Awsath. Menurut penilaian al-Albani, hadith ini dha’if (Tamam al-Minnah/64-65 kerana ada perawi yang tidak dikenali. Juga dalam silsilah alDha’ifah no 5227 dan Dha’iful Jaami’ (6017)
Syarah: oleh kerana hadith ini tidak sahih, maka adab ini tidak valid.
Seterusnya al-Sayyid berkata,” jika ada perparitan (di mana airnya mengalir) di tempat mandian, maka tidak ada halangan kencing di sana.” Syarah: dengan sendirinya, al-sayyid menyanggahi hadith larangan kencing pada air yang mengalir.
-----------------------------------------------------------
Kod Hadith: [S] Sahih [H] Hasan [D] Dhaif [M] Maudhu’
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment