May 24, 2011

Nazar Untuk Tidak Berbuat Dosa

Postby hafiz85 »

assalamualaikum ... sayer nak bertanyer.. jikalu bernazar takkan buat dosa adakah nazar itu sah... kalu ye atau tak bagi nas..


***** jawapan *****

Postby kamin »

wa'alaikumussalam

Kami akan cuba menjawab soalan hafiz85 dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Bernazar untuk tidak membuat dosa adalah sah. Golongan Salaf ada yang melakukan nazar agar mereka tidak melakukan dosa Ini merupakan cara mereke mendidik diri agar tidak melakukan dosa, dan mendenda diri merekam jika melanggainya. Petikan dari Siyar Alaam al-Nubalaa' (9/228) :-

"Berkata Harmalah : Aku telah mendengar dari Wahab berkata : Aku bernazar jika setiap kali aku mengumpat pasal seseorang Aku akan berpuasa 1 hari dan akan memenatkanku, kerana aku pernah mengumpat dan berpuasa. Oleh itu, setiap kali aku mengumpat pasal seseorang aku berjanji akan memberi 1 dirham kepada kebajikan, dan disebabkan aku sayang pada duit maka aku telah meinggalkan mengumpat"

Zahabi mengatakan : itulah demi Allah, sikap seorang ulama',

Nazar adalah melakukan berjanji melakukan sesuatu kerana Allah.

Firman Allah swt :-

"Dan di antara mereka ada yang membuat janji dengan Allah dengan berkata: Sesungguhnya jika Allah memberi kepada kami dari limpah kurniaNya, tentulah kami akan bersedekah dan tentulah kami akan menjadi dari orang-orang yang soleh. " [Surah al-Taubah : 75]

Abu Bakr al-Jassaas mengatakan ayat ini :

"menunjukkan bahawa barangsiapa yang melakukan nazar mendekati Allah hendaklah menunaikannya, kerana sesungguhnya Nazar adalah Nazar dan ia adalah satu kewajipan". [Ahkaam al-Quran, 3/208].

Barangsiapa yang telah bernazar hendaklah dia tunaikan. Sabda Nabi :saw :-

"Barangsiapa yang bernazar untuk ta'at kepada Allah, maka biarkan dia menta'atinya" [Hadith Riwayat al-Bukhari #6318].

Mereka yang bernazar mempunyai 2 pilihan :-

  1. Meneruskan untuk menunaikan Nazar tersebut.
  2. Membatalkan nazar dan dikenakan Kafaarat Yameen (Kifarat)

Membatalkan nazar - Kafaarat Yameen

Hendaklah seseorang yang membatalkan nazar melakukan perkara berikut (kafaarat yameen) :-

  • Memberi makan kepada 10 orang miskin, atau
  • Memberi pakaian kepada 10 orang miskin, atau
  • Membebaskan hamba.

Jika tidak mampu melakukan diatas, barulah berpuasa selama 3 hari. Firman Allah swt:-

"Kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu yang tidak disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salah olehNya dengan sebab sumpah yang sengaja kamu buat dengan bersungguh-sungguh. Maka bayaran dendanya ialah memberi makan sepuluh orang miskin dari jenis makanan yang sederhana yang kamu (biasa) berikan kepada keluarga kamu atau memberi pakaian untuk mereka, atau memerdekakan seorang hamba. Kemudian sesiapa yang tidak dapat (menunaikan denda yang tersebut), maka hendaklah dia berpuasa tiga hari. Yang demikian itu ialah denda penebus sumpah kamu apabila kamu bersumpah dan jagalah (peliharalah) sumpah kamu. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (hukum-hukum agamaNya) supaya kamu bersyukur. " [surah al-Maa'idah : 89]

Sekian, wassalam

5 comments:

Anonymous said...

saya mahu bertanya,,adakah puasa selama 3 hari itu bermaksud 3 hari berturut??

dan 1 lagi permasalahan saya..dahulu saya tidak tahu menahu mengenai nazar dan saya pakai lakukannya sahaja,,maka disebabkan itu saya banyak kali melanggar nazar dan sudah tidak tahu berapa kali saya melakukannya,,adakah saya masih perlu mengganti semuanya??

Admin said...

ia maksudnya puasa 3 hari berturut-turut. Ada dalil yang memaafkan kesalahan kita jika kita lupa atau kita jahil tidak mengetahuinya, namun jika masih mampu sila tunaikan kaffarah bergantung kepada nazar yang telah diniatkan terdahulu...

Anonymous said...

saya nk tny,mcm mana niat utk puasa yg 3 hari berturut2 tu?puasa utk kaffarah nazar?

Unknown said...

saya ade melakukan nazar di mana kalau saya buat dosa tu, saya akan puasa 1 hari. tetapi bile saya buat dosa tu banyak kali, saya x pernah puasa. adakah setiap dosa yang saya buat tu perlu bayar kafarah atau bayar sekali sahaje?

Unknown said...

saya ade melakukan nazar di mana kalau saya buat dosa tu, saya akan puasa 1 hari. tetapi bile saya buat dosa tu banyak kali, saya x pernah puasa. adakah setiap dosa yang saya buat tu perlu bayar kafarah atau bayar sekali sahaje?

Post a Comment