Dec 11, 2008

Siri 21: Tamhid Fiqh Sunnah 10/akhir

Siri 21: Tamhid Fiqh Sunnah 10/akhir

Siri 21: Tamhid # 10/Akhir

Al-Sayyid Sabiq meneruskan pembantaiannya kepada gejala bertaqlid dan bermadzhab yang tersebar dengan cepat kerana kaum hartawan dan penguasa silam mendirikan madrasah dan mengajar hanya madzhab tertentu sahaja dan juga gejala para ulama’ makan gaji. Beliau memaparkan sebuah dialog antara Abu Zar’ah dan gurunya al Bulqini al-Syafi’iy (w. 806H). [Abu Zar’ah ialah Qadhi Damsyiq pada abad ke 10H. Beliau yang bertanggungjawab mematikan madzhab al-Awza’iy (w. 157 H) dan menyibarkan madzhab Syafi’iy di Syam/Syria]. Dialog itu menceritakan bagaimana Syaikhul Islam Taqiyuddin al-Subki (w. 756H) itu walaupun seorang mujtahid tapi tidak bebas berijtihad kerana jabatan qadhi dan mufti ketika itu hanya membenarkan hukum-hakam agama diputuskan berdasarkan madzhab yang empat sahaja.


Kemudian al-Sayyid Sabiq memaparkan kemuncak dari krisis fanatik madzhab ialah hukum (tidak sah) nikahnya seorang wanita bermadzhab Hanafi dengan pria dari madzhab Syafi’iy. Syarah: ini diceritakan oleh al-Muhaddith al-Albani (w.1999) dalam karya monumentalnya, Sifat Solat Nabi, ms 71 (terjemahan Media Hidayah, Jakarta). Bahkan lebih parah lagi akhirnya empat penjuru mesjidil Haram di imami oleh empat Imam dari empat madhab utama Islam

Kemudian alSayyid menceritakan pula bahaya bid’ah..

“ sebagaimana akibatnya pula tersebarnya bid’ah dan terpendamnya panji-panji sunnah..”

Syarah: akibat dari berleluasanya taqlid dan fanatik madzhab, mengikut al-Sayyid, maka akibat susulan ialah tersebarnya bid’ah dan di waktu yang sama terpendamnya panji-panji sunnah. Isu yang timbul dalam masyarakat nusantara ialah ujudnya tuduhan terdapatnya satu aliran/puak pembid’ah orang lain atau mereka melabelkan sebagai aliran kaum muda atau sekarang lebih dikenali pulak sebagai al-wahabiah. Ini sungguh mendukacitakan kerana tercelanya bid’ah ini bukanlah suatu yang asing dalam agama kita. Justru itu Ustaz al-Banna meletakkan isu bid’ah ini dalam dua usyul dari Usyu Asyriinnya, yakni Usyul ke 11 dan ke 12. Ini kerana isu bid’ah-membid’ah ini juga berlaku di Mesir bahkan di mana sahaja. Maka dalam dua usyul itu Ustaz al-Banna menjejaki punca perselisihan dua golongan ini ialah berpunca dari takrifan bid’ah dan sunnah itu sendiri.

Golongan yang keras mencela bid’ah berpegang dengan madrasah ahli hadith dan takrifan dari alSyatibi, Imam Malik, Ibn Taymiyah, Ibn Qayyim, dan aliran salafiyah. Manakala takrifan yang lunak datangn ya dari madrasah alSyafi’iyah seperti Imam Syafi’iy sendiri, Imam Nawawi, dan al Izz abdus Salam. Kelunakan itu tercerna bila ujudnya istilah bid’ah hasanah.

Rumusan: Walaupun ada perselisihan hangat dalam takrifan bid’ah dan sunnah, kesemua mereka bersepakat akan bid’ah yang sebenarnya mengancam umat Islam seperti bid’ah dalam akidah dan ibadah yang maklum.

Kemudian al-Sayyid menyentuh usaha-usaha tajdid atau pembaharuan agama sebagaimana mafhum hadith yang masyhur dari Abu Hurayra,

‏قال ‏ ‏إن الله يبعث لهذه الأمة على رأس كل مائة سنة من يجدد لها دينها ‏

terjemahnya: “ sesungguhnya Allah akan mengutus kepada ummat ini seorang pembaharu terhadap agamanya setiap satu kurun "(HR Abu Daud (kitab al-Malaahim,# 3740, KSA), juga alHakim dan alBaihaqi, disahihkan oleh al-Albani dan al-Qardhawi).

Syarh: alQardhawi menjelaskan maksud pembaharuan agama itu bukanlah merubah agama tetapi bermaksud memperbaharui kefahaman, keimanan dan amalan umat. Dalam kata lain, pembaharuan (tajdid) ini mengembalikan ajaran Islam pada zaman (yang ditajdidkan) kepada amalan murni di zaman salaf. (alQardhawi, tajdid adDiin fi dhau’ alSunnah, majallah markaz albuhuth alSunnah wal Siirah, Qatar, jilid II, ms 29)

Kemudian al-Sayyid menjelaskan putaran gerakan tajdid itu tidak bertahan lama, dan umat kembali kepada keadaan asal, bahkan lebih parah lagi.

Syarh: Walaupun apa yang dinyatakan oleh al-Sayyid agak melemahkan semangat kita, namun kita banyak berterimakasih kepada tokoh-tokoh agung pembaharu ummat seperti Syaikhul Islam Ibn Taymiyah (1328M), muridnya Ibn Qayyim (1350M), kemudian Syaikhul Islam Ali alSyawkani (1835M), kemudian diikuti oleh Syaikhul Islam Waliyullah alDihlawi (1762M) dan Imam Muhammad abdul Wahab (1792M) dan juga rangkaian alAfghani-Abduh-Rashid Ridha dan Ustaz Hasan alBanna. Di waktu yang sama kita tetap optimistik kerana golongan yang dinamakan thaifah almansyuurah (golongan yang tertolong) ini akan terus-menerus mengibarkan panji-panji Sunnah hingga Kiamat. Dalilnya ; dari Tsauban, bahawa Nabi saw bersabda, “

‏لا تزال طائفة من أمتي ظاهرين على الحق لا يضرهم من خذلهم حتى يأتي ‏ ‏أمر الله ‏ ‏وهم كذلك

Terjemahnya: “ akan sentiasa ada sekelompok orang dari umatku yang menang di atas kebenaran, tidak mengganggu mereka siapa saja yang menhinakan mereka sampai datang perintah Allah dan mereka kekal dalam keadaan begitu.” [Sahih Muslim, #3544, kitab Imarah]

Pada mukasurat 30, alSayyid menceritakan perkembangan hukum-hukum Islam yang menjadi kaku dan lesu hingga datanglah siri penjajahan ke atas bumi Islam yang akhirnya perundangan penjajahlah yang mengambil alih kehidupan umat Islam dan menggantikan syari’at Ilahi. Kemudian pada mukasurat 32 dan 33, alSayyid memberi keyakinan bahawa masa depan Islam akan kembali gemilang. Gesaan al-Sayyid ini mengulangi keyakinan mursyidnya, Ustaz Hasan dalam siri maqalahnya yang dihimpun dalam Majmu’at Rasail beliau.

Epilog:

Maka tamatlah siri Tamhid alSayyid Sabiq yang ditulis pada tahun 1946 (60 tahun yang lampau). Maka selepas ini kita akan masuk dalam kitab Fiqh Sunnah melalui pintu utamanya: Kitab Thaharah atau Bersuci. sekian

0 comments:

Post a Comment