Dec 30, 2008

Hadis Jihad

Salam
Ana pernah dengar tentang hadis jihad melawan hawa nafsu adalah jihad paling besar dan utama, minta jasa baik Panelis hurai dan jelaskan statusnya..
Jkk..
Wassalam

--------
بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Dalam hadis Jabir, sekumpulan sahabat pulang dari satu peperangan, lalu Nabi SAW bersabada: Kamu pulang dari jihad kecil kepada jihad yg lebih besar, iaitu: Mujahadah seseorang hamba terhadap nafsunya.

HR: Dailami, dan dinilai DHAIF oleh muhadditheen dan muhaqqiqeen. (Silsilah Dhaifah 5/478).

Kata Ibn Taimiyyah: Tiada asal baginya, tidak diriwayatkan oleh seorang pun dari kalangan mereka yang arif dalam percakapan dan perbuatan Rasulullah SAW. Jihad menentang orang kafir itulah yang paling besar, bahkan amalan sunat yang paling afdhal.
(Majmuk Fatawa 11/197).

Walaupun begitu, tidak dinafikan bahawa jihad melawan hawa nafsu juga adalah suatu yang dituntut oleh syarak. Sebagaimana dalam hadis Nabi SAW: "Orang yang berjihad ialah orang yang melawan nafsunya" HR Tirmizi (no: 1621). Katanya: Hadis Hasan Sahih.

0 comments:

Post a Comment