Dec 11, 2008

FS1-Siri 47:Fiqh Thaharah 26 - Buang Air (قضاء الحاجة) Akhir

Sambungan adab/Etika Buang Air:

14. Memercik air ke kemaluan dan seluarnya dengan air agar terhindar was-was ketika dia melihat kebasahan pada seluarnya, bahawa ia berasal dari percikannya tadi.
[S] Dalil hadith no 101 dari Hakam bin Sufyan atau Sufyan bin Hakam ra. Syarh: kata al-Albani perawinya ialah al-Hakam bin Sufyan al-Tsaqafi

كان النبي صلى الله عليه وسلم إذا بال توضأ ، وينتضح


Terjemahnya: “Adalah Nabi saw bila buang air kecil, (kemudian) berwudhu’ dan merenjiskan air (kemaluan dan kain)” Takhrij/Tahqiq: hadith ini dikeluarkan oleh Abu Daud (166), tapi matannya tidak sahih (al-Albani, Tamam al-Minnah (67), tapi ia mempunyai banyak syawahid (penguat dari pelbagai jalur), maka dinaiktaraf kepada Sahih liGhairihi (Sahih Abu Daud (159)
[S] Kemudian al-Sayyid membawa satu lagi matan:

توضأ رسول الله صلى الله عليه وسلم فنضح فرجه

Terjemahnya: “RasuluLlah saw berwudhu’ dan merenjiskan (air) pada kemaluannya.” Takhrij/Tahqiq: Hadith ini sebenarnya bukan diriwayatkan oleh alHakam tapi oleh Jabir dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam sahih Ibn Majah (381)
Hadith yang paling sahih, dari Ibn Abbas ra:

أن النبي صلى الله عليه وسلم توضأ مرة ونضح فرجه

Terjemahnya: “Nabi pernah sekali berwudhu’ dan merenjiskan air pada kemaluannya.” [HR Darimi dan al-Baihaqi, dinilai sahih oleh al-Albani dalam Tamam al-Minnah (66)
Kemudian al-Sayyid mengemukakan atsar dari Ibn Umar ra (beliau adalah Abdullah ibn Umar al-Khattab, perawi kepada 1630 hadith, wafat di Kota Makkah pada 74H), bahawa Ibn ‘Umar biasa merenjis kemaluannya hingga seluarnya menjadi basah. Syarh: kita tahu bahawa Ibn Umar terkenal dengan tabi’atnya yang melakukan apa sahaja yang diamalkan oleh RasuluLlah saw yang pernah dilihatnya semasa dia bersama baginda.

15. Etika masuk dan keluar tandas serta bacaan zikirnya
Kata al-Sayyid, hendaklah mendahulukan kaki kiri ketika memasuki tandas dan mendahului kaki kanan ketika keluar, kemudian membaca zikir: ghufraanak (aku pohon keampunan-Mu)
[S] Hadith dalil # 102: dari ‘Aisyah ra:

إِذَا خَرَجَ مِنَ الْخَلَاءِ ، قَالَ : " غُفْرَانَكَ "

Terjemahnya: “ Bila baginda (saw) keluar dari toilet, neliau membaca,” Ghufraanak” (Ya Allah, aku harap keampunan-Mu). [HR Khamsah kecuali anNasa’iy] Tahqiq: dinilai sahih oleh Ibn Mulaqqin, Ibn Hajar Asqolani, al-Nawawi (al-Azkar (38), al-Albani, al-Irwaa’ (52), Sahihul Jaami’ (5707). Al-Sayyid berkata, inilah hadith yg paling sah dalam masalah ini (etika keluar tandas) sebagaimana yahng diperakui oleh Abu Hatim. Syarah: Abu Hatim ialah seorang muhaddith yang ulung terutama dalam bidang jarh wa ta’dil, wafat pada tahun 277H), dia mengesahkan hadith ini dalam al-Muharrar (69).
Fiqh al-maqosyid disebalik zikir keluar tandas, kata al-Qardhawi (Fiqh Thaharah), kenapa Nabi saw berzikir demikian sa’at keluar dari tandas kerana:

1. Baginda terputus dari zikir kerana terpaksa duduk dalam tandas, maka sebaik sahaja beliau beres dari urusan tandas, maka beliau memohon ampun kerana menangguhkan ibadat zikir yang terhalang kerana berada di tempat yang demikian;
2. Baginda merasa bimbang kerana kerana kemungkinan cuai dalam bersyukur di atas nikmat makanan dan minuman yang dianugrahkan Allah ke atas baginda.

[D] Hadith dalil # 103

إذا خرج من الخلاء قال الحمد لله الذي أذهب عني الأذى وعافاني

Terjemahnya: Bacaan Nabi saw ketika keluar tandas,” Segala puji bagi Allah yang telah melenyapkan daripadaku penyakit dan telah menyihatkan daku” . Takhriij/tahqiq: dikeluarkan oleh Ibn Sunni (A’mal al-Yawm wa Laylah (22), Ibn Majah, kitab taharah, (301) dari jalur Abu Dzarr dan Anas. [Abu Dzar ialah Jundab bin Junadah dari suku Ghifar, antara sahabat terawal masuk Islam, perawi kepada 280 hadith, w. 31H] Dinilai dha’if oleh al-Albani, al-Irwaa’ (53), Dha’if Ibn Majah (301) dan adDha’ifah (5658) kelemahannya pada perawi bernama Ismail bin Muslim.
[D] Redaksi hadith yg lain: dari pelbagai jalan yang dha’if,

كان يقول إذا خرج الحمد لله الذي أذاقني لذته وأبقى في قوته وأذهب عني أذاه

Terjemahnya: “ Segala puji bagi Allah yang telah merasakan kepadaku kelazatannya, meninggalkan kepadaku kekuatannya dan melenyapkan dariku penyakitnya.” Takhriij/tahqiq: HR dikeluarkan oleh Ibn Sunni (A’mal al-Yawm wa Laylah (25) dari Ibn Umar, dinilai dha’if oleh al-Syun’ani, Subulus Salam (1/124), al-Albani (silsilah al-Dha’ifah (4187) Kata al-Albani, ungkapan al-Sayyid (dari pelbagai jalan yang lemah) menunjukkan al-Sayyid ingin berkata zikir ini boleh dinaiktaraf kerana terdapat pelbagai jalan yang lemah, bila ada pelbagai jalan, maka ia boleh dinaik taraf ke taraf hasan lighairihi. Ini suatu yang mengelirukan kerana ia tidak dapat dinaiktaraf (Tamam alMinnah (66)
Rangkuman:
A. Adab (etika) buang air (jika menggunakan toilet moden):
1. Tidak membawa barangan atau perhiasan (cincin atau loket) yang tertera nama Allah (kecuali dharurat)
2. Melangkah masuk dengan kaki kiri
3. Membaca zikir masuk tandas
4. Menghormati kiblat jika mampu
5. Tidak berbicara ketika berada dalam tandas
6. Tidak kencing di tempat mandian (shower room)
7. Tidak mengambil masa yang lama dalam tandas
8. Menggunakan tangan kiri untuk membersihkan dua jalan
9. Menggunakan air sebagai bahan pembersih
10. Boleh kencing berdiri jika selamat dari percikan
11. Boleh menggunakan kertas tandas (toilet roll) bagi tandas yang tidak menggunakan air (seperti di tandas negara bukan Islam)
12. Sunnah menggunakan sabun atau detergen untuk membasuh tangan
13. Keluar tandas dengan kaki kanan dan membaca zikir (Ghufraanak)

B. Etika buang air ketika outdoor atau ketika berada di kawasan yang tiada tandas moden
14. Tidak buang air di takungan air yang tidak mengalir kerana ia mencemarkan sumber air
15. Tidak buang air di tempat yang menjadi tumpuan manusia (jalan, tempat berteduh dan tempat mereka mengambil air)
16. Mencari tempat yang jauh dari pandangan manusia
17. Menghindari lubang kerana ia kemungkinan tempat tinggal haiwan dan jinn.
18. Memilih tempat atau permukaan yang lembut supaya terhindar dari percikan
19. Buang air sambil duduk bertinggung supaya tidak terkena najis
20. Menghormati kiblat kerana ia berada di luar bangunan
21. Sebaiknya menggunakan air kerana Malaysia amat mudah sumber airnya. Jika tidak ada air, boleh menggunakan batu, kayu atau daun kering
22. Tidak beristinja’ dengan tulang atau najis haiwan kering
23. menggosok tangan menggunakan tanah selepas mencuci kemaluan. WA

-----------------------------------------------------------
Kod Hadith: [S] Sahih [H] Hasan [D] Dhaif [M] Maudhu’

0 comments:

Post a Comment