Jan 14, 2009

Aurat Isteri

Di sini saya ingin bertanya 2 soalan .

Q1 - Apabila seorang wanita yang sudah bergelar isteri, perlukah ia menutup aurat (memakai tudung) ketika berada di dalam rumah ibu mertua. Dan ketika itu adik ipar lelaki , abang ipar dan sedara mara yang lain turut berada di dalam rumah tersebut.
Q2 - Aurat seorang isteri adakah sama dengan aurat wanita yang belum berkahwin?
-----

Salam.
seorang perempuan yang sudah baligh adalah wajib menutup auratnya di hadapan iparnya tak kira suaminya masih hidup atau sudah mati. Ini adalah berdasarkan hadith Rasulullah saw melarang kaum lelaki memasuki tempat orang perempuan yang (bersendirian tanpa mahram). Lalu seorang sahabat bertanya: “ Bagaimana sekiranya perempuan itu ipar saya. Rasulullah menjawab ipar adalah maut”.(hadith sahih, al-Albanni, Sahih Tarmizi no.934)

Ia menunjukkan ketegasan Rasulullah menutup segala ruang yang boleh membawa kepada fitnah. Alasan yang kedua ialah ipar adalah mahram yang muaqqat. Dengan kata lain seorang ipar haram berkahwin dengan iparnya selagi mana masih ada ikatan perkahwinan dengan isterinya. Sekiranya berlaku perceraian atau kematian, tidak ada lagi larangan berkahwin tadi.

Seterusnya, abang ipar tadi boleh berkahwin dengan adik bekas isterinya.

Hubungan di antara kakak ipar kepada ibu dalam kes di atas dengan bapa saudara bukannya ipar duai, tetapi biras. Maka, 'emak saudara' saudara itu mestilah sentiasa menutup aurat termasuk kepalanya di hadapan bapa saudara.

http://www.e-ulama.org/Tanya/Default.asp?mode=0&ID=766

Wassalam



View user's profile Send private message
aznanhamat
Maqam 2
Maqam 2


Joined: Jan 21, 2003
Posts: 834


Post Posted: Nov 05, 2003 - 06:59 PM Reply with quote Back to top
Post subject: Re: Tentang Aurat seorang Isteri
Salam

Mahram dalam Islam ini ada yg bersifat mu'abbad (kekal) dan ada mahram yg bersifat sementara (mu'aqqat)

Perempuan yg mahram sementara ini auratnya sama spt wanita asing (kena pakai tudung dan seumpamanya) dan batal jika bersentuh mengikut madzhab syafi'iy.

A. Mahram kekal ada tiga kelompok:

1. Mahram kerana nasab (keturunan)
2. Mahram kerana rada' (susuan)
3. Mahram kerana musaharah (ikatan perkahwinan)

Berkenaan soalan saudari maka ia berkaitan dengan mahram kekal kerana muasaharah

Mahram kekal kerana musaharah (ikatan perkahwinan)

Bagi lelaki

i) ibu mertua suami (ibu isteri)
ii) anak tirinya (anak isteri)
iii) ibu tirinya (ibu tiri isteri)
iv) menantunya (isteri kepada anak isteri)

atau bagi si isteri

i) bapa mertua bagi isteri (bapa suami)
ii)anak tirinya (anak lelaki suami)
iii)Bapa tirinya (bapa tiri suami)
iv) menantunya (menantu lelaki suami)

(Sumber: Mustafa alBugho, Fiqh alManhaji, Damsyiq, Dar alQalam (1987), ms 25)

Utk soalan saudari:

Q1 - Apabila seorang wanita yang sudah bergelar isteri, perlukah ia menutup aurat (memakai tudung) ketika berada di dalam rumah ibu mertua. Dan ketika itu adik ipar lelaki , abang ipar dan sedara mara yang lain turut berada di dalam rumah tersebut.

jawapan:

Jadi sudah pasti ipar tidak termasuk dalam barisan mahram yg kekal dan sudah pasti aurat dia sama dengan wanita2 lain.

Saudara mara pulak adakah ia termasuk dalam kategori spt diatas? Kalau tidak ia sama juga dgn ipar..

Untuk lebih memahami secara lanjut silalah ke

http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=14729&Forum=UBB8&Words=ipar&Match=Entire%20Phrase&Searchpage=0&Limit=25&Old=allposts&Main=14729&Search=true#Post14729

dan juga silalah ke

SJ – 2449 : AURAT WANITA DI HADAPAN IPARNYA YANG BERLAINAN JANTINA
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=11841

dan juga sila ke

http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=6973&Forum=UBB8&Words=ipar&Match=Entire%20Phrase&Searchpage=0&Limit=25&Old=allposts&Main=6304&Search=true#Post6973

Q2 - Aurat seorang isteri adakah sama dengan aurat wanita yang belum berkahwin?

jawapan:

1. Dibolehkan bagi suami isteri untuk melakukan mandi dalam satu kamar mandi, karena tidak ada lagi aurat antar suami isteri. Di samping, hal itu pernah dilakukan oleh Rasulullah bersama isterinya sebagaimana disebutkan dalam hadits berikut ini:

Dari Aisyah ra. berkata, "Saya pernah mandi bersama Rasulullah saw. dari satu bejana, hingga tangan kami saling beradu padanya untuk mensucikan junub." (HR. Bukhari, Muslim dan Ibnu Hibban)

rujukan:

http://www.eramuslim.com/konsultasi/ustadz/309/24161201,7836,2,v.html

Wallahu A'lam.

Wassalam

2 comments:

Anonymous said...

maksudnya disini, menantu perempuan tidak perlulah memakai tudung ketika bapa mertua tiri berada dirumah? mohon jelaskan

Unknown said...

Boleh saya tahu pandangan mazhab hanafi berkaitan tatu kekal

Post a Comment