tag:blogger.com,1999:blog-45554858359935135142024-03-13T18:09:10.699+08:00Koleksi Soal Jawab Fiqhaizuddinhttp://www.blogger.com/profile/12680683194869917727noreply@blogger.comBlogger298125tag:blogger.com,1999:blog-4555485835993513514.post-23826639375801515862012-12-18T16:56:00.001+08:002012-12-18T16:56:25.205+08:00Hukum Menanam Anggota Badan Yang TerpisahSJ-07-0212 :

Submitted by Anonymous (not verified) on Mon, 19/03/2012 - 8:34am

Assalamu'alaykum wbt

persoalan:

jika ada anggota badan yang terpisah daripada jasad, apakah perlu ditanam anggota tersebut?

contohnya anggota/organ tersebut terpisah atas sebab:

1- pembedahan (disebabkan penyakit dsb)

2- kemalangan

dan anggota tersebut tidak boleh disambung kembali selama2nya.

dan jika janin mati di dalam kandungan, adakah cara menguruskannya sama seperti menguruskan mayat biasa? atau cukup sekadar menanamnya?

mohon pencerahan

Jawapan:

kamin

Tue, 20/03/2012 - 10:41pm

Re: Hukum menanam anggota badan yang terpisah

Wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, inSyaAllah.

Adalah mustahab (digalakkan) apabila anggota badan yang terpisah dari badan seseorang yang masih hidup ditanam didalam tanah. Walaupun hukumnya bukan wajib, akan tetapi sebagai memuliakan kedudukan manusia sebagaimana firman Allah swt :-

وَلَقَدْ كَرَّمْنَا بَنِي ءَادَمَ وَحَمَلْنَاهُمْ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ وَرَزَقْنَاهُمْ مِنَ الطَّيِّبَاتِ وَفَضَّلْنَاهُمْ عَلَى كَثِيرٍ مِمَّنْ خَلَقْنَا تَفْضِيلاً

“Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan.” [surah al-Isra’ ayat 70].

Menurut Imam al-Nawawi rh didalam al-Majmu’ bahawa amalan pengkebumian tidak hanya dikhususkan kepada kematiannya sahaja, bahkan semua anggota yang terpisah dari badan orang yang hidup, seperti rambut, kuku dan selainnya adalah mustahab ditanam.

Hendaklah ditanam didalam tanah yang dikorek dan ditimbuskan anggota tersebut. Ini adalah bagi mengelakkan dari anggota tersebut dibaham oleh binatang buas . Imam Nawawi rh ada menyebut bahawa :

ونقل المتولي رحمه الله الاتفاق على أنه لا يغسل ولا يصلى عليه فقال: لا خلاف أن اليد المقطوعة في السَّرقة والقِصاص لا تغسل ولا يُصلَّى عليها، ولكن تلفُّ في خِرقة وتدفن وكذا الأظفار المقلومة والشَّعَر المأخوذ من الأحياء لا يصلَّى على شيء منها، لكن يستحَبُّ دفنها

“al-Mutawalli menukilkan adalah dipersetujui bahawa anggota yang terpisah itu tidak perlu dimandi dan disolatkan. Kata beliau: Tiada khilaf bahawa tangan yang dipotong kerana hukuman mencuri dan qisas tidak wajib dimandi dan disolatkan. Memadai dengan hanya dibalut dengan secebis kain dan ditanam. Begitu juga dengan kuku dan rambut yang dipotong daripada orang yang masih hidup. Maka ia tidak perlu disolatkan, tetapi mustahab ditanam.” [al-Majmu’ 5/254].

Mengenai kematian janin yang belum bernyawa lagi, Imam al-Nawawi rh mengatakan bahawa janin tersebut sunat ditanam tanpa perlu disolatkan. Maknanya dibolehkan untuk membasuhnya dan dibungkuskan dengan kain dan disunatkan untuk di tanam. Malah menurut sheikh Muhammad bin Ismail al-Fathani rh adalah haram bersolat keatasnya.

Kesimpulannya, apa sahaja yang terpisah dari badan manusia yang masih bernyawa seperti rambut, kuku, darah, jari, dsb adalah mustahab ditanam didalam tanah. Ini adalak kerana Allah swt memuliakan manusia ini. WA.

Rujukan fatwa :-

دفن الأعضاء المقطوعة

http://www.fatawah.com/Fatawah/439.aspx

أعضاء الإنسان المبتورة... هل تدفن ؟

http://english.islamweb.net/fatwa/index.php?page=showfatwa&lang=&Option=FatwaId&Id=9187

خيرالأمين

aizuddinhttp://www.blogger.com/profile/12680683194869917727noreply@blogger.com5tag:blogger.com,1999:blog-4555485835993513514.post-44316376588891327562012-03-17T22:18:00.000+08:002012-03-17T22:18:09.322+08:00Apa Kita Katakan Ke Atas Mayat Ini?
Postby Al-Hafiz »

Salam,

Saya dapati hampir setiap majlis kematian yang saya hadiri kini, selepas sahaja solat jenazah, imam akan bertanya dengan suara yang lantang "Apa kita katakan ke atas mayat ini?" lalu dijawab oleh para makmum "Baik". Perkara ini diulangi sebanyak 3 kali. Saya merasakan perkara ini dilakukan bersandarkan kepada hadis sahih riwayat Muslim seperti berikut:

Hadis Anas bin Malik r.a katanya:

Ketika satu jenazah diiringi, orang ramai memuji jenazah tersebut sebagai orang baik iaitu semasa hidupnya, maka Nabi s.a.w pun bersabda mengenainya: Wajib, wajib, wajib. Lalu datang pula iringan jenazah yang kedua, orang ramai mengutuk mengenai jenazah tersebut sebagai orang yang jahat semasa hidupnya. Nabi s.a.w pun bersabda: Wajib, wajib, wajib. Umar berkata: Menjadi penebusmu, ayah dan ibuku! Ketika jenazah pertama diiringi, orang ramai memujinya sebagai orang baik, lalu kamu berkata: Wajib, wajib, wajib. Kemudian ketika jenazah kedua diiringi, orang ramai mengutuknya sebagai orang yang jahat, kamu juga berkata: Wajib, wajib, wajib. Apa ertinya? Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Orang yang kamu puji sebagai orang baik, maka diwajibkan kepadanya Syurga. Sedangkan orang yang kamu katakan sebagai orang yang jahat, maka diwajibkan kepadanya Neraka. Kamu sekalian adalah saksi Allah di muka bumi. Kamu sekalian adalah saksi Allah di muka bumi. Kamu sekalian adalah saksi Allah di muka bumi.

Dalam hadis tersebut apa yang saya faham orang ramai memuji dan mencela mayat itu dari luahan mereka sendiri, bukan dirancang-rancang atau dipakat-pakat. Dan pujian atau celaan itu dibuat secara kebetulan setelah mayat itu diiringi dihadapan mereka.

Tetapi apa yang diamalkan oleh masyarakat kini adalah dengan sengaja pula bertanya dihadapan mayat supaya akan dijawab oleh hadirin dengan jawapan yang baik. Saya merasa agak pelik kerana seolah-olah "memaksa" untuk hadirin menjawab "Baik" walaupun mungkin sebenarnya ada dikalangan hadirin sendiri ketika itu di dalam hatinya merasakan si mati memang seorang yang teruk.

Mohon betulkan jika saya tersalah, tapi bukankah kata-kata terhadap mayat samada baik atau buruk yg dimaksudkan oleh hadis di atas itu membawa erti sebagai kata-kata yg diucapkan secara bebas oleh hadirin? Ada org pernah berkata "ah bukan siapa paksa pun, kalau tak nak jawab kau diam aje lah". Saya jawab "memang la, tapi yg sampai bertanya depan mayat tu kenapa pula, dalil mana?" Dia senyap. Bagi saya isunya disini bukan jawab atau diam, tapi dikhuatiri perbuatan ini dilakukan atas salah pemahaman terhadap hadis rasulullah saw.

Mohon penjelasan tuan akan perkara ini. Terima kasih.

Jawapan:

Postby kamin »

Wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.

Amalan yang dilakukan oleh masyarakat kita pada masa ini tidak bercanggah dengan ajaran Islam, dan sebagaimana mana yang dinyatakan, ia merupakan amalan yang dilakukan pada zaman dahulu. Namun demikian, tidak kira apa niat seseorang itu, Allah yang sahaja dapat menentukannya. Kita berhukum diatas perkara yang zahir.

Benarlah amalan berkata baik kepada seseorang itu datang dari sebuah hadith sahih, berkata Anas bin Malik ra. :-

مر بجنازة فأثني عليها خيرا فقال نبي الله صلى الله عليه وسلم وجبت وجبت وجبت ومر بجنازة فأثني عليها شرا فقال نبي الله صلى الله عليه وسلم وجبت وجبت وجبت قال عمر فدى لك أبي وأمي مر بجنازة فأثني عليها خير فقلت وجبت وجبت وجبت ومر بجنازة فأثني عليها شر فقلت وجبت وجبت وجبت فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم من أثنيتم عليه خيرا وجبت له الجنة ومن أثنيتم عليه شرا وجبت له النار أنتم شهداء الله في الأرضأنتم شهداء الله في الأرض أنتم شهداء الله في الأرض

“Ketika iring-iringan membawa jenazah lewat, orang-orang memuji jenazah dengan kebaikan, kemudian Nabi saw. bersabda: Wajib, wajib, wajib. Lalu lewat pula iringan jenazah lain, orang-orang mencelanya dengan keburukan, kemudian Nabi saw. bersabda: Wajib, wajib, wajib. Umar berkata: Menjadi penebusmu, ayah dan ibuku! Ada iringan jenazah lewat dan orang-orang memujinya sebagai orang baik, lalu engkau mengatakan: Wajib, wajib, wajib. Lewat pula iringan jenazah lain yang disifati sebagai orang jahat, lalu engkau mengatakan: Wajib, wajib, wajib. Apa artinya itu? Rasulullah saw. bersabda: Orang yang kamu puji sebagai orang baik, maka wajib baginya syurga, sedangkan orang yang kamu katakan sebagai jahat, maka wajib baginya neraka. Kamn adalah para saksi Allah di bumi. Kalian adalah para saksi Allah di bumi. Kalian adalah para saksi Allah di bumi." [Hadith Riwayat Imam Muslim No.1578].

Begitu juga didalam sebuah hadith yang menjelaskan bahawa kata-kata baik dari seseorang jiran juga dianggap do’a agar Allah swt .

ما من مسلم يموت فيشهد له أربعة من أهل أبيات جيرانه الأدنين أنهم لا يعلمون إلا خيرا , إلا قال الله ، عز وجل : قد قبلت قولكم ، أو قال : شهادتكم , وغفرت له ما لا تعلمون

“Tidak ada sesorang Muslim yang mati apabila empat orang jiran memberi keterangan bahawa mereka tidak tahu yang lain mengenai mayat ini melainkan perkara baik yang dilakukan. Melainkkan Allah akan berkata : Aku terima semua kesaksian kamu dan mengampunkan semua dosa-dosanya yang kamu tidak tahu” [Hadith Riwayat Musnad Abu Ya‘la, Sahih Ibnu Hibban; Sahih At-Targheeb H/3515; Talkhees P. 26.]

Malah, Fatwa dari al-Lajnah al-Daaemah [9/154-155] menyebut :

وأما مجرد الثناء عليه عند ذكره ، أو مرور جنازته ، أو للتعريف به بذكر أعماله الجليلة ونحو ذلك مما يشبه رثاء بعض الصحابة لقتلى أحد وغيرهم ، فجائز ؛ لما ثبت عن أنس بن مالك رضي الله عنه قال : ( مروا بجنازة فأثنوا عليها خيرا . فقال صلى الله عليه وسلم : وجبت ، ثم مروا بأخرى فأثنوا عليها شرا فقال : وجبت . فقال عمر رضي الله عنه : ما وجبت ؟ قال : هذا أثنيتم عليه خيرا فوجبت له الجنة ، وهذا أثنيتم عليه شرا فوجبت له النار ، أنتم شهداء الله في الأرض ) – متفق عليه

“Pujian baginya apabila disebut, atau apabila jenazah lalu dihadapannya, atau dengan cara memberitahu orang lain akan kebaikkan yang dia lakukan atau seumpamanya, merupakan mirip cara yang dilakukan oleh beberapa sahabat yang memuji-muji mereka yang syahid di perang Uhud dan lain-lain, dan ia dibenarkan, sebagaimana hadith Riwayat Anas bin Malik ra yang berkata : Jenazah melewati mereka dan mereka berkata baik mengenainya, dan Nabi :saw bersabda : wajib (pasti). Kemudian lalu lagi jenazah dan mereka berkata buruk mengenainya, dan baginda berkata : wajib (pasti). Umar ra berkata : Apa yang pasti? Rasulullah saw. bersabda: Orang yang kamu puji sebagai orang baik, maka wajib baginya syurga, sedangkan orang yang kamu katakan sebagai jahat, maka wajib baginya neraka. Kamn adalah para saksi Allah di bumi. Kalian adalah para saksi Allah di bumi. Kalian adalah para saksi Allah di bumi." [Hadith Muttafaq ‘Alaih]

Fatwa ini jelas membenarkan puji-pujian selepas pengkebumian atau ketika jenazah melaluinya dilakukan. Amalan yang dilakukan secara “formal” dikalangan masyarakat Melayu kita ini tidak menyalahi sunnah, malah jika amalan ini dihapuskan, berkemungkinan besar sunnah ini akan ditinggalkan selama-lamanya. Tidak mengapalah cara dilakukan itu kelihatan seperti memaksa, akan tetapi cuba kita fikir-fikirkan, apabila tiada lagi amalan tradisi ini, apakah amalan yang terbaik untuk menggantikannya? Sudahkah kita mempunyai alternatif lain? WA.

Sekian, wassalam

aizuddinhttp://www.blogger.com/profile/12680683194869917727noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-4555485835993513514.post-69059265317241761652011-05-25T21:55:00.002+08:002011-05-25T21:55:38.155+08:00Nazar Tidak TertunaiPostby mdkhaidir »

Assalamualaikum

Saya telah bernazar bahawa jika sesuatu peristiwa itu berlaku saya akan menberikan sejumlah wang kepada ibu saya.

Peristiwa tersebut telah benar berlaku akan tetapi ibu saya telah meninggal dunia sebelum sempat saya memberinya duit tersebut.

Apa yang perlu saya lakukan?

********* JAWAPAN ***********

Postby al-jawhar »

Secara umumnya , nazar yang tidak dapat ditunaikan atas sebab-sebab tertentu dikenakan kaffarah , iaitu kaffarah yamin (sumpah) sebagaimana hadis Rasulullah saw:

Kaffarah Nazar ialah Kaffarah Yamin (sumpah)

(HR Muslim , no : 3103 , Abu Daud : 2888 , An-Nasa’ie : 3772)

Maka , apa yang perlu saudara lakukan ialah dengan membayar kaffarah mengikut ketetapan yang telah ditetapkan oleh Allah swt dalam surah Al-Maidah ayat 89 :

Allah tidak menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpahmu yang tidak dimaksud (untuk bersumpah), tetapi Dia menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpah yang kamu sengaja, maka kaffarat (melanggar) sumpah itu, ialah memberi makan sepuluh orang miskin, yaitu dari makanan yang biasa kamu berikan kepada keluargamu, atau memberi pakaian kepada mereka atau memerdekakan seorang budak. Barang siapa tidak sanggup melakukan yang demikian, maka kaffaratnya puasa selama tiga hari. Yang demikian itu adalah kaffarat sumpah-sumpahmu bila kamu bersumpah (dan kamu langgar). Dan jagalah sumpahmu. Demikianlah Allah menerangkan kepadamu hukum-hukum-Nya agar kamu bersyukur (kepada-Nya).

WAaizuddinhttp://www.blogger.com/profile/12680683194869917727noreply@blogger.com4tag:blogger.com,1999:blog-4555485835993513514.post-22520539847335345452011-05-25T21:52:00.000+08:002011-05-25T21:52:45.048+08:00Bolehkah Menukar Nazar?SJ-16-0017 : Tukar nazar

Postby puteri83 » Jul 6th, '08, 20:21

Sahabat saya telah bernazar untuk melakukan nazar sekiranya memperolehi sesuatu yag dihajati, tetapi baru-baru ini dia menyatakan ingin menukar nazarnya itu dengan satu ibadah dalam bentuk lain pula...adakah beliau dibolehkan menukar nazarnya...

********* JAWAPAN **********

Postby al-jawhar »

Secara asasnya , nazar yang telah diucapkan , hukumnya adalah wajib ditunaikan. Seseorang yang bernazar hendaklah melaksanakan nazarnya mengikut apa yang diucapkan semasa melakukan nazar, selagi mana nazar tersebut bukan kepada perkara-perkara maksiat atau dosa kepada Allah swt.

Maka , dalam persoalan di atas , sahabat saudari tersebut wajib menunaikan nazarnya sepertimana yang telah diucapkan , sebagaimana firman Allah swt dalam surah al-Hajj , ayat 29 :

“dan hendaklah mereka menyempurnakan nazar-nazar mereka”

Pertukaran nazar hanya dibolehkan apabila kita menukarnya kepada suatu nazar yang lebih baik daripada sebelumnya , sebagaimana pendapat Syaikhul Islam Ibn Taimiyyah dalam kitabnya ‘Al-Ikhtiyarat’ , m.s 329 :

“Asal (hukum) sekiranya seseorang menetapkan suatu tempat yang tertentu dalam nazarnya , iaitu ingin bersedekah atau membina sebuah masjid pada tempat tertentu , maka wajib baginya untuk menunaikan nazarnya pada tempat tersebut (sebagaimana yang diucapkan) selagi mana tidak ada larangan syarak , melainkan sekiranya ia ingin menukarkan nazarnya dibuat di dua tanah haram (makkah dan madinah). Maka perbuatan tersebut tidak mengapa (dibolehkan)”

Jelas dalam pendapat Ibn Taimiyyah tersebut mengatakan bahawa pertukaran nazar yang dibuat untuk suatu tempat / perkara yang lebih baik daripada sebelumnya , adalah dibolehkan. Begitu juga halnya , jika seseorang benazar ingin berpuasa pada hari selasa , maka ia boleh menukar puasanya pada hari Isnin , kerana berpuasa pada hari Isnin adalah lebih baik dan perkara yang memang disunnahkan Oleh Rasulullah saw.

Walaubagaimana pun , terdapat pendapat ulama yang mengatakan dibolehkan kita untuk menukar nazar atas alasan sesuatu yang dikira sebagai dharurat/keuzuran seperti tidak mampu untuk melaksanakan nazar tersebut , atau terdapatnya sebarang masyaqqah dan kesukaran dalam melaksanakannya. Maka pada ketika itu dibolehkan untuk kita menukar nazar tetapi dikenakan kaffarah Yamin.

WA

Ruj :

Al-Kaffarah fi dhaui al-Quran wa al-sunnah , As-Syaikh Dr.Mailuudi bin Jam’ah , Mu’assasah Ma’arif , Beirut. Cetakan 2002.

Al-Ikhtiyaarat al-Fiqhiyyah Li syaikhul Islam Ibn Taimiyyah ,Abul Hasan Ali bin Muhamad bin Abbas Al-Hanbali , Maktabah Riyadh al-Hadisah.aizuddinhttp://www.blogger.com/profile/12680683194869917727noreply@blogger.com9tag:blogger.com,1999:blog-4555485835993513514.post-65092603041542590842011-05-25T21:47:00.000+08:002011-05-25T21:47:09.292+08:00Kafarat Nazar 10 Orang MiskinPostby Guest »

assalamualaikum.

kaffarat org yg melanggar nazar ialah antaranya memberi makan 10 org miskin (1.5kg beras/orang). Boleh tak saya membayar kepada sebuah keluarga miskin yg hanya ada 3 beranak saja tp dgn kadar nilai untuk 10 org (1.5 X 10 = 15kg beras)..?

Guest

********* JAWAPAN *********

Postby Abu_Umair »

Bagi kaffarah nazar, syarak telah menaskan sifat-sifatnya secara terperinci di dalam Quran. Firman Allah Taala:

Maksudnya: Allah tidak menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpahmu yang tidak dimaksud (untuk bersumpah), tetapi Dia menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpah yang kamu sengaja, maka kaffarah (melanggar) sumpah itu, ialah memberi makan sepuluh orang miskin, iaitu dari makanan yang biasa kamu berikan kepada keluargamu, atau memberi pakaian kepada mereka atau memerdekakan seorang hamba. Barangsiapa tidak mampu melakukan yang demikian, maka kaffarahnya puasa selama tiga hari. Yang demikian itu adalah kaffarah sumpah-sumpahmu apabila

kamu bersumpah (dan kamu langgar). (Al-Maidah: 89)

Syarak telah menaskan bilangan miskin, iaitu SEPULUH ORANG. Maka tidak memadai memberi makan kurang daripada sepuluh orang miskin, kerana dianggap menyalahi nas. (Al-Hawi al-Kabeer 15/299).

Wallahu A'lam.aizuddinhttp://www.blogger.com/profile/12680683194869917727noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-4555485835993513514.post-41246721602166973352011-05-25T21:44:00.000+08:002011-05-25T21:44:18.976+08:00Bersumpah Menjunjung AlQuranPostby Guest »

kini byk saudara saudara islam yang mengangkat sumpah dengan menjunjung al quran, jika melanggar sumpahnya bagaimanakah cara untuk bertaubat ? bagaimakah pula jika sumpahnya memudaratkan dirinya sendiri?

********* JAWAPAN **********

Postby kamin »

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Bukanlah syarat bersumpah itu dengan menggunakan al-Quran. Syarat bersumpah ialah dengan menyebut nama Allah, contohnya Demi Allah, Aku akan melakukan ini....

Berikut kami petik soal-jawab yang lalu mengenai dengan sumpah menggunakan al-Quran:-

SJ-13-0019 : MENJUNJUNG AL-QURAN ?? wrote:Seorang Islam itu hanya boleh bersumpah dengan nama Allah swt sebagaimana sabda Rasulullah saw :

"Barangsiapa yang bersumpah, bersumpahlah dengan nama Allah atau berdiam diri"

Memegang Mushaf (Al-Quran) semasa bersumpah bukanlah merupakan salah satu syarat sumpah. Akan tetapi tidaklah menjadi masalah jika semasa ia bersumpah, tangannya memegang al-Quran, kerana al-Quran adalah merupakan Kalam Allah dan ia merupakan salah satu dari sifat Allah. Scenario ini dapat kita lihat didalam masalah yang melibatkan mahkamah bukan Islam yang memerlukan seseorang itu bersumpah menggunakan kitab suci. Berikut adalah contoh fatwa yang dikeluarkan oleh Fataawaa al-Majma' al-Fiqhi al-Islami :-

"Jika sistem didalam sebuah negara tidak memerintah menggunakan undang-undang Islam yang memerlukan seseorang itu mengangkat sumpah meletakkan tangannya diatas Kitab Taurat atau Injil, atau kedua-duanya sekali, maka seorang Islam itu hendaklah meminta mahkamah agar dia boleh bersumpah dengan Nama Allah. Dan Tidaklah menjadi masalah jika seseorang itu bersumpah dengan Al-Quran kerana sesungguhnya Al-Quran ialah Perkataan Allah (Kalam Allah) dan ia adalah salah satu dari sifat Allah. Dan jika mahkamah tidak membenarkan permintaan tersebut, dan dia terpaksa bersumpah dengan Taurat dan Injil, maka ini dianggap s ebagai paksaan, maka tidaklah ada dosa bagi seseorang itu meletekkan tangannya keatas salah satu atau kedua-duanya sekali selama-mana dia tidak berniat memuliakan apa yang dilakukan. Wallahu'alam"

Bagi mereka yang melanggar sumpah, dia dikenakan kafarah al-yameen bagi menebus sumpahnya. Berikut adalah kafarahnya :-

a. Memberi makan kepada 10 orang miskin, atau

b. Memberi pakaian kepada 10 orang miskin, atau

c. Membebaskan hamba.

Jika tidak mampu melakukan diatas, barulah berpuasa selama 3 hari. Firman Allah swt:-

"Kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu yang tidak disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salah olehNya dengan sebab sumpah yang sengaja kamu buat dengan bersungguh-sungguh. Maka bayaran dendanya ialah memberi makan sepuluh orang miskin dari jenis makanan yang sederhana yang kamu (biasa) berikan kepada keluarga kamu atau memberi pakaian untuk mereka, atau memerdekakan seorang hamba. Kemudian sesiapa yang tidak dapat (menunaikan denda yang tersebut), maka hendaklah dia berpuasa tiga hari. Yang demikian itu ialah denda penebus sumpah kamu apabila kamu bersumpah dan jagalah (peliharalah) sumpah kamu. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (hukum-hukum agamaNya) supaya kamu bersyukur. " [surah al-Maa'idah : 89]

Seseorang itu kena berhati-hati didalam melafazkan sumpah. Maksud memakan diri itu adalah seseorang itu akan menanggung dosa besar jika sumpah yang terbatal itu tidak ditebus dengan kafaarah al-Yameen. Menurut Fatwa aal-Lajnah al-Daaimah, seseorang itu dengan berusaha menebus seberapa banyak sumpah-sumpah lalu yang telah dia lakukan melalui kafaah al-yameen, agar dia dibebaskan dari tanggung-jawab ini [al-Lajnah al-Daaimah, 23/49]. WA.

Sekian, wassalamaizuddinhttp://www.blogger.com/profile/12680683194869917727noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4555485835993513514.post-43304691582910467222011-05-25T21:35:00.000+08:002011-05-25T21:35:43.146+08:00Bernazar Atas Perkara Yang WajibPostby ibnu salim »

:salam

panel-panel al-ahkam

Beberapa bulan sudah, saya ada berniat nazar untuk tidak melakukan perkara tertentu yang mendatangkan dosa, yakni saya mendenda diri saya untuk memberi sumbangan kepada masjid dengan jumlah tertentu sekiranya saya melakukan perkara tersebut. Untuk pengetahuan saya telah melakukan dosa terbabit beberapa kali. Sekarang ini saya berniat untuk membatalkan nazar tersebut (perlu melakukan kifarat).

Persoalannya perlukah saya untuk membayar nazar terhadap dosa perkara yang telah saya lakukan sebelum melakukan kifarat ataupun hanya perlu membayar kifarah sahaja.

sekian. terima kasih

:wassalam

*************** JAWAPAN **************

Postby Abu_Umair »

difahami daripada persoalan di atas, anda telah bernazar untuk meninggalkan satu maksiat. Sedangkan meninggalkan maksiat adalah WAJIB ke atas setiap muslim. Maka nazar dalam perkara wajib adalah TIDAK SAH, dan tidak dikenakan kaffarah.

Demikianlah yang difatwakan oleh kebanyakan ulama, dan dimuktamadkan dalam dalam keempat2 mazhab. Cuma dalam mazhab Hanbali ada riwayat atau ihtimal bahawa sah nazarnya, dan jika melanggarnya maka dikenakan kaffarah.

Dalil-dalil TIDAK SAH nazar wajib, atau nazar tinggal maksiat:

1) Perkara itu telah wajib dengan syarak, maka tidak ada apa2 erti untuk kita wajibkan ia dengan nazar.

2) Kaedah feqah yg masyhur: "Sesuatu yang sabit dengan syarak didahulukan daripada sesuatu yang sabit dengan syarat". Dalam kes ini, kewajipan asal syarak yg diambil kira, manakala syarat iaitu nazar tidak diambilkira.

Lihat kaedah dalam: Asybah Wa Nazair oleh Suyuti 279. dan Imam Suyuti membawa contoh ini.

3) Kata Ibn Qudamah: Tidak sah beriltizam dengan sesuatu yang telah lazim. Manakala al-Buhuti berkata: ia satu bentuk Tahsil al-Hasil. iaitu: menghasilkan sesuatu yang telah ada. Maka Tahsil Hasil adalah batil.

Kesimpulan:

-Nazar yg anda lafazkan adalah TIDAK SAH

-Tetapi anda tetap wajib meninggalkan maksiat itu, kerana itu kewajipan asal syarak.

-Anda tidak dikenakan apa2 kaffarah sekalipun anda melakukan maksiat itu.

Rujukan:

-Mazhab Hanafi, Ktab al-Asl (al-Mabsut) oleh Imam Syaibani (Anak murid Abu Hanifah) m/s 3/148-149.

-Mazhab Maliki, kitab al-Tafri' oleh Ibn Jallab 1/377

-Mazhab Syafie, kitab Kanzul Raghibin, dan Hasyiah Qalyubi wa Umairah 4/289

-Mazhab Hanbali, kitab al-Mugni Ibn Qudamah 13/628, dan Kasyyaful Qina' 5/237

wallahu a'lamaizuddinhttp://www.blogger.com/profile/12680683194869917727noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4555485835993513514.post-50492416305623792872011-05-25T20:59:00.000+08:002011-05-25T20:59:58.927+08:00Sumpah Yang Tidak Dimaksud!
Postby anakMINANG04 »

:salam

1) Boleh saudara2 panel perjelaskan maksud ayat quran di bawah???

" Allah tidak menghukum kamu disebabkan sumpahmu yang tidak dimaksud (utk bersumpah) AQ 2:225

2) Kalo kita bersumpah dgn nama Allah (Wallahi,Wabillahi Watallahi)...pas tu...dlm hati nak selamatkan diri...yakni taknak mengaku ngan sumpahnya melalui perkataan tersebut...adakah dibolehkan???..begitukah maksud ayat di atas???

3) Ada kena kaffarah tak???

************** JAWAPAN ***************

Postby Abu_Umair »

1) Boleh saudara2 panel perjelaskan maksud ayat quran di bawah???

"Allah tidak menghukum kamu disebabkan sumpahmu yang tidak dimaksud (utk bersumpah)" AQ 2:225

Ayat berkenaan berkaitan dengan Laghwul Yamin, (sumpah yang lagho). dan tafsiran sumpah ini ialah:

1) Pendapat yg paling kuat dan masyhur: Lafaz sumpah yang biasa menjadi pertuturan di mulut dalam percakapan, sedangkan tidak diniatkan untuk bersumpah. seperti, seseorang yg mulutnya selalu menyebut, "ya, wallahi", "Tidak, wallahi". kebiasaan orang Arab memang selalu menyebut "Walalhi" walaupun tak berniat sumpah.

2) Ada pendapat ia adalah sumpah yg diucapkan ketika sedang marah, dan keadaan yg tidak terkawal.

3) Ada pendapat: Sumpah yang diucapkan oleh seseorang tentang sesuatu perkara, kerana dia menyangka sedemikian. kemudian ternyata selepas itu, realiti yg sebenar adalah bersalahan dengan apa yg disumpahnya.

Kesimpulan: Sumpah yg tidak dambilkira oleh syarak ialah: Lafaz sumpah yg dilakukan bukan dengan niat sumpah.

2) Kalo kita bersumpah dgn nama Allah (Wallahi,Wabillahi Watallahi)...pas tu...dlm hati nak selamatkan diri...yakni taknak mengaku ngan sumpahnya melalui perkataan tersebut...adakah dibolehkan???..begitukah maksud ayat di atas???

Sumpah tentang suatu perkara, sedangkan dia berbohong dalam perkara itu, kerana ada kepentingan, dinamakan sebagai Yamin Ghamus (Sumpah yg menggelamkan dalam dosa dan neraka). Apa yang disebut dalam soalan di atas termasuklah dalam yamin ghamus ini.

-Melakukan sumpahan seperti ini adalah haram dengan sepakat ulama, dan ia termasuk dalam dosa besar.

Sabda Nabi: "Dosa-dosa besar ialah: Syirik pada Allah, Derhaka ibubapa, Membunuh jiwa tanpa hak, dan Yamin Ghamus". (HR: Bukhari).

-Wajib atas orang yg bersumpah bohong seperti ini, bertaubat dan beristighfar kepada Allah Taala.

3) Ada kena kaffarah tak???

Mazhab Syafie: Terjebak dalam sumpah bohong ini mewajibkan pelakunya membayar kaffarah.

Dalilnya:

1) Sumpah bohong adalah satu jenis sumpah, maka wajiblah membayar kaffarah sebagaimana sumpah2 yg lain. dan termasuk dalam umum ayat Quran "Dan itulah kaffarah sumpah-sumpah kamu apabila kamu bersumpah" al-Maidah ayat 89.

2) Yang dimaafkan dalam Quran ialah Yamin Lagho, iaitu yg tidak dimaksudkan oleh penuturnya. sedangkan sumpah bohong ini dimaksudkan oleh penuturnya. maka kenalah bayar kaffarah.

rujuk: al-Hawi al-Kabir 15/267

Mazhab Hanafi, Maliki, Hanbali (Masyhur): Melakukan sumpah bohong tidak dikenakan kaffarah.

dalilnya:

1) kerana sumpah bohong ini adalah dosa besar yang tidak terhapus dengan kaffarah. Pelakunya mestilah bertabat kpd Allah Taala.

2) Banyak hadis-hadis dalam Bukhari, Muslim dan lain-lain, Nabi memberi ancaman terhadap sumpah bohong. Tapi, tiada satupun hadis sahih Nabi menyebut bahawa sumpah bohong dikenakan kaffarah.

pendapat kedua ini dipilih oleh Ibn Taimiyyah.

wallahu a'lam.
aizuddinhttp://www.blogger.com/profile/12680683194869917727noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4555485835993513514.post-67980101121334083492011-05-24T21:42:00.002+08:002011-05-24T21:42:52.514+08:00Tidak Dapat Menunaikan Nazar Kerana HaidPostby Al-Munir »

Askum,

apakah hukum bagi seseorang yg bernazar utk berpuasa selama bebrapa hari sewaktu masih di luar negara sebelum ia pulang ke malaysia, tetapi tidak sempat utk menunaikan nazar demikian disebabkan beliau didatangi haid..

tujuan beliau bernazar demikian adalah kerana ingin menguji diri berpuasa di musim panas di mana siangnya adalah panjang..namun, beliau tidak sempat utk menunaikan kerana datangnya haid dan beliau pula akan pulang ke malaysia

************ JAWAPAN **************

Postby kamin »

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan al-Munir dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Puasa nazar yang nyatakan tadi adalah puasa nazar muallaq (disangutkan). Maknanya, nazar tersebut mempunyai kondisi - "Saya bernazar akan berpuasa selama ... hari selama saya berada diluar negara". Maka apabila seseorang itu telah keluar pada negara tersebut, nazarnya telah terbatal, dan dia dikenakan kifarat (Kafaarat Yameen ). Firman Allah swt :-

"Kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu yang tidak disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salah olehNya dengan sebab sumpah yang sengaja kamu buat dengan bersungguh-sungguh. Maka bayaran dendanya ialah memberi makan sepuluh orang miskin dari jenis makanan yang sederhana yang kamu (biasa) berikan kepada keluarga kamu atau memberi pakaian untuk mereka, atau memerdekakan seorang hamba. Kemudian sesiapa yang tidak dapat (menunaikan denda yang tersebut), maka hendaklah dia berpuasa tiga hari. Yang demikian itu ialah denda penebus sumpah kamu apabila kamu bersumpah dan jagalah (peliharalah) sumpah kamu. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (hukum-hukum agamaNya) supaya kamu bersyukur. " [surah al-Maa'idah : 89]

Seian, wassalamaizuddinhttp://www.blogger.com/profile/12680683194869917727noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4555485835993513514.post-3741477566587303442011-05-24T21:39:00.002+08:002011-05-24T21:39:44.765+08:00Kafarah Nazar Tidak Mau Berbuat DosaPostby hafiz85 »

bernazar tidak membuat sebarang dosa, adakah nazar tersebut terhapus apabila seseorang membuat dosa yakni melanggar nazar tersebut ataupun nazar tersebut tetap berterusan dan seseorang dianggap membuat dosa besar tiap2 hari..?

**************** JAWAPAN ******************

Postby kamin »

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan hafiz85 sekadar mana yang mampu, Insya-Allah.

Nazar anda (Aku bernazar tidak akan melakukan dosa) adalah nazar bersyarat/al-Mu'alaq, iaitu nazar yang di sangkutkan diatas sesuatu. Contohnya : Jika saya lulus peperiksaan, saya akan puasa 2 hari. Nazar tadi di sangkutkan dengan 'lulus peperiksaan'.

Jika kondisinya terjadi, maka anda hendaklah menunaikan apa yang di janjikan; iaitu membayar kifarah. Jika anda tidak memperbaharui nazar tersebut, maka tiadalah wujud nazar tersebut lagi. Lainlah kalau NIAT anda adalah 'tidak akan melakukan dosa selama-lamanya', maka berpanjanganlah nazar tersebut. Jika itu niat anda, maka eloklah dibatalkan sahaja nazar tersebut!

Disebabkan ulama' juga tidak menggalakkan melakukan nazar yang sedemikian, maka sebelum apa-apa berlaku, eloklah membatalkan sahaja nazar tersebut dengan Kafaarat Yameen / kifarat sebagaimana yang telah dijelaskan didalam thread yang lalu.

Sekian, wassalamaizuddinhttp://www.blogger.com/profile/12680683194869917727noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-4555485835993513514.post-37677684330086284722011-05-24T21:37:00.000+08:002011-05-24T21:37:03.914+08:00Bayar Kafarah Nazar Dengan Duit BiasiswaPostby hafiz85 »

terima kasih kerana bagi jawapan yg tadi...

sy nak tanyer:

1. jika bayar kafarah untuk nazar kat pejabat islam adakah dibolehkan?

2. jika seseorang langgar nazar dan tidak bayar kafarah adakah berdosa besar?

3. jika sy bayar dgn jpa biasiswa tapi menyebabkan tak boleh bayar hutang adakah sah pembatalan nazar itu?

************* JAWAPAN **************

Postby kamin »

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan hafiz85 dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah

1. Kaunter Zakat Pejabat Agama Islam Selangor tidak menerima bayaran mana-mana kafarah. Mereka menganjurkan kita mencari sendiri orang miskin untuk diberi makan. Selangor sebagai contoh, meletakkan rm1.50 bagi satu cupak beras (saya tidak tahu tahun berapa maklumat ini), anggaran makanan kepada seorang yang miskin.

Tidak semestinya anda mencari orang miskin yang tidak dikenali. Adalah lebih afdhal bagi anda yang mempunyai saudara-mara terdekat yang miskin diberikan makanan tersebut. Anda juga boleh memberi kepada pihak-pihak yang biasa mengendalikan agihan derma kepada orang-orang miskin.

2. Orang yang tidak melaksanakan kafarah nazar, dianggap telah melakukan dosa besar. Menunaikan Nazar atau menebusnya merupakan satu kefarduan. Dia dikatakan telah memungkiri janji dengan Allah. Malah, lihat didalam surah al-Taubah, Allah swt mengganggap mereka seperti orang munafik! Firman Allah swt :-

"Akibatnya Allah menimbulkan perasaan munafik dalam hati mereka (berkekalan) hingga ke masa mereka menemui Allah, kerana mereka telah memungkiri apa yang mereka janjikan kepada Allah dan juga kerana mereka sentiasa berdusta." [al-Taubah : 77].

Sila lihat ayat surah al-Taubah ayat 75 hingga 78.

3. Sah kafarah anda menggunakan wang JPA, walaupun anda tidak dapat membayar hutang anda yang lain. Kafarah juga merupakan hutang anda dangan Allah swt. Jika anda tidak mampu atau pembayaran itu memudharatkan anda, berpuasalah selama 3 hari.

Sekian, wassalam.aizuddinhttp://www.blogger.com/profile/12680683194869917727noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4555485835993513514.post-82754916748769816302011-05-24T21:34:00.000+08:002011-05-24T21:34:42.906+08:00Bernazar Tidak Membuat DosaPostby hafiz85 »

sayer ader beberapa soalan tentang nazar yg tak beraper clear lagi.

1. jika seseorang bernazar tidak mahu buat sebarang dosa adakah sah? sebab manusia tidak terlepas dari buat dosa.

2. jika seseorang berkata: " aku takkan buat / aku akan puasa" dengan niat nazar adakah nazar jatuh?

3. Sy tak pasti samada sy bernazar atau pun tidak yg tak nak buat dosa. jika sy membiarkan takut takut jadi fasik sebab dosa langgar nazar.

4. kalu bayar kifarat. adakah boleh berpuasa 3 hari sedangkan seseorang itu mampu untuk bagi makan kepada 10 org miskin.. terima kasih.

5. jika bayar beri mkn kepada 10 org miskin.. adakah boleh menggunakan duit biasiswa JPA sedangkan seseorang itu masih banyak hutang dgn org.

terima kasih.. harap dapat menjawab kemusykilan sy...

************* jawapan ****************

Postby kamin »

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab kekeliruan hafiz85 dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah

1. jika seseorang bernazar tidak mahu buat sebarang dosa adakah sah? sebab manusia tidak terlepas dari buat dosa.

Bernazar untuk tidak membuat dosa adalah sah hukumnya. Ini merupakan amalan yang pernah diamalkan oleh golongan salaf bagi tujuan menghukum diri mereka jika mereka melakukan dosa. Golongan salaf pun tidak terlepas dari melakukan dosa, kerana mereka pun bukan maksum. Rujukan jawapan lepas - Nazar Untuk Tidak Berbuat Dosa.

Nazar yang tidak sah, adalah bernazar untuk melakukan perkara maksiat atau bid'ah atau sesat dsb. Nazar bagi perkara-perkara yang mendekatkan kita dengan Allah adalah sah.

Syiekh Muhammad Salih al-Munajjid, seorang ulama' Saudi terkenal menasihatkan agar menjauhi nazar yang berbentuk ini (iaitu bernazar untuk tidak melakukan dosa). Kata beliau :-

"Adalah lebih baik bagi seseorang Islam menjaga dirinya dari melakukan maksiat/dosa tanpa membuat nazar, agar dia tidak mendedahkan dirinya dari melanggari nazar tersebut atau tidak menepati nazar" [Fatwa IslamQA - 45889].

2. jika seseorang berkata: " aku takkan buat / aku akan puasa" dengan niat nazar adakah nazar jatuh?

Perkataan 'Aku takkan buat' dan disertai dengan niat nazar, maka sahlah nazarnya. Ini dilakukan didalam keadaan fikiran yang waras.

3. Sy tak pasti samada sy bernazar atau pun tidak yg tak nak buat dosa. jika sy membiarkan takut takut jadi fasik sebab dosa langgar nazar.

Jika anda berada dalam keadaan was-was samada telah bernazar untuk tidak membuat dosa atau pun tidak, maka jawapannya adalah nazar tersebut tidak berlaku. Nazar haruslah jelas. Malahan, Syiekh al-Munajjid ketika mengulas samada nazar atau sumpah yang dilakukan oleh orang yang was-was sah atau tidak, beliau memetik komentar Ibn Utsaimin :"Jika seseorang yang mengalami was-was, talak/cerainya tidak dikira jika dia mengucapkan talak"[Fataawa Islamiyyah 3/277]. Maksud beliau, dalam hal cerai pun talak orang yang ketika itu was-was tidak diterima, inikan pula nazar.

Jika kenyataan tersebut tidak dapat menghilangkan kerisauan anda, Syiekh Ibn Baaz rh. mengatakan :-

"Dia boleh meninggalkan dari melakukan nazar, jika dia merasakan ia lebih baik begitu, dan hendaklah menunaikan karafah bagi nazarnya, kerana Nabi :saw bersabda : 'Jika anda melakukan nazar, kemudian melihat bahawa membuat perkara yang lain lebih baik darinya (nazar tersebut), maka lakukan kafarah bagi nazar anda dan lakukan apa yang anda rasa baik [Muttafaq kesahihannya]'." [Majmu' Fataawa wa Maqaalaat Ibn Baaz, 8/392].

Pendik cerita, batalkan nazar tersebut dengan melakukan kafarah.

4. kalu bayar kifarat. adakah boleh berpuasa 3 hari sedangkan seseorang itu mampu untuk bagi makan kepada 10 org miskin.. terima kasih.

Tidak boleh, jika dia mampu memberi makan atau pakaian kepada 10 fakir miskin. Menurut Fatwa al-Lajnah al-Daaimah :-

"Tidak boleh berpuasa apabila seseorang itu mampu memberi makan atau pakaian atau membebaskan seorang hamba, kerana Allah telah menyatakan (al-maa'idah : 89) seseorang akan berpuasa jika tidak mampu memberi makan atau pakaian atay membebaskan seorang hamba" [al-Lajnah al-Daaimah, 23/13].

Anggaran yang dibuat oleh Syeikh Ibn Baaz rh : setiap seorang yang miskin boleh diberikan lebih kurang 1.5 kg makanan ruji penduduk tempatan (eg: beras yang sama standard yang dia makan, lebih kurang 1.5 * 10 orang = 15kg). Mengenai pakaian pula, memadai pakaian untuk menunaikan solat; pakaian atas dan bawah (eg : baju dan kain pelekat). Syiekh mengatakan jika seseorang itu memberi mereka sarapan pagi atau malam, ia sudah mencukupi, bersesuaian dengan umum maksud firman Allah tersebut. [Majmu' Fataawa Syeikh Ibn Baazx, 23/145].

5. jika bayar beri mkn kepada 10 org miskin.. adakah boleh menggunakan duit biasiswa JPA sedangkan seseorang itu masih banyak hutang dgn org.

Anda boleh menggunakan duit biasiswa, asalkan sumbernya halal. Jika disebabkan dengan memberi makanan atau pakaian kepada 10 orang miskin ini menyebabkan anda tidak mampu membayar hutang yang lain, maka lakukan puasa 3 hari. Kerana keadaan inilah Islam memberi alternatif kepada umatnya agar ia tidak menyusahkan.

Sedikit nasihat, elaklah dari bernazar, kerana Nabi :saw tidak menggalakkannya. WA.

Sekian, wassalamaizuddinhttp://www.blogger.com/profile/12680683194869917727noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-4555485835993513514.post-24291920125181748642011-05-24T21:27:00.000+08:002011-05-24T21:27:40.519+08:00Nazar Untuk Tidak Berbuat Dosa
Postby hafiz85 »

assalamualaikum ... sayer nak bertanyer.. jikalu bernazar takkan buat dosa adakah nazar itu sah... kalu ye atau tak bagi nas..

***** jawapan *****

Postby kamin »

wa'alaikumussalam

Kami akan cuba menjawab soalan hafiz85 dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Bernazar untuk tidak membuat dosa adalah sah. Golongan Salaf ada yang melakukan nazar agar mereka tidak melakukan dosa Ini merupakan cara mereke mendidik diri agar tidak melakukan dosa, dan mendenda diri merekam jika melanggainya. Petikan dari Siyar Alaam al-Nubalaa' (9/228) :-

"Berkata Harmalah : Aku telah mendengar dari Wahab berkata : Aku bernazar jika setiap kali aku mengumpat pasal seseorang Aku akan berpuasa 1 hari dan akan memenatkanku, kerana aku pernah mengumpat dan berpuasa. Oleh itu, setiap kali aku mengumpat pasal seseorang aku berjanji akan memberi 1 dirham kepada kebajikan, dan disebabkan aku sayang pada duit maka aku telah meinggalkan mengumpat"

Zahabi mengatakan : itulah demi Allah, sikap seorang ulama',

Nazar adalah melakukan berjanji melakukan sesuatu kerana Allah.

Firman Allah swt :-

"Dan di antara mereka ada yang membuat janji dengan Allah dengan berkata: Sesungguhnya jika Allah memberi kepada kami dari limpah kurniaNya, tentulah kami akan bersedekah dan tentulah kami akan menjadi dari orang-orang yang soleh. " [Surah al-Taubah : 75]

Abu Bakr al-Jassaas mengatakan ayat ini :

"menunjukkan bahawa barangsiapa yang melakukan nazar mendekati Allah hendaklah menunaikannya, kerana sesungguhnya Nazar adalah Nazar dan ia adalah satu kewajipan". [Ahkaam al-Quran, 3/208].

Barangsiapa yang telah bernazar hendaklah dia tunaikan. Sabda Nabi :saw :-

"Barangsiapa yang bernazar untuk ta'at kepada Allah, maka biarkan dia menta'atinya" [Hadith Riwayat al-Bukhari #6318].

Mereka yang bernazar mempunyai 2 pilihan :-

Meneruskan untuk menunaikan Nazar tersebut.

Membatalkan nazar dan dikenakan Kafaarat Yameen (Kifarat)

Membatalkan nazar - Kafaarat Yameen

Hendaklah seseorang yang membatalkan nazar melakukan perkara berikut (kafaarat yameen) :-

Memberi makan kepada 10 orang miskin, atau

Memberi pakaian kepada 10 orang miskin, atau

Membebaskan hamba.

Jika tidak mampu melakukan diatas, barulah berpuasa selama 3 hari. Firman Allah swt:-

"Kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu yang tidak disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salah olehNya dengan sebab sumpah yang sengaja kamu buat dengan bersungguh-sungguh. Maka bayaran dendanya ialah memberi makan sepuluh orang miskin dari jenis makanan yang sederhana yang kamu (biasa) berikan kepada keluarga kamu atau memberi pakaian untuk mereka, atau memerdekakan seorang hamba. Kemudian sesiapa yang tidak dapat (menunaikan denda yang tersebut), maka hendaklah dia berpuasa tiga hari. Yang demikian itu ialah denda penebus sumpah kamu apabila kamu bersumpah dan jagalah (peliharalah) sumpah kamu. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (hukum-hukum agamaNya) supaya kamu bersyukur. " [surah al-Maa'idah : 89]

Sekian, wassalam
aizuddinhttp://www.blogger.com/profile/12680683194869917727noreply@blogger.com5tag:blogger.com,1999:blog-4555485835993513514.post-62959379325120431262011-05-24T21:23:00.000+08:002011-05-24T21:23:05.031+08:00Menukar NazarPostby saribah »

:salam kepada semua

Ana ada kemusykilan. Seorang telah bernazar selepas solat hajat untuk melakukan solat sebanyak 1000 rakaat sekiranya dia mendapat hajatnya dalam masa tiga minggu. Hajatnya tidak tercapai dalam masa yang diinginkan maka dia solat hajat sekali lagi dan menukar nazar untuk solat 100 rakaat. boleh ke dia berbuat begitu. Sekian

:wassalam

Postby kamin »

wa'alaikumussalam

Kami akan cuba menjawab soalan saribah dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Kes diatas ini tidak dinamakan bertukar nazar. Nazar yang dinyatakan tadi adalah nazar bersyarat, iaitu nazar yang di sangkutkan diatas sesuatu. Contohnya: Jika saya lulus peperiksaan, saya akan puasa 2 hari. Nazar tadi di sangkutkan dengan 'lulus peperiksaan'.

Bagi Nazar yang tidak bersyarat pula, contoh: Saya bernazar untuk berpuasa 2 hari. Nazar tersebut tidak disangkut dengan apa-apa syarat.

Didalam kes diatas, Nazar tersebut disangkutkan dengan "sekiranya mendapat hajat dalam masa 3 minggu". Jika tidak menepati syarat tersebut dalam tempoh 3 minggu, maka berakhirlah nazar tersebut. Maka Nazar untuk bersolat 100 rakaat pula di anggap sebagai nazar yang baru (dan bukannya menukar nazar) kerana nazar pertama telah tamat tempohnya (expired). Maka nazar ini dibolehkan.

Sedikir nasihat :-

Jumhur ulama' mengatakan hukum bernazar ini adalah MAKRUH. Hadith dari Ibn Umar ra. berkata :

"Nabi :saw melarang kami dari melakukan nazar, Sabda Baginda : Sesungguhnya tidak mengubah sesuatupun (yang Allah tetapkan), malah terdapatnya cara untuk mendapat sesuatu dari orang bakhil" [Hadith Riwayat al-Bukhari #6234, Muslim #1639].

Cuma ada dikalangan ulama' seperti Syiekh Ibn Taimiyah yang melihat bahawa Nazar ini hukumnya HARAM. Namun demikian, keseluruhan (ittifaq) ulama' bersetuju bahawa adalah WAJIB bagi mereka yang bernazar melaksanakan apa yang telah dijanjikan.

Nazar menunjukkan seolah-olah kita bertaruh dengan Allah swt, atau meletakkan syarat kepada Allah swt sebelum melakukan amal kebajikan. Kalau boleh, cuba elakkan bernazar.

Sekian, wassalamaizuddinhttp://www.blogger.com/profile/12680683194869917727noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4555485835993513514.post-55072535027540239032011-05-24T21:19:00.000+08:002011-05-24T21:19:50.569+08:00Kenapa Hukum Nazar itu MakruhPostby VHoutenJr »

assalamu'alay-kum.

mengapa NAZAR itu dikatakan makruh?

bknkah ia juga merupakan salah satu USAHA ataupun CARA BERDOA?

WA

Postby zain-ys »

bismillah

:salam

ALhamdulillah, inilah jawapannya:

Hukum bernazar: Harus/dibenarkan

Latarbelakang: Ia adalah satu ibadah zaman silam. Al-Quran ada menjelaskannya:

Ertnya: 3. 35. (Ingatlah), ketika isteri 'Imran berkata: "Ya Tuhanku, sesungguhnya aku menazarkan kepada Engkau anak yang dalam kandunganku menjadi hamba yang saleh dan berkhidmat (di Baitul Maqdis). Karena itu terimalah (nazar) itu dari padaku. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui".

Perincian hukum bernazar:

Terdapat dua jenis nazar:

1. Nazar mutlak.

Iaitu nazar tanpa syarat. Contoh, apabila seseorang itu mendapat satu-satu nikmat, mana dia bernazar untuk berpuasa sehari. Atau setelah dia terlepas dari bala bencana dia bernazar untuk bersedekah.

2. Nazar Mu'allaq.

Iaitu nazar bersyarat. Contoh: Jika dia mendapat nikmat yang diinginkan dia akan bernazar utk berpuasa sehari. Atau, jika dia terlepas dari bala bencana dia akan bernazar akan bersedekah.

Jelas perbezaan dua jenis nazar ini.

Pendapat2 mazhab:

Malikiyah: nazar mutlak adalah mustahab. Manakala nazar mu'alaq, harus/ja'iz.

Hanabilah: Bernazar,samada mutlak atau mua'laq, makruh.

Kebanyakan Syafi'iah, Hanabilah & Malikiyah: Nazar mua'laq adalah makruh.

Alasan makruh ialah: Nazar adalah bentuk taqarrub/pendekatan diri kepada Allah. Taqarrub melalui nazar mua'llaq ini bergantung kepada dapat atau tidaknya sesuatu yg dihajati. Jika dapat maka akan dilaksanakannyalah taqarrub itu. Jika tidak, maka tidak dilakukannyalah taqarrub yg diniatkannya itu. Ia seperti mahukan pertukaran. Jika Allah makbulkan apa yg dihajati, barulah niat taqarrub itu dilaksanakan. Jika tidak, maka tidak dilakukan. Terjadi semacam bentuk pertukaran di sini.

Ini berbeza dengan nazar mutlak. Di mana, nazar itu dilakukan selepas mendapat apa yg inginkan atau terlepas dari apa yg tidak diinginkan. Contoh: Selepas mendapat seorang mendapat keputusan periksa yang cemerlang barulah dia bernazar, bukan sebelum dengan meletakkan syarat, jika aku lulus cemerlang.

Nazar mua'laq inilah yang dimaksudkan oleh sabdaan Baginda s.a.w.:

Ertinya: Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar r.a katanya: Pada suatu hari Rasulullah s.a.w melarang kami dari bernazar, lalu baginda bersabda: Sesungguhnya nazar itu tidak dapat menolak sesuatupun tetapi dengan nazar itulah (sesuatu) dikeluarkan dari orang yang bakhil. (HR Bukhari, Muslim & Ahmad)

:aklam

Semoga bermanfaat..

zain y.s

Rujukan:

Dr. Muhamad Bakr Ismail, Al-Feqh al-Wadhih,vol. 2, 368-370aizuddinhttp://www.blogger.com/profile/12680683194869917727noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-4555485835993513514.post-50435086492288143492011-05-24T21:16:00.000+08:002011-05-24T21:16:28.060+08:00Beza Antara Janji dan Nazar
Postby VHoutenJr »

apa beza ketiga-tiga perkataan tuh??

Contoh :

1. aku berjanji akan belanja dia makan...

2. Aku berazam akan belanja dia makan..

3. Aku bernazar akan belanja dia makan...

4. Aku AKAN belanja dia makan...

Cmner.? ader beza ker semua tuh??

WA

Postby kamin »

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab persoalan yg sdr VHoutenJr kemukakan dengan kadar yang mampu, Insyaallah.

(1) Janji (promise)- Seorang yang dikatakan Mukmin dipegang atas janjinya. Dengan kata lain, orang Islam itu akan mengotakan apa yang telah dijanjikannya. Sifat ini yang membezakan diantara orang beriman dengan orang MUNAFIK. Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abdullah ibn Amr ra. bahawa Nabi saw bersabda:-

"Empat sifat jika ada pada seseorang ia adalah munafik, barangsiapa yang ada salah satu yang empat, mempunyai sifat munafik melainkan meninggalkannya : Apabila bercakap, ia berdusta; apabila berjanji ia memungkirinya; apabila bersumpah ia mengkianatinya; apabila bertengkar ia melampau batas" - [Hadith riwayat al-Bukhaari #2327, Muslim #58].

Seorang yang tidak menunaikan janjinya dengan sengaja maka ia telah melakukan satu dosa, melainkan ia lupa atau terhalang. Diriwayatkan oleh Ibn Abbas bahawa Nabi saw bersabda :

"Allah telah mengampunkan ummahku akan kesalahan mereka, atas kelupaan dan apa yang dipaksa keatasnya" - [hadith riwayat Ibn Majah #2045, dikelaskan sebagai sahih oleh al-Albani didalam Sahih al-Jaami' #1836]

(2) Nazar (vow) - sumpah yang dilakukan oleh seseorang dengan tujuan ibadat, bukan bernazar nak belanja makan; ini janji. Contoh nazar: "Sekiranya penyakit aku baik, aku bernazar akan melakukan puasa sunnat 7 hari"; "Aku berjanji kepada Allah akan menunaikan Haji tahun ini". Ibn Wahb berkata, diriwayatkan dari Sufyan al-Thawri dari Firaas, dari Al-Syu'bi: Jika seseorang berkata "Aku berjanji kepada Allah....." maka ini dikatakan NAZAR (Abu Bakr al-Jassaas,fi Ahkaam al-Qur’aan (3/208. Jumhur ulama' menyatakan bahawa hukum nazar ini adalah Makruh. Dari hadith riwayat Abu Hurairah ra:

"Jangan kamu bernazar, kerana sesungguhnya nazar tidak boleh mengubah qadar sesuatu, apa yang dilakukan ialah mengambil sesuatu dari orang yang tamak" -[Hadith riwayat al-Bukhaari #6609, Muslim #1640].

Al-Hafiz Al-Imam Al-Nawawi didalam Sharh Muslim menasihatkan bahawa:

"Orang beriman hendaklah mengelakkan dari melakukan perkara yang Nabi saw larang. Barangsiapa ingin mentaati Allah, maka biarlah dia melakukannya tanpa nazar"

Barangsiapa yang tidak menunaikan nazarnya, maka ia dikenakan kifarah. Kifarahnya adalah membebaskan seorang hamba, atau memberi makan atau pakaian kepada 10 orang miskin, atau barangsiapa yang tidak mampu melakukan semua itu hendaklah ia berpuasa 3 hari. Firman Allah swt:-

"Kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu yang tidak disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salah olehNya dengan sebab sumpah yang sengaja kamu buat dengan bersungguh-sungguh. Maka bayaran dendanya ialah memberi makan sepuluh orang miskin dari jenis makanan yang sederhana yang kamu (biasa) berikan kepada keluarga kamu atau memberi pakaian untuk mereka, atau memerdekakan seorang hamba. Kemudian sesiapa yang tidak dapat (menunaikan denda yang tersebut), maka hendaklah dia berpuasa tiga hari. Yang demikian itu ialah denda penebus sumpah kamu apabila kamu bersumpah dan jagalah (peliharalah) sumpah kamu. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (hukum-hukum agamaNya) supaya kamu bersyukur." -[al-Maa'idah 5:89]

(3) Azam (determine)- Azam juga dikenali dengan Niat yang kuat untuk melakukan sesuatu. Jika seseorang itu berazam untuk melakukan kebaikkan, ia sudah dikira sebagai ganjaran. Akan tetapi jika seseorang itu berazam untuk melakukan maksiat (dan belum melakukannya lagi), ia tidak dikira sebagai dosa. Sabda nabi saw:

"Allah akan mengampunkan Ummahku atas apa yang terlintas fikiran mereka, selama mana ia tidak melakukannya atau berkata mengenainya"

Kesimpulannya, janji ialah sesuatu perkara yang mesti ditunaikan pada masa yang tertentu dengan manusia yang lain. Mengingkari janji merupakan satu dosa, dan ia merupakan salah satu dari sifat munafik. Manakala janji dengan Allah, dikenali dengan nama Nazar. Mengingkari janji ini dikenakan kifarat. Azam pula ialah niat yang kuat didalam hati. Tidak melakukannya tidak dikira dosa.

WA, wassalam
aizuddinhttp://www.blogger.com/profile/12680683194869917727noreply@blogger.com13tag:blogger.com,1999:blog-4555485835993513514.post-57152562777400771912011-05-24T21:11:00.000+08:002011-05-24T21:11:04.225+08:00Nazar Untuk Belanja Kawan MakanPostby VHoutenJr »

Assalamualaikum w.b.

Ana ada sedikit kemusykilan…

Kalau kita pernah bernazar utk “belanja kawan di KFC” sekiranya memperoleh seseuatu… dan setelah kita mendapat perkara tersebut… adakah kita perlu menunaikan nazar tersebut? KFC tu kan perlu diboikot dan haram berurus niaga dengan mereka…!!

Wallahua’lam

Postby thtl »

:wassalam

Jawab:

Ini bukannya Nazar tapi Janji aje.

Nazar selalunya berbentuk ibadah: "Jika aku lulus periksa aku bernazar menyembelih kambing dan menjamu orang kampungku." atau Jika aku sembuh penyakit ini, aku bernazar akan puasa 7 hari.

Jika nazar nak belanja kawan tu sebenarnya Janji aje. Jika aku dapat kerja ni, aku belanja engkau kat KFC. itu janji antara anda dan kawan2. Maka minta persetujuan mereka utk makan ditempat lain.

HR Ibn Majah," Allah mengecualikan dari umatku kesalahan, terlupa dan apa yg dipaksakan ke atasnya." Di nilai hasan oleh Syuyuti dan baik oleh Manawi.WAaizuddinhttp://www.blogger.com/profile/12680683194869917727noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4555485835993513514.post-37272556151158962332011-05-24T21:08:00.000+08:002011-05-24T21:08:37.345+08:00Nazar Berhenti Minum ArakPostby azlan »

Assalamualaikum...

Ada sedikit persoalan mengenai sumpah dan kifarat sumpah;

Bagaimanakah jika seseorang bersumpah berkaitan dengan benda yg haram?

1. Jika seseorang itu selalu melakukan perbuataan maksiat seperti minum "arak/berjudi/berzina", kemudian beliau rasa menyesal di atas perbuatan tersebut dan berazam tidak mahu mengulanginya lagi, dan bersumpah jika ia melakukannya lagi maka dia akan berpuasa, sebagai penghalang untuk dia melakukan maksiat tersebut.

Malangnya dia masih juga melakukan maksiat tersebut, dan beliau akan berpuasa setiap kali beliau melakukan maksiat itu.

2. Bagaimanakah sumpah yg sedemikian, sepengetahuan saya sumpah/nazar pada maksiat tidak wajib dilaksanakan.

3. Jika sumpahnya sah bagaimanakah kifaratnya jika beliau ingin menarik kembali sumpah itu.

4. Disebabkan terlalu kerap melakukan maksiat itu beliau tidak sanggup untuk berpuasa lagi. Adakan kifarat itu perlu untuk setiap kali beliau melanggar sumpah itu atau sekadar sekali sahaja.

Alhamdulillah sekarang beliau telah benar2 bertaubat, harap Ustaz dapat jelaskan. Wallahuallam...Terima Kasih.

Postby thtl »

alKabair seperti zina, minum khamar dan zina yg termasuk dalam clause hukum jinayah hudud tidak perlu bersumpah untuk menghindarinya. Sumpah dan nazar itu tidak dapat menyamai atau menghapuskan dari hukuman hudud.

Jalan keluar dari kesalahan hudud ialah menerima hukuman (jika negara itu melaksanakan hudud) dan jika tidak, dia perlu bertaubat nasuha, banyak bersedeqah dan berbakti.

Kesalahan hudud ini bukan main-main dengan sumpah (Syaikh Mutawali Sya'arawi, Anta Tasal)aizuddinhttp://www.blogger.com/profile/12680683194869917727noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4555485835993513514.post-27995546350530038242011-05-24T21:05:00.000+08:002011-05-24T21:05:11.960+08:00Membatalkan Nazar
Postby DoubleTrouble »

Assalamu'alaikum Ustaz & Ahli Panel sekelian.

Alhamdulillah, dan terima kasih atas jawapan yang jelas bagi 2 soalan sebelum ini.

Namun ingin dilanjutkan sedikit berkenaan Nazar & Sumpah.

Berdasarkan soalan ke-4 saya dalam soalan sebelum ini iaitu:

"Bagaimana kalau kita pernah menyebut, "aku bersumpah & bernazar atas nama mu ya Allah, insyaAllah atas setiap permintaan ku yang termakbul aku akan berpuasa selama......... ".

Yang mana jawapan yang diberikan oleh pihak Al-Ahqam, hukumnya MAKRUH

Soalannya di sini: Sekiranya kita telah melakukan nazar seperti itu. Perlukah kita membatalkan nazar itu dengan kifarah sumpah?... Dan sekiranya telah diperkenankan Allah. Wajibkah kita melaksanakannya, sedangkan dalam hati kita sudah timbul perasaan was-was dengan ibadah kita itu.

Dan harap pihak ustaz menerangkan mengenai kifarah sumpah. Tidak silap saya, memerdekakan hamba atau beri makan kepada fakir miskin atau berpuasa 3 hari berturut2.

Harap perbetulkan jika saya silap. Dan harap berikan penjelasan mengenai permasalahan kifarah sumpah ini.

Terima kasih sekali lagi.

Wassalam..

Postby thtl »

Jawab:

Makruh itu ialah bila nadzar itu disandarkan kepada kepercayaan ia dapat merubah takdir dan ia datangnya dari si bakhil yg hanya akan bersedeqah bila Allah menunaikan hajatnya (macam barter trade)

Bila seseorang itu bernadzar kerana kejahilan dan beranggapan nadzar itu suatu ibadah yg besar, tiba-tiba ia mendapat maklumat nahawa nadzar itu bukanlah ibadah yg tinggi nilainya bahkan makruh pula, maka ia tidak perlu membatalkan nadzarnya itu serta-merta, ia wajib diteruskan selagi nadzar itu masyru' (harus di sisi syara').

Pembatalan nadzar dilakukan bila seseorang itu tidak mampu menunaikan. Maka kifaratnya:

memberi pakaian 10 orang miskin, atau

memberi makan 10 orang miskin

puasa tiga hari (tidak disyaratkan berturutan)

Qardhawi, Fatawa mu'sirat. WaLlahu a'alam
aizuddinhttp://www.blogger.com/profile/12680683194869917727noreply@blogger.com6tag:blogger.com,1999:blog-4555485835993513514.post-60499825732712341192011-05-24T21:02:00.000+08:002011-05-24T21:02:00.416+08:00Nazar dan Sumpah
Postby DoubleTrouble »

Assalamu'alaikum, Ustaz,

Masih lagi berkenaan dgn hadis nabi. Berkenaan sumpah & Nazar. Hadis Abu Hurairah r.a:

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda: " Janganlah kamu bernazar kerana nazar itu tidak dapat menolak sedikitpun takdir, ia hanyalah untuk mengeluarkan sesuatu dari orang yang bakhil."

Beberapa soalan berdasarkan hadis tersebut, minta Ustaz perjelaskan secara terperinci.

1. Apakah maksud sebenarnya hadis ini. Adakah Rasulullah melarang keras kita dari bernazar? Atau ianya sekadar menujukan pada nazar yang tidak membawa apa-apa kebaikan saja?

2. Bagaimanakah pula dengan orang yang bernazar untuk berpuasa/bersedekah atau nazar untuk melakukan perkara-perkara kebaikan sekiranya apa yang dihajati dan didoanya dimakbulkan Allah?

3. Sekiranya seseorang yang telah bernazar dan kemudian tidak dapat menunaikannya, apakah kifarahnya?

4. Bagaimana kalau kita pernah menyebut, "aku bersumpah & bernazar atas nama mu ya Allah, insyaAllah atas setiap permintaan ku yang termakbul aku akan berpuasa selama......... ". Apa yg dinazarkannya itu adalah perkara kebaikan dan semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah. Adakah ianya dianggap satu sumpah & nazar yang berat dan dikira berdosa. Ada beberapa pendapat yang mengatakan seolah-olah kita bermain dgn nama Allah. Seolah2 kita meletakkan Allah mengharapkan balasan dari kita. Sedangkan Allah itu Maha Kaya dan tidak memerlukan apa2 dari hambanya.

Harap Ustaz dapat membantu.

Sekian terima kasih. Wassalam

Postby thtl »

Jwb:

1. Hadis yg anda sebutkan itu adalah dari Bukhari (#6234) dan Muslim (#1639). Maksud hadis itu menurut jumhur (majoriti fuqaha') ialah Makruh hukumnya bernazar itu. Makruh ini kerana membawa si muslim beranggapan Nazar boleh menolak takdir dan ia enggan infaq atau sedeqah dalam keadaan biasa melainkan setelah Allah menunaikan hajatnya.

DR alBugho (Fiqh alManhaji) yg mewakili madzhab Syafi'iy berpendapat Sedeqah secara sukarela lebih afdhal daripada sedeqah wajib melalui Nazar.

2. Harus bernazar jika tujuannya sebagai motivasi untuk melakukan ibadah/kebaikan. Dalilnya: HR Ahmad dan Abu Daud, "Tiada nazar kecuali jika ia bermaksud utk meraih keredhaan Allah."

3. Kifarat nazar ialah kifarat sumpah. Lihat AQ Al-Maidah ayat 89:

"Kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu yang tidak disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salah olehNya dengan sebab sumpah yang sengaja kamu buat dengan bersungguh-sungguh. Maka bayaran dendanya ialah memberi makan sepuluh orang miskin dari jenis makanan yang sederhana yang kamu (biasa) berikan kepada keluarga kamu, atau memberi pakaian untuk mereka, atau memerdekakan seorang hamba. Kemudian sesiapa yang tidak dapat (menunaikan denda yang tersebut), maka hendaklah ia berpuasa tiga hari. Yang demikian itu ialah denda penebus sumpah kamu apabila kamu bersumpah. Dan jagalah – peliharalah sumpah kamu. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (hukum-hukum ugamaNya) supaya kamu bersyukur".

4. Lafaz nazar begitu adalah makruh kerana ada unsur-unsur yg kita sebutkan pada nombor 1 di atas. Allahu a'alam
aizuddinhttp://www.blogger.com/profile/12680683194869917727noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4555485835993513514.post-26951664857774010222011-04-10T13:39:00.000+08:002011-04-10T13:39:12.381+08:00Ubat Yang Mengandungi Gelatin Babi
Postby abiceena »

seorang sahabat yang bekerja di kedai produk kesihatan bertanya:-

1- Di kedai itu terdapat slimming drug hydroxycut hardcore tablet yang mengandungi gelatin babi, apakah hukum memakan ubat itu?

2- jika haram, bagaimanakah hukumnya jika dia menjual ubat itu kepada pelanggan non-muslim?

3- apa pula hukumnya berkerja di situ?

4- bagaimanakah dengan status gajinya?

mohon maaf andai terlalu banyak soalan.segala bantuan saya dahulukan dengan Jazakumullahughairan

Postby kamin »

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.

Apabila berbicara tentang gelatin, kita akan ketemu dengan konsep fiqh yang disebut istihalah. Secara ringkas, istihalah bermaksud perubahan yang berlaku kepada zat. Ia berubah dari zat asal kepada zat baru yang berbeza dari segi rasa, warna dan bau. Contoh yang biasa dibawah didalam kitab-kitab fiqh adalah apabila arak bertukar menjadi cuka, dimana cuka ini boleh dimunafaatkan.

Sila lihat tautan dibawah ini mengenai konsep istihalah :-

Antibiotic Mengandungi Gelatin.

Makan Di Luar Negara.

Pada dasarnya, bahan-bahan yang berlaku perubahan zat secara total, ia dianggap suci. Struktur kimia atau organik sesuatu bahan telah berubah secara total.

Namun demikian, apakah bahan gelatin seperti ubat slimming hydroxycut hardcore ini benar-benar telah mengalami proses istihalah sepenuhnya atau tidak? Apakah benar DNA khizir yang berada didalam supplement tersebut sudah berubah sifat? Persoalan ini hanya boleh dijawab oleh pihak berkuasa yang mempunyai peralatan yang canggih untuk mengesan elemen khinzir didalamnya.

Contohnya pada masa ini ada ujikaji menggunakan kaedah Real-Time PCR (Polmerase Chain Reaction) bagi mengesan DNA babi. Jika ternyata masih wujud lagi DNA khinzir dalam supplement tersebut, maka hukumnya tetap haram, seperti haramnya memakan daging khinzir secara mutlak. Didalam Persidangan Organisasi Sains Perubatan yang berlangsung diKuwait pada tahun 1995 menyebut :-

المراهم والكريمات ومواد التجميل التي يدخل في تركيبها شحم الخنزير لا يجوز استعمالها إلا إذا تحققت فيها استحالة الشحم وانقلاب عينه . أما إذا لم يتحقق ذلك فهي نجسة .
"Bahan sapu, krim dan kosmetik yang mengandungi unsur khinzir tidak dibenarkan (haram) untuk digunakan melainkan lemak atau proteinnya tidak mengalami proses perubahan (istihaalah) dan berubah kepada lain. Akan tetapi jika tidak ada kepastian, maka ia adalah najis"

Jawapan : kalau didapati masih lagi terdapat elemen-elemen khizir didalamnya, maka ia adalah benda yang haram. Sabda Nabi :saw

إن الله إذا حرَّم شيئاً حرَّم ثمنه
"Apabila Allah mengharamkan sesuatu benda, maka harganya juga diharamkan"

Dengan kata lain, barang yang haram adalah haram untuk dijual dan pendapatan yang diperolehi adalah haram.

Andaikata hydroxycut hardcore tablet yang anda nyatakan berasal dari protein khinzir, akan tetapi ia telah berubah zat secara total, dan apabila dilakukan ujikaji memang ternyata DNA khinzir sesudah tiada lagi, maka hukum adalah suci.

Namun demikian, jika belum ada ujian yang dilakukan oleh pihak berkuasa mengenai hydroxycut hardcore ini, maka langkah yang paling baik adalah menghindarinya. WA.

Sekian, wassalam

الندوة الفقهية الطبية الثامنة

http://www.islamset.com/arabic/abioethics/muharamat.html.

aizuddinhttp://www.blogger.com/profile/12680683194869917727noreply@blogger.com24tag:blogger.com,1999:blog-4555485835993513514.post-65758346251363493052011-01-08T13:52:00.000+08:002011-01-08T13:52:02.839+08:00Tidak boleh memberi nama Syamsyuddin?Postby shah03 »

Assalamua'laikum

Saya terbaca artikel di http://www.majalahislami.com/2010/05/nama-syamsuddin-bolehkah/ dan http://www.darulkautsar.net/article.php?ArticleID=2527.

Soalan saya, benarkah tidak dibenarkan untuk memberi nama yg. disandarkan kepada Din atau Islam seperti "Syamsyuddin", "Nashiruddin", "Saiful Islam" dan sebagainya? Bukankah nama itu sebagai suatu doa?

Sekian, terima kasih atas pencerahannya.

Jazaakumullahukhaer.

Postby kamin »

Wa’alaikumussalam

Benarlah apa yang dituliskan didalam kedua-dua artikel diatas. Salah satu nama yang di MAKRUH pengunaannya ialah apa-apa nama yang diberi penambahan al-Din (al-Deen) atau al-Islam. Contohnya seperti nama Shamsuddin (Matahari Agama), Nurruddin (cahaya Agama), Nur al-Islam (Cahaya Islam), etc.

Nama-nama ini di Makruhkan oleh ulama’2 salaf sepertimana kata Imam al-Tabari (yang dipetik oleh didalam Fathul Baari :-

لا ينبغي التسمية باسم قبيح المعنى ، ولا باسم يقتضي التزكية له ، ولا باسم معناه السب ، ولو كانت الأسماء إنما هي أعلام للأشخاص ، ولا يقصد بها حقيقة الصفة ، لكنَّ وجهَ الكراهة أن يسمع سامع بالاسم ، فيظن أنه صفة للمسمى ، فلذلك كان صلى الله عليه وسلم يُحوِّل الاسم إلى ما إذا دُعيَ به صاحبه كان صدقاً
“Tidak boleh menamakan dengan nama yang buruk, atau nama yang memuji seseorang, atau nama yang mempunyai maksud menghina, walaupun nama tersebut hanyalah sebagai tanda kepada seseorang, dan tidak bermaksud sifat sebenarnya. Sebab mengapa nama tersebut makruh atau tidak disukai adalah kerana apabila seseorang mendengar nama tersebut, dia ingat bahawa ia menjelaskan nama seseorang. Maka Nabi :saw menukar nama kepada sesuatu, jika seseorang itu dipanggil dengan nama tersebut, maka adalah [gambaran] sebenarnya”

Larangan al-Din sebagai penambahan didalam nama seseorang oleh ulama’ salaf disebabkan :-

1. Nama ini diberi kepada seseorang lebih dari apa yang dia layak. Maknanya, tidak mungkin seseorang itu boleh digelar dia adalah “Matahari Agama” atau Shamsuddin. Nama-nama ini menurut ulama’ ialah terlalu optimistik.

2. Pujian (nama tersebut) atau Tazkiyah adalah terlalu tinggi untuk makhluk yang bernama manusia.

Ulama’ seperti Imam al-Nawawi tidak menyukai nama gelarannya (laqob) Muhyiddin atau “Menghidupkan Agama”, termasuklah Ibn Taimiyyah yang tidak menyukai laqobnya Taqiy al-din. WA.

Sekian, wassalam

ps - Panduan memberi nama anak, Blog : Ustaz Abu Umair

http://qawanitadanperkahwinan.blogspot.com/2011/01/panduan-memberi-nama-anak.html.aizuddinhttp://www.blogger.com/profile/12680683194869917727noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4555485835993513514.post-14040811105503185262010-12-13T22:28:00.002+08:002010-12-13T22:28:35.465+08:00Beramal Dengan Pendapat UlamakPostby faiz0304 »

Assalamualaikum ustaz,

Ustaz, saya selalu mengalami kesukaran bilamana terdapat pelbagai pendapat ulama tentang satu2 masalah. Contohnya, saya seorang yang bermazhab syafie, tetapi pada masa yang sama saya menggunakan pendapat Dr Yusuf Qardawi dalam sesetengah masalah (contohnya taharah). Adakah saya dikira talfiq? Dan andaikata terdapat banyak pendapat ulama dalam bab taharah (contohnya yusuf qaradawi, ulama A dan ulama B), adakah saya perlu melakukan tarjih terlebih dahulu untuk memilih pendapat mana yang lebih kuat pada penilaian saya? Bolehkah kita menggunakan pendapat ulama A untuk masalah 1 dan ulama B untuk masalah 2 kerana pendapat ulama itu lebih mudah dalam masalah itu. Tidakkah ia menyerupai talfiq?

terima kasih ustaz.

Postby kamin »

Wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab persoalan anda dengan kadar kemampuan dan batasan-batasan yang ada, InSyaAllah.

Untuk membicarakan topic ini, ia memerlukan masa yang agak lama. Bagi tujuan ini, kami cuba meringkaskannya.

Tidak dapat tidak, seseorang itu akan memulakan proses mempelajari dan mengamalkan sistem Islam dengan cara bertaqlid kepada satu Mazhab. Apabila seseorang itu melalui proses pembelajaran, dan melihat akan ada alternatif kepada padangan yang ada, dia dikatakan telah melalui proses Takhayyur. Takhayyur adalah proses memilih pendapat dari pelbagai pendapat atau Mazhab.

Proses Takhayyur ini selalunya terhasil tanpa seseorang itu mengetahui nas-nas atau dalil-dalil kenapa hukum itu terjadi. Hasil dari proses ini akan berlaku Talfiq. Seseorang itu akan dikatakan melakukan Talfiq apabila dia berpegang kepada satu Mazhab eg: Syafie, dan ada beberapa hukum yang lain memilih pandangan Mazhab yang lain eg: Hanafi. Contohnya seperti seorang bermazhab Syafie mengatakan tidak batal wudhu’ apabila besentuhan dengan wanita kerana berpegang kepada pandangan Mazhab Hanafi, walaupun tidak mengetahui dalilnya.

Seseorang yang melakukan Talfiq yang sedemikian, juga dikatakan melakukan Taqlid juga; iaitu berubah taqlid dari mazhab Syafie kepada bertaqlid kepada Mazhab Hanafi. Perkara perubahan ini, boleh diakibatkan oleh :

a. Pemerintah; misalnya membayar Zakat Fitrah menggunakan wang sebagaimana yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri.

b. Darurat; disebabkan keadaan dan suasana, misalnya menggunakan kaedah batal wudhu’ menurut Mazhab Hanafi atau Hanbali, kerana kesukaran menjaga diri di Mekah dari disentuh wanita ajnabi.

Keadaan (a) menyebabkan seseorang itu melakukan Talfiq tanpa dia sendiri sedar atau mengetahui. Sebagaimana kata Syiekh Ibn Utsaimin, Mazhab orang Awam ialah Mazhab Pemerintahnya. Apa sahaja keketapan yang telah dibuat oleh pihak pemerintah, itulah mazhab mereka.

Ada juga proses pemilihan hukum dilakukan dengan ijtihad, dengan menurut dalil-dalil dan nas yang kuat atau yang lebih Rajih. Di sini kita melihat proses Tarjih atau saringan hukum dijalankan. Peringkat ini bukan dimiliki oleh orang-orang awam. Ini adalah proses yang dilakukan oleh Imam-Imam yang Mujtahid atau satu badan Fatwa yang melakukan Ijtihad.

Secara umum dan ringkasnya, bolehlah kitakan bahawa proses dihadapi oleh orang awam adalah proses Talfiq. Apabila memelihat (bukan memilh) nas atau dalil yang dipakai oleh Mujtahid tadi, kita dikatakan telah melakukan al-‘ittibaa’. Seseorang itu dikatakan telah memilih pandangan tersebut tanpa melihat akan Mazhab itu sendiri. Ketetapan nas dan dalil itu telah dilakukan oleh Mujtahid tersebut, dan kita Cuma al-‘ittibaa’ atau “menuruti” pendapat Imam tersebut.

Terdapat ulama’ yang melarang Talfiq atas beberapa syarat. Yang membenarkannya juga meletakkan beberapa syarat, dan diantaranya :-

a. Niat melakukan Talfiq; disebabkan keperluan, darurat, dsb. Tidak boleh dilakukan kerana mengikut nafsu.

b. Tidak bertujuan memilih keringanan dari pandangan Mazhab tersebut. Jumhur ulama’ melarang menghimpuan kesemua keringan didalam setiap Mazhab. Ini dinamakan Tatabu’ Rukhas (mengambil pendapat-pendapat yang ringan).

c. Tidak membawa kepada perlanggaran Ijma’.

c. Tidak boleh bertalfiq atas perkara yang bukan Ibadat badan; seperti nikah kahwin, hudud, penetapan awal bulan, dsb. Perkara ini memerluka kuasa yang memerintah. Contohnya, berkahwin tanpa wali sebagaimana bertalfiq dengan Mazhab Hanafi. WA.

Berdasarkan syarat-syarat ini, dan dilakukan dengan penuh hati-hati, seseorang itu dibolehkan melakukan Talfiq. Perlu ingat, ini merupakan talfiq diantara Mazhab yang muktabar dan orang awam tidak dibenarkan melakukan tarjih oleh kerana ia adalah sebahagian dari proses Ijtihad yang hanya dilakukan oleh Imam Mujtahid.

Sekian, wassalam.aizuddinhttp://www.blogger.com/profile/12680683194869917727noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4555485835993513514.post-421129919465851722010-11-07T18:52:00.000+08:002010-11-07T18:52:37.311+08:00Menonton Laman Lucah Untuk Mengelak ZinaPostby Fantastic4 »

Assalamualaikum saudar/saudari ahli panel,

Saya adalah seorang pelajar yang belajar di Amerika Syarikat. Di sini terlalu banyak godaan yang menggugat hawa nafsu. Jikalau kami pelajar disini diberi kebenaran untuk berkahwin, sudah lama saya kahwin. Namun, seperti ditetapkan oleh penaja, kami dilarang membuat hal sedemikian.

Saya secara jujur adalah seorang yang mempunyai iman yg lemah dan berpenyakit. Apabila saya buat something yg salah, selalu saja akn memohon maaf, namun tidak dapat mengelak dari perbuatan itu lagi.

Persoalan saya, memandangkan saya sedang dalam umur remaja, apakah salah sekiranya saya melihat laman web lucah kerana dengan cara inilah saya boleh mengelakkan diri saya dari melakukan seks/zina dngan orang lain? cbaran dan dugaan menetap di AS ini sangatlah besar, namun saya khuatir saya tidak dpt menanganinya. Saya tahu hukum menonton perkara sebegitu adalah haram, namun itulah jalan penyelesaian yg saya boleh ambil setakat ini.

Saya sebelum ini sudah berusaha untuk mencegah perkara ini dgn melakukan puasa, solat sunat, membaca al quran, namun semuanya tidak kekal lama. Saya terdorong untuk membuat perkara sedemikian. Jikalau di Malaysia, sekurang-kurangnya saya masih boleh elak perkara ini, namun tidak di sini.

Harap dapat maklum balas, sekian terima kasih, wassalam..

Postby al-jawhar »

salam

Apa yang saudara lakukan adalah ibarat , lari dari mulut naga , tetapi masuk pula ke mulut singa.Kedua-dua perbuatan tersebut adalah sia-sia dan merugikan sahaja.

Sebenarnya , perbuatan menonton filem lucah tersebut lebih mendedahkan saudara kepada perbuatan zina yang diharamkan Allah swt.Maka apabila kita terjebak kepada perbuatan zina , sudah semestinya kita hendaklah menjauhkan diri dari perkara-perkara yang boleh menghampirkan diri kepada zina.Apatah lagi dengan menonton filem lucah.

Maka hukum melihat filem lucah adalah haram secara sepakat ulama walaupun niatnya baik. Ia diharamkan kerana Islam mengharamkan melihat aurat orang lain, terutamanya bahagian sulit. Sudah tentu apabila melihat filem tersebut, akan dilihat aurat si pelakon tadi malah dalam keadaan yang tidak diizinkan oleh Islam pula.

Nabi SAW bersabda :

لا تباشر المرأة المرأة فتنعتها لزوجها كأنه ينظر إليها

Ertinya : janganlah seorang wanita melihat aurat wanita lain, lalu menceritakannya kepada suaminya sehingga seperti (suaminya) melihatnya ( Riwayat Al-Bukhari )

Dalam menghadapi segala ujian dan dugaan yang mendatang memerlukan kepada kesungguhan yang betul-betul teguh dan mantap.Lebih-lebih lagi apabila ianya melibatkan nafsu syahwat yang sememangnya sukar dibendung.Berpegang teguhlah kepada ajaran Islam.Lakukanlah perkara2 yang boleh mendekatkan diri kepada Allah.bacalah al-Quran dan berdoalah sebanyak mungkin serta berkawanlah dengan orang-orang yang berilmu yang boleh mebawa dan membimbing kamu kejalan yang diredhai Allah swt.

WAaizuddinhttp://www.blogger.com/profile/12680683194869917727noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4555485835993513514.post-87852484905588192832010-05-06T15:30:00.000+08:002010-05-06T15:30:29.660+08:00Putus Silaturrahim Kerana Pertahankan PendirianPostby huzaifee »

Assalamualaikum ustaz,

saya merupakan pelajar(sec tidak formal) pengajian Ilmu secara Salafi samada di Masjid @ diinternet sprt di al-ahkam.net ni.... apabila keyakinan bersama dalil saya perolehi saya cuba amalkan,tetapi malangnya berlawanan dgn amalan tempatan.

Ringkasnya situasi saya sekarang saya bagaikan tidak disukai masyarakt setempat kerana sikap saya tidak memenuhi undangan apabila dijemput menghadiri tahlil arwah.Ini kerana saya berdiri dengan dalil.

soalan saya :

1- adakah sikap sy tidak memenuhi undangan tahlil itu adalah sikap yg dilabelkan org sbg 'extreme' dlm menilai agama??

2- Ada org (ustz juga pangkatnya) ckp "anta mementingkan pendpt anta dlm perkara khilaf drpd perkara besar lagi iaitu silaturrahim"....betulkah ustaz sy begitu??

3-Apabila selesai solat maghrib mlm jumaat dimasjid,imam announce nak wat tahlil pd arwah sifulan, lalu org ramai dtg rapat2 tp saya memilih meninggalkan majlis itu....adakah saya dikira tak patut ust??

jadi yg mana saya patut pilih, hati orang setempat atau pegangan saya?? kalau sy join,atas alasan silaturrahim??

p.s: tmpt saya kalu tahlil dirumah, mesti dipasang colok cina(yg lidi tu) nak bg asap masa tahlil....tak tau nape, tp dah turun temurun

minta pandangan dan pencerahan dari ustaz agar hati saya tenang....syukran ::|

Postby al-jawhar »

:salam

بسم الله، و الحمد لله، و الصلاة والسلام على رسول الله، وبعد

Kesimpulan daripada apa yang telah saudara lakukan dan apa yang telah terjadi ke atas diri saudara ialah seperti berikut :

1. Adalah haram bagi saudara memutuskan tali persaudaraan @ silaturrahmi sesama manusia berdasarkan sabda Rasulullah saw dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Ayyub r.a :

لَا يَحِلُّ لِمُسْلِمٍ أَنْ يَهْجُرَ أَخَاهُ فَوْقَ ثَلَاثٍ يَلْتَقِيَانِ فَيَصُدُّ هَذَا وَيَصُدُّ هَذَا وَخَيْرُهُمَا الَّذِي يَبْدَأُ بِالسَّلَامِ

Maksudnya :

Tidak halal kepada seseorang Islam menjauhi saudaranya lebih dari 3 hari.Apabila bertemu masing-masing berpaling ke arah lain dan yang paling baik antara keduanya ialah yang memulakan salam.

(HR Bukhari 5678 , Muslim 4643)

2. Saudara perlulah mencari seseorang yang rapat dengan saudara untuk menceritakan mengapakah saudara tidak dapat turut sama dalam majlis2 tahlil yang diadakan oleh masyarakat.Sahabat saudara mungkin boleh menceritakan sedikit demi sedikit kepada masyarakat dan kemungkinan penjelasan yang diberikan oleh sahabat saudara lebih mudah untuk diterima oleh masyarakat darpada mulut saudara sendiri yang dipulaukan oleh masyarakat.

3. Walaupun saudara menolak untuk bersama-sama dengan masyarakat dalam majlis-majlis yang dianggap bid’ah , tetapi tidak semestinya saudara turut memulaukan setiap aktiviti yang dianjurkan oleh masyarakat.Adalah WAJIB bagi saudara untuk turut serta dalam majlis-majlis atau aktiviti2 kemasyarakatan yang dianjurkan seperti gotong royong , sukan , kenduri kendara majlis-majlis ilmu , kebudayaan dan sebagainya.Ini kerana dengan penyertaan saudara pada program2 tersebut akan merapatkan kembali hubungan silaturrahmi yang mungkin telah terputus.

4. Bermu’amalah atau bergaullah dengan masyarakat melalui akhlak yang mulia dan terpuji dan lakukanlah sebanyak mungkin kebaikkan dan beri pertolongan kepada masyarakat setempat yang memerlukan.

5. Campuri sekerap mungkin dengan masyarakat , seperti berbual-bual di kedai-kedai kopi , restoran , masjid , dewan orang ramai , di padang permainan dan sebagainya.

Bila mana saudara dapat melakukan apa yang di atas dan apa-apa sahaja aktiviti yang boleh merapatkan hubungan sesama penduduk , in sya Allah , tidak timbul soal silaturrahmi yang terputus atau tidak…Masyarakat akan melupakan pegangan saudara dalam hal-hal bid’ah lantaran kerjasama dan keperihatinan saudara dalam hal-hal kemasyarakatan.

Pendek kata , Kita berpegang utuh dengan pendirian yang tegas dalam soal-soal ibadah dan akidah , tetapi kita boleh bertolak ansur dalam hal-hal selain keduanya.

WAaizuddinhttp://www.blogger.com/profile/12680683194869917727noreply@blogger.com1