Assalamualaikum,
Skrg saya berada di luar negara dan akan berada di sini sehingga selepas raya puasa.Masalah saya,bagaimana saya akan membayar zakat fitrah utk isteri dan anak saya di Malaysia nanti?Negara yg saya tinggal skrg adalah negara orang kafir,tiada org islam.Bolehkah,saya wakilkan pada isteri saya atau sesiapa di Malaysia utk membayar zakat fitrah tersebut nanti?Sila berikan nas dan dalil sekali.
terimakasih tuan.
Salam
Org Islam yg ingin mengeluarkan zakat fitrah pada dasarnya harus mengeluarkan zakatnya di tpt ia menyaksikan malam pertama syawal iaitu hari raya 'idul fitr. Ini krn zakat fitrah diwajibkan bukan krn puasa tapi krn fithr(yakni boleh makan minum di siang hari setelah sebulan penuh berpuasa di bulan ramadhan). Zakat fitrah adalah zakat yg brkaitan hari 'Id dgn tujuan meratakan kegembiraan secara umum, termasuk kaum fakir miskin. Krn itulah terdapat sebuah hadis yg bermaksud:
Buatlah mereka(kaum fakir miskin) berkecukupan pada hari itu(Hari raya 'idul fitr)"
akan ttp dgn alasan dan sebab2 tertentu spt keperluan yg mendesak atau tidak terdapat org langsung yg layak menerima zakat, boleh seseorang itu memindahkan zakatnya di tpt lain. Tidak terdapat larangan utk menyerahkan zakat kpd pihak mana saja yg dikehendaki. Inilah pendapat Dr Yusuf al-Qaradawi dalam fatwa muasirahnya. WA.
Wassalam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment