Jan 17, 2009

Terima Pemberian Dari Wang Haram

assalamualaikum...

apakah yang perlu saya buat jikalau ada seorang saudara saya ingin memberi duit sebagai hadiah kepada saya...adakah saya perlu menerimanya walhal saya tahu duit saudara saya itu tidak berkat atau tidak halal...nak terima atau tak pemberiannya itu?....

wassalam...

***************
Salam

Saya lampirkan jwpn al-fadhil ust Pendekar perihal soalan sdr:

“ Bagaimana pula boleh menjadi haram bagi satu pihak ( pemodalnya ) dan halal pula bagi pihak yang lain .( seperti para fakir-miskin dan yayasan-yayasan kebajikan ) ? “ .

JAWAPAN KITA :

Sebabnya :

Si penerima sebarang bantuan , sama ada berbentuk zakat , sedekah , sumbangan , hadiah , biasiswa dan seumpamanya TIDAK PERNAH DITUNTUT untuk bertanya daripada manakah sumber asalnya.

Kalau diselidik-selidik sudah tentu TIDAK AKAN seorang pun orang Islam yang terselamat daripada terkena debu-debu dan cebisan-cebisan duit haram ataupun wang syubhat ( yang diragui sama ada ianya halal ataupun haram ) .

Adakah seorang yang berkerja dengan sesuatu firma perlu menyelidik sampai ke akar-umbi daripada manakah dan bagaimanakah dia boleh menerima gajinya ? .

Adakah dia perlu bertanya kepada bossnya bagaimanakah duit itu “ roling “ dan kemanakah di”rolling”kan duit firma di mana dia berkerja ? .

Adakah seorang pelajar yang mendapat pinjaman pelajaran ( biasiswa ) daripada MARA , JPA , KP dan sebagainya perlu menyelidik terlebih dahulu daripada manakah sumber bantuannya itu ? .

Adakah perlu bagi kita yang menumpang kereta seseorang bertanya daripada manakah tuan kereta itu mendapat pinjaman pembeliaN kereta itu . Adakah dari bank konvesional ( bank yang berasaskan riba ) ataupun daripada bank yang berurusan tepat dengan kehendak syariah ? .

Perlukah kita bertanya kepada jiran yang menghadiahkan kita juadah berbuka puasa adakah juadah itu dibuat menggunakan wang yang halal ataupun haram ? , adakah suami / isteri jiran kita itu berkerja dengan gajinya 100 % bersih dan suci ? . Perlukah bertanya begini ? .

Perlukah seorang ‘amil zakat bertanya kepada orang yang hendak membayar zakat : “ Apakah kerja encik ? . Di manakah slip gaji encik yang menyatakan keluar-masuk wang syarikat encik secara detail ? . Adakah duit encik ini benar-benar bersumber daripada wang yang bersih 100 % ? “ .

TIDAK PERLU sebab kalau diselidik maka tidak akan seorang pun melainkan semuanya pasti akan terkena “ sentuhan “ duit haram . Paling tidak pun ( at least ) dia akan terkena juga “ duit syubhat “ .

KECUALILAH ( lain lah pula halnya ) jika kita sendiri yakin bahawa duit itu memang daripada punca yang haram ( seperti kita diberi zakat fi sabililLah oleh seorang tokey vcd lucah , oleh seorang tokoh korporat yang hanya berurusan dengan judi dan hiburan .

Akan tetapi jika dilihat pula senario umat Islam yang masih ramai yang berhajat kepada wang untuk berbagai tujuan , hatta untuk membebaskan negara mereka ( seperti Palestin dan Checnya ) , mendirikan sekolah-sekolah agama bagi komuniti muslimin di negara-negara Barat , menubuhkan kedai-kedai yang boleh menampung keperluan umat Islam dan sebagainya , maka TIDAK DAPAT TIDAK KITA MESTILAH memanfaatkannya demi kepentingan umat Islam.

Memanfaatkan untuk kepentingan sendiri ataupun untuk nafkah keluarga adalah HARAM .

Memanfaatkannya untuk kepentingan umat Islam dan kepentingan awam adalah HALAL .

Insya-Allah walaupun wang haram itu tidak menyebabkan kita boleh mendapat pahala sedekah , akan tetapi kita tetap akan mendapat pahala kerana :

1 – Menahan diri daripada menggunakannya demi kepentingan peribadi dan keluarga . Dan tidak syak lagi menahan diri daripada memberi nafkah kepada diri sendiri dan keluarga daripada duit haram adalah berpahala di sisi Allah Ta’ala .

2 – Menyekat pihak yang bermusuh dengan umat Islam daripada menggunakan wang hasil daripada modal umat Islam sendiri untuk sebarang usaha menghancurkan sendi-sendi kekuatan umat Islam .

3 – Menjadi “ orang tengah “ yang menyalurkan bantuan – sumbangan itu kepada pihak yang sepatutnya menerimanya .

http://www.al-ahkam.com.my/forum2/viewtopic.php?t=11182&highlight=hadiah

Kesimuplannya, jika diyakini duit itu benar2 bersumber dari perkara yg haram, ambillah duit yg diberikan itu kemudian serahkan kpd pihak yg memerlukannya. WA.

Wassalam

0 comments:

Post a Comment