Dec 30, 2008

Pil Mengeluarkan Susu Badan

Assalamu`alaikum,

ahli panel yg dikasihi..

sy nk tny..
boleh ke perempuan yang belum berkahwin mengambil pil mengeluarkan susu badan untuk tujuan mengambil anak angkat atau anak susuan?

sekian, wassalam..

-----------
Bismillahi wal hamdulillah ,

Al-Jawab :

Mengikut hukum syarak , tidak salah wanita bujang yang belum berkahwin untuk menyusukan anak dengan tujuan mengambil anak angkat untuk dijadikan anak susuan walaupun terdapat perbezaan pendapat dikalangan sarjana Islam mengenainya.

Ini kerana , dalam kitab-kitab feqh disebutkan satu bab khas tentang adakah disyaratkan wanita yang ingin menyusukan anak itu disetubuhi atau berkahwin terlebih dahulu.Maka kesimpulan pendapat para Imam mazhab adalah seperti berikut :

Mazhab Hambali,Syafie,dan Hanafi menyebutkan bahawa :Tidak disyaratkan wanita yang menyusukan bayi itu mestilah sudah berkahwin dan telah disetubuhi.Maka sekiranya wanita dara yang tidak pernah disetubuhi dengan nikah atau wanita pelacur yang terdapat susu di buah dadanya, maka susu tersebut akan menjadikan mereka mahram jika susu tersebut samada dari wanita dara atau pelacur tadi disusukan kepada bayi tersebut.

(Al-Mufassal fi ahkam Al-Mar'ah Wa Bait Al-Muslim , As-Syaikh Dr.Abd Karim Zaidan)

Cuma apa yang dibimbangkan ialah apabila trend menyusukan anak angkat oleh wanita bujang ini menjadi satu budaya dikalangan wanita-wanita zaman sekarang kemungkinan besar ianya akan membantutkan keinginan wanita tersebut untuk berkahwin disebabkan telah pun mempunyai anak disamping dikhuatiri akan terjadinya perkahwinan sesama mahram apabila pihak yang menysusukan anak tersebut tidak betul-betul mengenali ahli keluarga si bayi tersebut.

Maka trend sebegini sebenarnya , apabila lebih mendatangkan mafsadah dari maslahah , eloklah pihak berwajib mengambil langkah-langkah yang sepatutnya bagi mengelakkan masalah yang lebih besar timbul dikemudian hari.

WA

_________________
الـــــراجي رحمـــة ربه الجـــواد
Sebagai tambahan daripada jawapan di atas :

Pendapat ketiga-tiga Imam Mazhab tersebut di nukilkan oleh As-Syaikh Dr.Abd Karim Zaidan dalam Ensiklopedianya “Al-Mufassal fi ahkam Al-Mar'ah Wa Bait Al-Muslim” , jilid ke 6 , ms.246 , masalah no : 5513 , bab Perkahwinan dan kesan-kesannya , cetakan Pertama , Muassasah al-Risalah , 1993 – 1413 H.

Teks penuhnya adalah seperti berikut :

هل يشترط في المرأة أن تكون موطوءة ولها سن معينة ؟

وإذا كان الشرط في مصدر اللبن أن يكون لبن امرأة ، فهل يشترط أن تبلغ سنا معينة ، وأن تكون ذات زوج ووطأها زوجها ؟

قال الحنابلة والشافعية ، والحنفية : لا يشترط في المرأة أن تكون ذات زوج قد وطأها ، فلو كانت بكرا لم توطأ بنكــاح أو ســفاح وحصل أن در ثــديها بلــبن كان ذلك اللــبن مــحرما ناشــرا إذا ارتــضعه طفل

أما بلوغ المرأة سنــا معينة ، قد صـرح الحنفية والشافعية بلزوم بلوغ الأنـــثى تســع ســنين حتى يكون لبنــها محــرما ، فإن لم تبلغ هذه الســن فإن لبنها لا يحــرم – أي لا ينشر الحــرمة – إذا قدر حصوله ، لأن اللــبن لا يتــصور حصوله للمــرأة إلا ممــن يتــصور منها الولادة ، والــولادة لا يتصور من الأنــثى قبل بـلوغها تسع ســنين ، فإذا ظــهر فيحــكم على أنه ليس لبنا



WA

0 comments:

Post a Comment