1)Saya tercari2 hadis yg mengatakan bahawa telur haiwan seperti telur ayam tidak perlu basuh dgn sebegitu bersih. Memadai dgn kita ke pasar membeli telur ayam sebagai contoh dan boleh kita pecahkan kerangka telur tersebut tanpa perlu membasuhnya , mestipun masih terdapat sedikit saki-baki najis-kering pada kerangka telur tersebut .
2)Adakah perlu membasuh tangan apabila tgn dlm berkeadaan-basah apabila memegang telur tersebut, atau cukup mengelap tangan dgn kain setelah menyentuh-telur tersebut.
Pemerhatian saya ramai org yg umumnya enggan makan 'roti-telur' di kedai mamak apabila melihat mamak kedai tidak membasuh telur tersebut sebelum-dipecahkan untuk diletakkan kepada roti canai/telur yg tersebut.
**********************************
thtl
Founder
al-Jawab:
Dalam kitab2 Feqh, tahi ayam dibahaskan di bawah sub topik Najis: najis haiwan yang boleh dimakan dagingnya spt tahi ayam, lembu, kerbau, kambing, itik dsbnya.
Dalil kesucian najis haiwan yang boleh dimakan dagingnya ialah:
1. Imam Muslim dalam sahihnya ada meriwayatkan Nabi saw pernah solat di kandang kambing
2. Datangnya penduduk Uraynah ke Madinah dan mereka ditimpa sakit, lalu Nabi suruh mereka di beri minum kencing unta.
3. Nabi saw tawaf mengelilingi Ka'abah dgn mengenderai unta, sedangkan dalam mesjidil haram adalah tempat suci. ini menunjukkan kalau unta berak, maka ia tidak menajisi mesjidil haram
Maka mengikut jumhur (kecuali Syafi'iyah) najis ayam adalah bersih bukan najis. Namun jika anda ingin menikmati telur, maka lebih baik kita basuh telur itu terlebih dahulu utk menyahkan bakteria dan kotoran. Adapun jika kedai mamak menggunakan telur yg berlumuran najis tahi ayam, maka anda janganlah pergi ke restoren spt itu kerana ia restoren yang tidak mengutamakan kebersihan. sekian WA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
apa maksud syafi'iah?adakah ia menurut mazhab syafie?
apa yang ana tau,kalau kita pengikut mazhab Syafie,maka kita perlu mengikut keseluruhannya,melainkan kalau kita tahu kesemua selok belok mazhab yg lain.
anggapan pengikut Islam tradisional melayu di nusantara... kalau enta tidak tahu semua selok belok hukum dalam mazhab syafie enta juga tidak layak mengurung diri dalam mazhab syafie, tak gitu?
btol tu, jangan terlalu fanatik dengan satu mazhab sbbtulaj hidup mesti dipenuhi dengan ilmu
Post a Comment