Saya ada 2 persoalan yang hendak di tanya:
1) Bagaimana cara kenduri mengikut sunnah Nabi S.A.W apabila kita
melakukan kenduri? Adakah kita perlu berzikir, membaca doa beramai atau ada cara yang lain?
2) Sekiranya kita dijemput menghadiri kenduri tahlil di rumah yang
tidak mempunyai kes kematian tetapi sekadar untuk merapatkan siratulrahim sesama ahli qariah, adakah kita diwajibkan hadir ke kenduri berkenaan? Ini kerana Nabi S.A.W mewajibkan kita menghadirkan diri ke majlis kenduri sekiranya kita dijemput.
Wassalam
*****************
1) Menjamu makan saudara seagama lebih-lebih lagi golongan yang memerlukan adalah digalakkan agama. Rasulullah S.A.W ketika ditanya tentang apakah bentuk Islam yang baik, menjawab:
تُطْعِمُ الطَّعَامَ وَتَقْرَأُ السَّلَامَ عَلَى مَنْ عَرَفْتَ وَمَنْ لَمْ تَعْرِفْ
Terjemahan: Kamu memberi makan dan memberi salam kepada orang yang kamu kenal dan yang tidak kamu kenal" (HR al-Bukhari).
Hadith ini dan beberapa hadith lain berkaitan kenduri hanya menyebut tentang memberi makan tanpa sebarang upacara tambahan sebagaimana yang dilakukan oleh masyarakat kita. Bacaan zikir dan doa beramai-ramai yang dipakejkan bersama kenduri tidak datang dari mana-mana nas yang sahih.
Oleh itu, cara kenduri yang terbaik ialah dengan memberi jamuan makanan yang halal kepada tetamu yang diundang tanpa membezakan darjatnya. Juga tidak disertakan dengan perkara-perkara yang bercanggah dengan agama.
2) Menerima jemputan kenduri hukum asalnya adalah wajib melainkan jika terdapa maksiat padanya. Berhubung kenduri kematian, Dr. Mustafa al-Bugha dan rakan-rakan dalam Fiqh al-Manhaji bukan sahaja mencela orang yang menerima jemputan, orang yang menjemput malahan org yg menjadi wakil menjemput juga terbabit apatah lagi jika membabitkan harta si mati.
Namun dilema yang dilalui ialah bagaimana menjaga silaturrahim. Jika mampu menerangkan pendirian kita dgn cara yang berhikmah, itu yang paling baik. Jika tidak, elakkan daripada sekurang-kurangnya memakan dalam kenduri yang dikhuatiri membabitkan harta anak yatim atau yang belum difaraid atau seumpamanya. Mudah-mudahan usaha kita mengelak daripada perkara dilarang syarak diberkati oleh Allah.
Wallahu a'lam.
_________________
ustaz Rasyid bin Idris
0 comments:
Post a Comment