Salam
Adakah sama dosa berbogel dan mendedah aurat?
_________________
Salam
Soalan begini merupakan satu soalan yg sepatutnya diketahui umum. Apakah adil Allah itu jika Dia menghukum setiap kesalahan itu sama sahaja. Sekiranya kesemua hukum itu sama, nescaya hukum hudud dikenakan ke atas semua kesalahan yg bercanggah dgn syara'. Hukum rejam yg dikenakan utk penzina, dikenakan juga kpd mereka yg melakukan perkara yg menghampiri zina spt mengintai etc. Sesungguhnya Allah itu maha adil. Tidak dihukum melainkan hukuman yg setimpal dgn kesalahannya. Allah berfirman dalam surah an-Nisa' ayat 31 yg bermaksud:
[b][i]Jika kamu sekalian menjauhi dosa2 besar yg kamu dilarang melakukannya, maka Kami menghapuskan dosa2 kamu yg kecil2 dan Kami masukkan ke tempat yg mulia."
Ayat di atas menjadi bukti bahawa dosa itu bertingkat. Ada dosa besar dan ada dosa kecil. Walaupun, dosa membuka aurat yg sedikit itu lebih kurang dosanya berbanding berbogel, apakah ini bermaksud dosa yg lebih kecil itu boleh diperlekehkan. Rasulullah saw bersabda yg bermaksud:
"Awaslah kamu terhadap dosa2 yg remeh, krn dosa2 itu akan berkumpul pada seseorang hingga membinasakannya."[HR Imam Ahmad]
Allah swt juga berfirman dalam surah al-A-raaf ayat 33 yg bermaksud:
"Katakanlah: Sesungguhnya Tuhanku mengharamkan perbuatan2 keji yg terlihat daripadanya dan tersembunyi."
Dalam surah al-An'am ayat 120, Allah berfirman:
"Tinggalkanlah dosa yg lahir dan yg batin."
Lanjutkan bacaan sdr ke URL berikut: SJ - 3172: [G] Dosa dedah aurat & renung mata
Sekian. WA.
Wassalam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment