Semasa saya bersekolah menengah,saya selalu mengambil makanan di kantin sekolah tanpa membayarnya kerana kesempitan duit pada masa itu.Kini,saya sangat menyesal dengan perbuatan itu.Oleh itu,saya ingin bertanya-bagaimana saya dapat membayar hutang saya kepada kantin tersebut dan jika tuan punya kantin tidak lagi beroperasi di sekolah tersebut,adakah cara lain untuk saya membayar hutang?Saya sangat berharap soalan saya dapat dijawab dengan segera.Terima kasih.
{ بسم الله الرحمن الرحيم }
(( رب إشرح لي صدري و يسرلي أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي ))
***********************
SU – 00052 : HUTANG TIDAK DILUNASI
Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.
Pada asalnya setiap hutang itu WAJIB dibayar semula ( dilunasi ) kepada tuannya , kecualilah jika tuannya itu adalah drp golongan yang memerangi Islam secara terang-terangan , ATAUPUN setalah dihalalkan hutang tersebut oleh tuan empunyanya , ATAUPUN disebabkan si peminjam itu benar-benar terlupa mengenai hutang tersebut .
Oleh itu , hendaklah saudari mencari semula tuan kantin tersebut . Pencarian itu bolehlah dilakukan dengan bertanya kepada pihak sekolah , ataupun mengadakan iklan ( contohnya di media-massa ) selama setahun sbg mana yang dinyatakan di dalam kitab-kitab Fiqh . Contoh iklan yang sesuai dibuat ialah : “ Saya mencari tuan pengendali kantin S.M Mahmud Baginda ( tahun 1990 / 1991 ) yang bernama Pak Busu Bin Tengah . Kepada sesiapa yang mempunyai maklumat mengenainya ataupun anggota keluarganya , sila hubungi saya di : 013 – 123 4567 “ .
Kalau tuan kantin itu telah meninggal , maka pembayaran hutang itu hendaklah dibuat kepada ahli-ahli warisnya . Dan kalau tuan kantin itu masih hidup , saya yakin dia akan menghalalkan perbuatan saudari itu disebabkan saudari melakukannya dalam keadaan kesusahan ( tidak mempunyai duit ) . Insya-Allah rata-rata orang Islam kita dan Bangsa Melayu kita ini “ pemurah “ dan “ berhati-budi “ , dan insya-Allah setelah saudari menceritakan semula kisah tersebut , saya percaya beliau pasti memaafkan saudari .
Namun jika berlaku sebaliknya , iaitu setelah tamat tempoh pencarian tersebut dan saudari masih belum lagi menemuinya , maka saudari hendaklah menyalurkan jumlah wang tersebut kepada pihak yang memerlukan seperti golongan Fakir-Miskin , Anak-anak Yatim dan seumpamanya.
Itulah caranya saudari dapat menebus kembali kesalahan-kesalahan lalu iaitu dengan melakukan kebajikan-kebajikan di hari mendatang .
Firman Allah Ta’ala mengenai hal ini :
إِنَّ الْحَسَنَاتِ يُذْهِبْنَ السَّـيِّئَاتِ
Maksudnya : [color=blue] “ ….dan sesungguhnya perbuatan-perbuatan baik itu dapat menghapuskan kesilapan-kesilapan lalu “ [/color] ~ Surah Hud , ayat 114 .
Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad
و صلّى الله على سيّدنا محمّد و على آاله و صحبه و سلّم والحمد لله رّب العالمين
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
salam, sy nk tanya, suami sy ada meminjam wang dr seorang kawan sebyk 3k. belaiu berjanji membayarnya semula dlm masa 2 minggu tetapi selepas 2 minggu beliau hanya dapat membayar wang tersebut dlm 1100 sahaja dan bakinya beliau masih mencari wang utk melangsaikan hutang tersebut. apa kah beliau dikira menipu?
Post a Comment