Nov 27, 2009

Lelaki Pakai Inai Di Tangan Menyerupai Tattoo

Postby amrizal » Feb 18th, '09, 10:49

salam

Apakah hukum bagai seseorang lelaki memakai inai di tangan tetapi menyerupai tatu?

*************************
Postby kamin » Feb 18th, '09, 20:28
Wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, In Sya Allah.

Menurut Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi ha., Imam Syafie rh mengatakan bahawa memakai inai bagi lelaki adalah haram, melainkan bagi tujuan perubatan, kerana ia meryerupai wanita yang dilarang oleh syara’. Sebagai mana hadith shahih Allah swt melaknati lelaki yang menyerupai wanita.

Ensaiklopedia Fiqh Kuwait mengatakan bahawa ulama' bersetuju inai boleh digunakan oleh kaum lelaki di janggut dan rambut (di kepala). Inai di jari tidak dibenarkan atas alasan menyerupai kaum wanita.

Memakai inai dijari merupakan perhiasan kaum wanita, kenapa pula kaum lelaki ingin menggunakannya?. Kaum lelaki digalakkan mengunakan inai di janggut atau di rambut kepalanya. Hukum lelaki menggunakan inai samalah hukum lelaki yang meniru2 perbuatan kaum perempuan.

Berikut kami petik contoh fatwa dari BAHEIS :-

Nama : . Noor.
E-Mel : Cape7918@yahoo.com.
Kategori : SYARIAH
________________________________________

SUB KATEGORI
Munakahat - Nikah
________________________________________
Tarikh Hantar Soalan : 30/01/2007 01:32 AM
Soalan : Apa HUKUMNYA lelaki memakai inai dijari.apabila seseorang itu menamatkan zaman bujangnya erti kata lain berkahwin?.
Jawapan : Lelaki yang memakai inai di jari adalah haram kerana ia menterupai wanita dalam pada pandangan Imam Nawawi dan mazhab Syafie.
Status : Selesai - Paparan Web.
Nombor Rujukan : Panel (fs) 290307
Tarikh Selesai : 29/03/2007 04:42 PM

http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf/92be69fae3f225c0482567f1005a8e7b/76e3b69a601dc64e48257537001387e7?OpenDocument

4 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum...

saya nak tanye coz saya masih lg
konpius-muse!! hehe!

mak saya ade ckp, xleh pakai inai color hitam, so, ok, mmg saya x beli n pakai, mak saya ckp leh pakai inai tp color lain kecuali hitam jer xleh....then, saya pun belilah color cokelat...biler dah tunjuk kat mak, mak saya suruh check bahan2 dlm inai 2 plak....so, saya pun check n inilah bahan2nyer (ish, mcm nak memasak plak)...Henna powder/Barium Peroxide/Citric Acid/Para Phenyleno Diamine/Sodium Sulphite Para Amino Phenol....ha, 2lah bahan2nyer... so, saya pun nak tanye, adekah ade di antara salah 1 bahan ni diharamkan n x membernarkan air lalu masa berwudhuk?? tp saya tgk ade tanda halal kat inai yg saya beli tu.....hmmm, camne tu?? konpius saya nie, rambut dah beruban byk dah nie...tolooonnngg!!!

aizuddin said...

Inai untuk apa? adakah untuk mewarna rambut?

jika rambut sila lihat keterangan:

http://solatjemaahjumaat.blogspot.com/2008/12/warna-rambut-kerana-trend-atau-style.html

Anonymous said...

loorr, ini utk rambutlah bang, sbbnyer rambut saya ni mmg dah beruban dah, byk plak tu, so saya nak tutup uban tu, tp inai color hitam xleh kan...thats why saya beli inai color cokelat, cuma saya xtau boleh ke x....atau ia leh halang air wudhuk ke x dgn bahan2 yg terkandung yg saya postkan kat atas....

Anonymous said...

so kalau kenduri kawin saudara mara saya tengok laki pun pakai inai sekali dekat jari. halal ke tu ustat ?

Post a Comment