Dec 26, 2008

Hukum Memakai Gelang Dan Rantai Lelaki

Salam

Saya ada beberapa kemusykilan disini:
1. Apakah hukum memakai gelang dan rantai leher bagi lelaki?

2. Apakah hukum berimamkan lelaki yang memakai gelang atau rantai leher?

3. Jika datang ke surau atau musallah, maka dilihat imam yang sedang mengetuai solat memakai gelang atau rantai leher, boleh kah kite jadi makmumnya?

---------
Salam

حدثنا ‏ ‏محمد بن بشار ‏ ‏حدثنا ‏ ‏غندر ‏ ‏حدثنا ‏ ‏شعبة ‏ ‏عن ‏ ‏قتادة ‏ ‏عن ‏ ‏عكرمة ‏ ‏عن ‏ ‏ابن عباس ‏ ‏رضي الله عنهما ‏ ‏قال ‏لعن رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏المتشبهين من الرجال بالنساء والمتشبهات من النساء بالرجال
--------------------

Diriwayatkan dari Muhammad bin Basyar diriwayatkan dari Ghandar diriwayatkan Syu’bah dari Qatadah dari Ikrimah dari Ibn Abbas R.A bahawa Rasulullah melaknat lelaki yang menyerupai perempuan dan perempuan yang menyerupai lelaki. (Hadith Sahih Bukhari kitab اللباس‏ bab المتشبهون بالنساء والمتشبهات بالرجال )

‏حدثنا ‏ ‏عبيد الله بن معاذ ‏ ‏حدثنا ‏ ‏أبي ‏ ‏حدثنا ‏ ‏شعبة ‏ ‏عن ‏ ‏قتادة ‏ ‏عن ‏ ‏عكرمة ‏ ‏عن ‏ ‏ابن عباس ‏
‏عن النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏أنه ‏ ‏لعن المتشبهات من النساء بالرجال والمتشبهين من الرجال بالنساء
----------------------

Dikhabarkan dari Abdullah bin Mu’az dikhabarkan dari Abi dikhabarkan dari Syu’bah dari Qatadah dari Ikrimah dari Ibn Abbas bahawa Nabi S.A.W nabi melaknat perempuan yang menyerupai lelaki dan lelaki yang menyerupai perempuan. (Hadith Abu Dawood kitab اللباس‏ bab في لباس النساء)

Syeikh Yusuf AL-Qardhawi apabila ditanya mengenai lelaki yang memakai yang berikhtidhab, beliau menjawab:

لأن في اختضابه فيهما تشبها بالنساء , والتشبه بالنساء محظور شرعا
-----

Ikhtidhab adalah perbuatan yang menyerupai wanita dan menyerupai wanita adalah terlarang oleh syariah. (Ikhtidab ialah sejenis pewarna yang biasa digunakan pada telapak tangan)

Q1. Jadi di sini dapat kita faham bahawa memakai rantai atau gelang adalah perbuatan tasyabbuh kepada kaum wanita. Ia adalah terlarang melainkan dlm keadaan dharurat.

Click Archive di bawah:
SJ 1224: LELAKI PAKAI RANTAI BESI

Q2. Apakah hukum solat berimamkan imam yang fasiq?
Ibn Mas’ud pernah bersembahyang 4 rakaat solat fajr di belakang Al-Walid bin Uqbah ibn Abu Ma’it yang mana ia pernah meminum khamar dan Uthman bin Affan telah menyebatnya. Para sahabat pernah bersembahyang di belakang Ibn Ubaih yang diketahui sebagai seorang yang suka mengadu domba. Menurut fuqaha, sembahyang makmum adalah sah dan berimamkannya adalah sah. Walau bagaimanapun, mereka tidak menyukai bersembahyang di belakang orang fasiq atau pelaku bid’ah.

As-Sa’ib ibn Khilad meriwayatkan bahawa seorang lelaki telah mengimamkan solat orang ramai dan dia telah berbalah dalam menentukan qiblat. Nabi S.A.W nampak perkara ini dan bersabda: “Selepas ini Jgn biarkan dia mengimamkan kamu dlm solat.” Kmdn, lelaki itu hendak mengimamkan solat orang ramai tetapi para jamaah menghalangnya dan memberitahu bahawa baginda S.A.W memerintahkan demikian. Lelaki itu kmdn berjumpa Rasulullah S.A.W bertanyakan tentang perkara ini. Baginda S.A.W menjawab, “Benar, engkau telah merendahkan Allah dan RasulNya.” (Hadith Diriwayat Abu Dawud dan Ibn Hibban)

Q3. Solat makmum tetap sah.

Imam Bukhari meriwayatkan bahawa Ibn Umar telah bersembahyang di belakang (berimamkan) Al-hallaj.

Tok imam tu kena ingat bahawa disebut dlm hadith dari Abdullah ibn Amr bahawa Rasulullah S.A.W bersabda bahawa 3 jenis solat manusia tidak diterima, salah satunya ialah seorang yang menjadi imam tetapi tidak disukai oleh makmum.

Sungguhpun demikian makruh berbuat demikian. Imam At-tirmidzi berkata, “Adalah aku tidak menyukai orang yang mengimamlan solat tetapi para makmum tidak menyukainya. Sekiranya imam itu bukan seorang yang melakukan maksiat, maka dosa itu adalah pada mereka yang tidak menyukainya.”

================
Rujukan:
1. Islamonline.net
2. Fiqhus Sunnah, Sayyid Sabiq

0 comments:

Post a Comment