Salam
Apakah kita boleh memakan sembelihan yahudi? Apakah perkara2 yang dibenarkan.
JazakaLlah
وعليكم السلام و رحمة الله وبركاته
{ بسم الله الرحمن الرحيم }
(( رب إشرح لي صدري و يسرلي أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي ))
SU - 00042 : MAKAN SEMBELIHAN AHLUL KITAB
Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.
Terima Kasih kepada Saudara MicroScript yang kembali bertanya kepada al-Ahkam Online ( yang berwajah baru ) . Selamat bersua kembali kami ucapkan kepada saudara budiman.
Soalan berkenaan “ Ahlul Kitab “ @ “ Ahli Kitab “ merupakan soalan yang paling TOP 10 yang selalu diajukan kepada al-Ahkam Online semenjak ianya wujud di alam siber . ( Soalan lain yang termasuk TOP 10 ialah Masalah Jamak-Qosar , Bid’ah , Wahabi , Syiah , Aurat , Tabarruj , Muzik , Permasalahan Taqlid-Talfiq-Ittiba’-Ijtihad-al~Fiqh al-Muqoran dan sebagainya ) .
Oleh itu kami menganggap ini sebagai SU ( Soalan Ulangan ) sahaja dan juga sebagai pelajaran ulangan .
Secara ringkasnya begini wahai saudara ;
Ahlul Kitab “ adalah satu gelaran khas bagi kaum Yahudi dan Kristian yang telah menyeleweng daripada ajaran Nabi Musa a.s dan Nabi Isa a.s .
Atau dalam perkataan lain : “ Ahlul Kitab itu termasuk di dalam golongan kafir ( bukan Islam ) “.
Adapun para pengikut “ ajaran sebenar “ yang dibawa oleh Nabi Musa a.s dan Nabi Isa a.s maka mereka adalah MUSLIMUN ( orang-orang Islam ) ataupun MUKMINUN ( orang-orang yang beriman ) dan kadang-kadang mereka ini mempunyai juga gelaran tertentu seperti “ Hawariyun “ untuk para pengikut “ ajaran sebenar “ yang dibawa oleh Nabi isa a.s .
“ Ajaran Sebenar “ itu sudah tentulah ISLAM kerana MUSTAHIL Nabi Musa a.s dan Nabi Isa a.s berlainan agamanya daripada agama Nabi Muhammad s.a.w !!! .
Setelah kita ketahui bahawa “ AHLUL KITAB “ itu adalah Yahudi dan Kristian ( sudah tentu yang telah menyeleweng dan sesat , sebab kalau tidak menyeleweng dan sesat sudah tentu mereka dipanggil sebagai orang-orang Islam dan beriman ) , maka hukum memakan sembelihan mereka adalah DIBENARKAN ( HALAL ) .
Dalilnya Firman Allah Ta’ala di dalam Surah al-Maidah , ayat 5 :
وَطَعَامُ الَّذِينَ أُوتُواْ الْكِتَابَ حِلٌّ لَّكُمْ
Ertinya : ( dan begitu juga ) dihalalkan bagi kamu memakan makanan sembelihan orang-orang pernah diberikan kepada mereka kitab ( Ahlul Kitab ) ….“ .
Yang penting Yahudi ataupun Kristian itu masih lagi beragama dengan agama mereka itu dan tidak pula telah bertukar menjadi seorang sekularis pekat ataupun seorang atheis ( komunis ) . Kalau sudah bertukar ideologi ( ‘aqidah ) , maka Yahudi ataupun Kristian itu TIDAK LAGI dianggap sebagai “ Ahlul Kitab “ sebaliknya sebagai seorang “ Kafir Mulhid @ Dahri @ Shuyu’ie “ !!! .
Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad
و صلّى الله على سيّدنا محمّد و على آاله و صحبه و سلّم والحمد لله رّب العالمين
و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
22 / Safar / 1424 H
24 / April / 2003 M
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment