Dec 26, 2008

Imam Tak Baca Qunut Subuh

AKUM.

Bagaimanakah menyempurnakan sembahyang subuh dibelakang imam lain mazhab yang tidak membaca qunut ?

TQ

---------
Salam

Sudah byk kali persoalan qunut telah al-ahkam jawab. Kalau sdr mencarinya di dalam arkib, nescaya sdr akan bertemu dgn jawapan sdr. Namun kami akan tetap menjawabnya secara ringkas. lanjutkan bacaan sdr kepada URL2 yg disertakan kemudiannya.

Jumhur fuqaha' mengatakan qunut subuh secara tetap tidak ada. dan pendpt inilah pendapat yg kuat. Pendapat yg mengatakan qunut subuh disyariatkan utk solat subuh adalah pendapat syafi'iyyah. Namun telah terjadi salah paham dikalangan umat islam syafi'iyyah krn menyangkakan qunut subuh ini jika ditinggalkan wajib bersujud sahwi. Bahkan Imam Nawawi mengatakan sujud sahwi itu hukumnya sunat sahaja. Jika ditinggalkan sujud sahwi itu, tidaklah ia mencacatkan solat. Jadi berdasarkan kpd penerangan ringkas di atas, maka tidaklah perlu sdr berqunut jika imam tidak membacanya. Krn hukumnya sunat bukannya wajib. Bahkan berdasarkan kpd hadis yg sahih yg mengatakan Imam itu untuk diikuti (HR Syaikhan dari Abu Hurairah ra), wajib sdr menuruti imam.

Sekian Lanjutkan ke URL berikut:
SJ 2849: Sejarah pembacaan doa qunut

Wassalam

2 comments:

Anonymous said...

salam... sy masih musykil...kalau berimamkan imam yg mazhab lain,dia x buat qunut, so kita yg berfahaman syafi'e ni ikut la imam tu(tak buat jgk qunut), tp perlu tak kita buat sujud sahwi (sblum atau selepas bagi salam)

Admin said...

W'salam

ya kita kena ikut imam tak perlu sujud sahwi, kecuali kalau imam sujud sahwi wajib diikuti.

kewajipan makmum mengikut imam... W'A

Post a Comment