Jan 20, 2009

Mengapa Mesti Banyak Perbezaan

Benarkah apa yang anda huraikan di atas cara-cara sebenar Nabi solat? sebab saya terfikir kenapa mazhab selain syafi`ie seperti maliki bersolat lurus tangan tidak memeluk tubuh? Apakah mereka takikut cara Nabi bersolat?

Jika anda menjawab bahawa ia merupakan perbalahan atau perselisihan ulama, maka jawapan ini sangat tidak boleh diterima kerana Nabi hanya satu, Quran satu…maka caranya mesti satu. Takkanlah hari ini nabi solat lurus tangan besok peluk pulak…kan Nabi contoh umat Islam. Pastu saya nak tanya, kenapa banyak sangat mazhab kat dunia ni? ulama pun tak boleh bersatu? kenapa pulak malaysia menghadkan mazhab syaf`ie sahaja? apakah mazhab lain tak betul?

Pening saya dibuatnya, semua orang (mazhab) mereka berada dalam kebenaran. Tapi semuanya rujuk pada hadits Nabi…kan hadits nabi mengajarkan hanya satu perbuatan dan perkara sahaja? jadi camna boleh berbalah lagi?

betul ke cara nabi bersolat macam yang tuan bentangkan ni….setahu saya ini cara mazhab syafi`ie bukan nabi. kenapa pulak mazhab maliki lurus tangan pulak…diorangpun ada hadits jugak…takkan nabi buat cara lain2 setiap hari…

Jawap…jawab..

berapa lama saya nak tunggu jawapan ni tuan…dah lama sangat ni…pening kepala saya ni…

Saya macam takleh terimalah nabi boleh terlupa sampai kena sujud sahwi…takkanlah nabi yang maksum yang sentiasa dijaga Allah boleh terlupa. Bukankah kalau nabi nak mengajar manusia untuk membetulkan solat kalau terlupa cukup dengan menerangkannya dengan sabdaan baginda? takkan samapi nak tunjuk buat salah pastu betulkan dengan alasan ajar manusia…takleh terimalah akal.

Tuan ni berfahaman wahabi ke sampai guna tasbih pun takleh?

***************************
Bismillah
Assalamualaikum
al-Jawab:

1. Istilah Sifat Solat Nabi S.A.W

Istilah tsb bermaksud, cara Nabi solat yang paling tepat menurut kajian dari hadith-hadith atau sunnah baginda. Oleh kerana hadith ini bersimpang siur riwayatnya, maka ketepatan cara solat itu pelbagai bukan satu cara sahaja. Kepelbagaian itu bukanlah dalam masalah pokok solat, tapi dalam perkara2 rantingan sahaja yang dima'afkan dan ia tidak mencacatkan maksud sifat solat Nabi saw.

1.1 Apakah cara solat Nabi itu mesti satu cara sahaja?

Jawab: Memang satu cara sahaja dalam gerakan2 utama solat, tapi pada gerakan (yang bukan dasar solat) dan bacaan serta zikir terdapat variasi.

CTH: bersedekap ketika berdiri. Majoriti ulama' kata kena meletakkan tangan di bahagian dada atau perut ketika qiam (bersedekap) kecuali sebahagian dari penganut madzhab Maliki. Ini kerana Imam Malik pernah berbuat demikian ketika beliau cedera kerana jatuh kuda, maka beliau meluruskan tangannya. Maka perbuatan Imam Malik itu telah tersibar dan mereka menganggap ia merupakan cara solat Nabi. Tapi sebenarnya ia cuma salah faham sahaja.

1.2 Kenapa banyak sangat cara solat Nabi sedangkan rujukan umat Islam cuma satu: AQ dan as-Sunnah?

Jawab: AQ memamg satu, tapi cara mentafsirnya pelbagai. Sunnah juga satu, tapi perawi-perawinya ramai dan mereka melihat dan menghafal apa yg sampai kepada mereka. Cuba kita lihat tragedi tanah runtuh di Bkt Antarabangsa, dan lihat pelbagai lapuran akhbar mengenai peristiwa itu, maka kita akan dapati pelbagai jenis maklumat. Maka begitulah lapuran mengenai sifat solat Nabi, ia akan dilaporkan oleh perawi dengan pelbagai variasi mengikut apa yg beliau ingat dan lihat

1.3 Kenapa banyak sangat madzhab di dunia?

Madzhab muncul kerana Islam membebaskan akal manusia. Inilah satu2nya agama yang membebaskan akal. Madzhab muncul kerana kebebasan berhujah dan berdalil. Maka para Imam dan mujtahid memiliki akal dan ilmu, maka mereka memiliki pandangan tersendiri dalam banyak isu dan setiap Imam ada pengikutnya, maka secara otomatik muncullah madzhab. Madzhab merupakan madrasah dan akhirnya menjadi aliran pemikiran dan aliran fiqh. Islam tidak melarang madzhab, tapi melarang taksub madzhab....

Madzhab itu menjadi masalah jika berlaku fanatisma atau taksub atau pengikut yg mengikutnya secara butatuli.

Kita di zaman moden, kena melihat madzhab sebagai bintang2 di langit yang menjadi obor dan panduan dalam memecah masalah2 yg kompleks. Madzhab adalah turath atau khazanah dan gedung ilmu, sebuah wikipedia, sebuah search engine Islam, lautan ilmu pengetahuan. Jangan kita musuhi madzhab, bahkan gunalah ia sebagai panduan bila kita buntu dalam memecahkan permasalahan agama. TBC

1.4 Kenapa ulama' tak boleh bersatu?

Jika madzhab itu cuma madzhab fiqih, sebenarnya tidak ada perpecahan kerana madzhab fiqih cuma perpecahan dalam rantingan agama sahaja. Perpecahan berlaku dalam madzhab akidah spt sunni vs syi'ah. Masalah kesatuan umat Islam bukan saja isu madzhab tapi isu sejagat umat Islam yang kita kena tanggung bersama. Nabi pernah bersabda, ummat baginda akan berpecah kepada 73 puak." (hadith sahih) Perpecahan ummat ada banyak faktur, bukan fiqih...tapi masalah ideologi atau aliran pemikiran dan akidah...kenapa terjadi demikian? Banyak fakturnya...masalah dalaman umat dan luaran (zionis dan syaitan) Masalah dalaman, umat telah meninggalkan AQ dan as-Sunnah masalah luaran ialah penjajahan kaum Barat dan perang salib) yang menakluk dan meranapkan empayar khilafah kita...

1.5 Kenapa Malaysia menetapkan hanya madzhab syafi'iy sahaja?

Ia adalah faktur sejarah. Madzhab hidup kerana ada penajaan, promosi dan penjagaan oleh pengikutnya. Madzhab fiqih ni banyak, tapi penajaan dan promosi hanya pada madzhab yg empat: maliki, syafi'iy, hanafi dan hanbali. Lama kelamaan, madzhab akhirnya mendapat campurtangan Pemerintah, bila pemerintah juga meminati salah satu madzhab, maka baginda akan mengisytiharkan madzhab resmi sesebuah negara mengikut madzhab tertentu, maka itulah timbulnya sesebuah negara Islam mengikuti madzhab tertentu.

Zaman sekarang, walaupun sesebuah negara OIC menjadikan madzhab tertentu sebagai madzhab resmi, tapi pada hakikatnya, madzhab lain juga digunapakai...Ini menolak dakwaan anda, jika sesebuah negara ikut madzhab tertentu, maka apakah madzhab lain tak betul. Jawabnya: Tidak, cuma sesebuah negara hanya suka kepada madzhab tertentu berdasarkan kebanyakan ulamak dalam negara tersebut banyak mendapat pendedahan dalam madzhab tsb sahaja, maka mereka sudah tentu lebih suka menggunapakai madzhab yg mereka dah biasa.

Untuk kajia lanjut tentang madzhab fiqih, kami syorkan anda membaca e-book atau membeli buku beliau berjodol: Pedoman2 Bermadzhab dalam Islam oleh Kapten Hafizfirdaus keluaran Jahabersa atau melawati laman web beliau (lihat link beliau di web AFN TBC

Quote::
aya macam takleh terimalah nabi boleh terlupa sampai kena sujud sahwi…takkanlah nabi yang maksum yang sentiasa dijaga Allah boleh terlupa.

Isu kedua: Nabi yg maksum mana boleh terlupa?

Tidak benar sama sekali bahawa sifat maksum itu bermaksud Nabi akan selamat dari sifat lupa. Sifat lupa ada pada Nabi S.A.W dan umatnya dan kelupaan itu ada syari'atnya atau hukum-hakamnya yg tersendiri, antaranya jika lupa dalam solat, maka dikenakan hukum sujud sahwi sebagai pelengkap kepada kesempurnaan syari'at Muhammad (Ibn Qayyim, al-Zaad, 1:186)

Sifat lupa adalah juga sifat seorang Rasul, tapi ia bukan suatu keaiban atau cacat bagi Rasul kerana disebalik kelupaan, Allah menyempurnakan syari'at Muhammad S.A.W

Jika anda tidak dapat menerima Nabi pun ada terlupa, anda terlupa bahawa Nabi adalah manusia, cuma jika baginda terlupa, baginda didatangkan hukum untuk menutup kelupaan tersebut...

Quote::
Tuan ni berfahaman wahabi ke sampai guna tasbih pun takleh?

Ini suatu soalan yg berunsur kebodohan dan kepandiran. Ini kerana apa jua usaha pemurnian agama bukanlah wahabisme tapi usaha mujaddid di sepanjang zaman. Ini kerana Allah beri jaminan bahawa setiap 100 tahun akan dibangkitkan para mujaddid (pembaharu agama) utk memurnikan ajaran agama Islam dari tokok tambah. Ia bukan usaha wahabiah sebagaimana yg difahami oleh kaum yg bodoh akan sejarah.

Berbalik pada isu penggunaan biji2 tasbih ketika berzikir, kesemua ulama' salaf menyatakan berzikir dan menghitungnya cukup dgn tangan sahaja kerana umat Islam sepatutnya berzikir sesuatu lafaz zikir, bilangannya tidak melebihi 100 kali, maka tidak perlu menggunakan manik2, biji2 tasbih atau alat tasbih letronik kerana ia membuka kepada pintu kesesatan yg dibawa oleh tareqat yang berzikir sampai 100,000 kali. Penggunaan biji tasbih juga membuka kepada khurafat, bila material biji tasbih itu diperbuat dari kayu spt koka dan batu2 tertentu yg dianggap keramat. Ini semua khurafat dan bid'ah. Maka seruan supaya kembali berzikir menggunakan tangan dan membuang biji tasbih bukanlah seruan wahabi tapi usaha2 memurnikan agama kita dari diresapi ajaran Hindu yang mana tasbih itu merupakan ajaran majusi dan Hindu kerana mereka membaca mantera dalam angka2 yg besar bilangannya. sekian

_________________
*Lajnah Fiqh & Penyelidikan Ilmiah AFN*

0 comments:

Post a Comment