FS1-Siri 49:Fiqh Thaharah 28 – Sunan al-Fithrah سنن الفطرة
Perincian 10 perkara yang dikatakan sebagai Sunan al-Fitrah, سنن الفطرة
Pertama: Khitan, الختان
al-Sayyid mendefinasikan khitan bagi lelaki ialah memotong kulit yang menutupi ujung kemaluan (zakar) untuk menjaga agar di sana tidak berkumpul kotoran, agar kencing lebis tus (lawas) dan agar tidak mengurangi kelazatan dalam hubungan seks. Manakala khitan bagi perempuan pula memotong bahagian atas dari kemaluan. Syarh: Khitan lelaki ialah memotong quluf (kulit yang menutup kepala zakar atau foreskin) sehingga kepala zakar itu akan nampak keseluruhannya, manakala khitan perempuan ialah memotong sedikit kelentit atau clitorisnya (al-Qardhawi, Fiqh Thaharah/170)
Kata al-Qardhawi lagi, antara fiqh almaqosyid (kebaikan) khitan lelaki ialah:
• mencegah kotoran dan tempat pembiakan kuman pada zakar
• terhindarnya zakar dari terkena penyakit kelamin spt siflis
• quluf atau foreskin zakar akan mudah mengalami radang atau melecet
• zakar akan kurang risiko kepada penyakit zakar spt pembengkakan atau kanser
• memaksimakan kepuasan seks ketika jima' (hubungan seks) (ibid, 172)
Pada nota kaki (footnote), al-Sayyid berkata, hadith-hadith yang memerintahkan mengkhitan perempuan, semuanya dha'if, tidak ada satupun yang sah.
Syarah: Terdapat perbahasan yang menarik mengenai hukum khitanan bagi perempuan: al-Muhaddith al-Albani membantah kenyataan ini dan membawa hadith Ummu 'Athiyah, di mana Nabi saw menasihati jurukhitan bayi perempuan di Madinah,
لَا تَنْهِكِي فَإِنَّ ذَلِكَ أَحْظَى لِلْمَرْأَةِ ، وَأَحَبُّ إِلَى الْبَعْلِ
Terjemahnya: Janganlah dihabiskan (memotong clitoris), sesungguhnya itu (khitan yg sedang-sedang) akan menguntungkan wanita dan lebih dicintai suami" Ini adalah lafaz Abu Daud. Kata al-Albani, hadith ini hasan lighairihi kerana jalurnya banyak (silsilah alSahihah, no 722. Tahqiq:
Lafadz al-Hakim pula:
اخْفِضِي وَلَا تَنْهَكِي ، فَإِنَّهُ أَنْضَرُ لِلْوَجْهِ وَأَحْظَى عِنْدَ الزَّوْجِ
Dari ad-Dhahhak bin Qis, dari Ummu 'Athiyah,
" Pendekkan, jangan digondolkan (clitoris), sesungguhnya itu lebih mencerahkan wajah dan lebih diterima suami." al-Mustadrak al-Hakim dan beliau mensahihkannya (6297)
Hadith ini dinilai tidak sahih oleh manhaj muqaddimun antaranya Imam Abu Daud sendiri, kerana terdapat perawi bernama Muhammad al-Hassan adalah berstatus majhul (tidak dikenali). Manakala hadith al-Hakim terdapat perawi Zaidah bin Abu Raqqad yg dinilai al-Hafidz sebagai perawi mugkar. Prof Dr Yusof al-Qardhawi menolak pensahihan al-Albani.
Maka dalam hal ini kenyataan Syed Sabiq adalah valid bahawa dalil hadith yg menyokong khitannya perempuan adalah dha'if. Ia dipesetujui oleh syaikh Mustafa al-'Adawi (Jaami; Ahkam an-Nisa', 1:22)
Hadth dalil no 104 yang dikemukakan oleh al-Sayyid untuk menjelaskan khitan ini sebenarnya adalah syari'at Nabi Ibrahim AS: Dari Abu Hurayrah ra:
اخْتَتَنَ إِبْرَاهِيمُ عَلَيْهِ السَّلاَمُ وَهُوَ ابْنُ ثَمَانِينَ سَنَةً بِالقَدُّومِ
(Sabda yg mulia) " Ibrahim AS itu berkhitan pada usia 80 tahun dengan alqadum (kapak atau di Qadum (Syria)." [HR Bukhari] Takhriij: sahih Bukhari, 3204. al-Qadum itu diperselisihkan maknanya, ada yang mengatakan kapak dan ada yang mengatakan pekan di Syria (al-Fath (11/ms 88)
Hukum Khitan:
Kata al-Sayyid, Jumhur hukumnya wajib, Berkata Syafi'iy, sunat pada hari ke 7. Komentar al-Syaukani: Hukum wajib dan waktu spt hari ke 7 itu tidak disokong oleh dalil.
Perbahasan:
Istilah jumhur itu adalah diperselisihkan di antara Imam Ibn Qudamah dan Imam Nawawi, masing-masing mendakwa jumhur.
1) Kata Imam Nawawi, jumhur (majoriti) menetapkan khitan adalah wajib bagi lelaki dan perempuan (al-Majmu' (1/301)
2) Kata pula Imam Ibn Qudamah, jumhur sebenarnya menetapkan, khitan wajib bagi lelaki dan dianjurkan bagi perempuan (al-Mughni 1/85)
Imam Nawawi mendakwa, jumhur itu mewakili madzhab Syafi'iy, Hanabilah dan sebahagian Malikiah. Ini disokong oleh salafi Syam pimpinan al-Albani.
Imam Ibn Qudamah pula mendakwa, jumhur itu mewakili sebahagian Hanabilah, sebahagian Malikiah dan Zahiri. Pendapat ini disokong oleh Syaikh Ibn Uthaimiin
3) Pendapat ketiga: Khitan itu sunnah (atas lelaki dan wanita). Ini pendapat Hanafiah dan Imam Malik. al-Qardhawi menyokong pendapat ini dan berkata al-Qardhawi, khitan bagi lelaki cuma sunnah syi'ariyah atau sunnah yang membawa syi'ar Islam yang kena ditegakkan. Ini juga pendapat al-Syaukani. (Fiqh Thaharah)
Pendapat Syaikhul Islam Ibn Taymiyah pula: Beliau memilih madzhab Ahmad, beliau menjelaskan tujuan khitan atas lelaki ialah membersihkan zakar dibawah khulufnya, manakala tujuan khitan bagi perempuan ialah menstabilkan libido (seksualiti) perempuan. (Majmu' Fatawa 21:114) TBC
--------------
* teks asal: Kitab Fiqh Sunnah, Jld 1/74, Victory Agency
_________________
*Lajnah Fiqh & Penyelidikan Ilmiah AFN*
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment