Ustaz saya nak tanya pasal janggut. Ni janggut ada kata wajib, ada kata boleh trim atau cukur . Apa pendapat ustaz?
Lagi satu soalan , saya ada janggut ni. Style dia macam Dr MAZA . Saya nak tanya , minyak apa nak pakai untuk janggut untuk kasih lembut dan straight.
------------
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan alkathiri dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.
Mengenai hukum boleh atau tidak mencukur atau memendekkan janggut, saya secara pribadi memilih padangan Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi. Berikut petikan pandangan beliau dari buku al-Halal wa al-Haram fi al-Islam (cetakan ke 27, Kaherah : Maktabah Wahbah, 2002, muka surat 86) :-
وبهذا نرى أن في حلق اللحية ثلاثة أقول: قول بالتحريم وهو الذي ذكره ابن تيمية وغيره. وقول بالكراهة وهو الذي ذكر في الفتح عن عياض ولم يذكر غيره. وقول بالإباحة وهو الذي يقول به بعض علماء العصر. ولعل أوسطها أقربها وأعدلها -وهو القول بالكراهة- فإن الأمر لا يدل على الوجوب جزما وإن علل بمخالفة الكفار، وأقرب مثل على ذلك هو الأمر بصبغ الشيب مخالفة لليهود والنصارى، فإن بعض الصحابة لم يصبغوا، فدل على أن الأمر للاستحباب.
صحيح أنه لم ينقل عن أحد من السلف حلق اللحية، ولعل ذلك لأنه لم تكن بهم حاجة لحلقها وهي عادتهم.
صحيح أنه لم ينقل عن أحد من السلف حلق اللحية، ولعل ذلك لأنه لم تكن بهم حاجة لحلقها وهي عادتهم.
"Kami menyatakan terdapat 3 pandangan berkenaan dengan mencukur janggut -
1. HARAM. Ini merupakan pandangan Ibn Tamiyah dan lain-lain.
2. MAKRUH. Ini merupakan pandangan 'Ayyad sebagaimana yang disebut didalam al-Fath al-Bari, dan tidak disebut yang lain.
3. HARUS (dibolehkan), yang merupakan pandangan ulama' kini.
Pandangan kedua, iaitu MAKRUH, merupakan pandangan yang lebih hampir kepada kebenaran dan sederhana.
Sebagaimana dalil/alasan membela janggut adalah untuk membezakan diri dengan orang kafir, maka samalah dengan hal mewarnakan rambut yang beruban untuk membezakan diri dari kaum Yahudi dan Nasrani; diketahui bahawa terdapat beberapa sahabat yang tidak mewarnakan rambut beruban mereka, ternyata ianya adalah mustahab (digalakkan) dan bukan wajib. Begitu juga membela janggut boleh dianggap sebagai digalakkan (mustahab) dan bukan wajib, maka mencukurnya adalah MAKRUH dan bukanlah HARAM. Memang benar bahawa tidak ada seorang sahabat pun yang diketahui mencukur janggut mereka. Mungkin tidak ada keperluan mencukurnya, dan membelanya adalah adat dikalangan mereka."
Boleh rujuk perbincangan yang lalu berkenaan dengan hukum-hakam janggut ini :-
SJ-14-0047 : Janggut, misai menurut sunnah
http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=32806
Minta ma'af, mengenai minyak, walaupun saya pun berjanggut, tidak pula pernah menggunakan mana-mana minyak untuk meluruskannya. Ini kena tanya dengan sahabat2 yang arif.
Sekian, wassalam
0 comments:
Post a Comment