Dec 16, 2008

Guna Pendakap Gigi (Braces)

Salam

apakah hukumnya kita memakai pendakap gigi (braces) untuk membetulkan semula susunan gigi yg tidak teratur?kawan saya kata perbuatan itu mengubah ciptaan Allah,adakah betul?saya pun ragu ragu kerana saya mahu membuat braces tak lama lagi. Wassalam


Salam

Tiada larangan dlm Islam dlm memakai braces. Larangan yg jelas ialah taflij. Taflij ialah diamalkan oleh wanita Arab yakni teknologi mengikir gigi dan menjarangkannya terutama gigi taring dan gigi kacip. Tujuan ialah merubah ciptaan Allah, kecantikan dan litadlis (menipu) supaya perempuan tua kelihatan muda. Inilah yg diharamkan.

SJ-924: Gigi Palsu

0 comments:

Post a Comment