Dec 16, 2008

Baca Fatihah Di Belakang Imam

A'kum wbt

Terima kasih kerana menjawab soalan saya sebelum ini SU-00009 . Cuma saya berharap agar dapat diterangkan sedikit jawapan itu.

Maka jika makmum belum habis membaca do'a iftitah ketika imam sudah mula membaca fatihah maka kita perlu berhenti membaca do'a iftitah?

Saya berimamkan imam yg terus membaca surah dengan kuat selepas fatihah kerana imam berpendapat makmum boleh membaca fatihah biarpun imam sedang membaca surah dengan kuat. Maka dalam keadaan ini, bolehkah saya membaca fatihah biarpun imam sedang membaca ayat al-quran lain?

Wassalam



Salam

Jawapan bagi soalan pertama: Di dalam solat jahr, apabila imam telah memulakan bacaan surah al-Fatihah, berdiri diam dan dengar bacaan Imam dengan teliti dan khusyu’.

Berkaitan soalan saudara yang kedua, isu ini merupakan isu khilafiah. Kita ringkaskan pendapat mazhab 4 yang muktabar.

Syafi'iy: wajib makmum membaca Fatihah baik dalam solat nyaring atau perlahan
Hanafi: makruh tahrim bg makmum membaca fatihah baik dalam solat nyaring atau perlahan
Maliki: makruh membaca Fatihah jika dlm solat nyaring, sunat dibaca jika dalam solat perlahan
Hanbali: makruh dibaca jika dalam solat nyaring atau ketika Imam sedang membaca; Mustahab (disukai) jika dalam solat perlahan atau ketika Imam diam selepas selesai membaca fatihah.

Berdasarkan kepada keempat-empat pendapat di atas, pendapat Maliki dan Hanbali mendapat sokongan ramai oleh ahli tahqeeq (penilai semula hukum2 feqh Islami), antaranya mantan Syaikhul Azhar, Sayyid Sabiq, yakni alFatihah tidak perlu dibaca dalam raka'at jahar (nyaring) dan dibaca ketika raka'at sirr (senyap) atau ketika makmum tidak mendengar bacaan Imam. Syaikhul Islam Ibn Taymiyah dan muridnya Imam Ibn Qayyim alJawzea mendokong pendapat Hanbaliah. Muhaddis Syaikh Albani dalam solat Sifatun Nabi juga mendokong pendapat makmum tidak membaca ketika Imam membaca dgn nyaring dan makmum membaca ketika Imam membaca secara senyap. Manakala pendapat Syafi'iy yg diamalkan di Malaysia hanya mengguna hadis "Tiada solat tanpa fatihah".

Kesemua pendapat Imam di atas adalah sunnah, baik Hanafi, Syafi'iy dan ahli Hadis (Malik dan Hanbali). Pentarjih dan pentahqeeq juga tidak sepakat: Imam Ibn Taymiyah dan muridnya Imam ibn Qayyim memilih pendapat Imam Ahmad dan Maliki yakni makmum tidak perlu membaca Fatihah dalam raka'at yg jahar. Dalil-dalil yg digunakan oleh Imam-imam mujtahid semuanya kuat dan sunnah diamalkan salah satunya.

Berdasarkan madzhab Syafi'iy, makmum hendaklah membaca alFatihah ketika mana Imam berhenti sebentar selepas membaca alFatihah. Madzhab Syafi'iy menyukai Imam solat jama'ah diam selepas zikir Amin untuk memberi peluang makmum membaca alFatihah.
Jumhur (Hanbali, Maliki dan diperkuat oleh pentahqeeq Syaikhul Islam Ibn Taymiya dan muridnya alImam alHafeedz Ibn Qayyim) menetapkan makmum hanya diam dan mengikuti bacaan Imam dan tidak perlu membaca fatihah lagi kerana bacaan Imam dalam raka'at jahr adalah juga bacaannya.

Quote:
bolehkah saya membaca fatihah biarpun imam sedang membaca ayat al-quran lain?


Saudara boleh utk memilih mana2 pendapat. Sekiranya ingin kekal dalam mazhab syafi’I, maka diwajibkan untuk membaca fatihah(habiskanlah surah fatihah dalam pada imam sedang membaca surah). Dan jika ingin memilih pendapat jumhur, saudara tidak perlu membaca al-Fatihah. Dengarlah bacaan surah oleh imam dengan teliti dan khusyu’. Allahu'alam

0 comments:

Post a Comment