Dec 19, 2008

Mengelak Diri Dari Bahaya Homoseks

assalamualaikum.

saya nak minta nasihat dan pendapat tentang how saya boleh hindarkan diri dari gejala homosekssual?


وعليكم السلام و رحمة الله وبركاته
{ بسم الله الرحمن الرحيم }
(( رب إشرح لي صدري و يسرلي أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي ))

***********************
SU – 00067 : CARA MENGELAK DIRI DARIPADA BAHAYA HOMOSEKS


Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih kepada Saudara Johan yang menaruh kepercayaan kepada kami untuk menjawab soalan di atas . Soalan saudara ini kami anggap sebagai SOALAN ULANGAN ( SU ) memandangkan topik ini sudah kami bahaskan sebelum ini di dalam web al-Ahkam Online ini .

Secara ringkasnya , cara-cara untuk mengelak diri daripada terjebak ke kancah “ perzinaan sumbang “ dan “ perzinaan luar tabi’e “ ( homoseksual / lesbianisme ) , ialah :

{ 1 } ~ Mengamalkan budaya [color=#0000ff size="4"][b] al-I’efaf ( الإعفاف ) iaitu : Menahan pandangan daripada melihat apa-apa yang diharamkan oleh Allah Ta’ala dan apa-apa yang meransang nafsu syahwat .

Termasuklah mengelak diri sungguh-sungguh daripada melihat dan membaca karya-karya dan gambar-gambar porno melalui sebarang alat sebaran media-massa .


{ 2 } ~ Mengelak diri daripada berbicara mengenai apa-apa yang boleh merangsang nafsu syahwat , sama ada yang menjurus kepada seks dengan pasangan berlainan jenis ataupun yang sejenis , ataupun kedua-duanya sekali ( bisexsual ) .

Ini disebabkan apabila berbicara hal itu akan mengakibatkan keinginan itu tertanam semula di minda dan keazaman untuk melakukannya tercetus pula di hati .

Begitu juga , hendaklah dielak daripada bertemu dengan mana-mana orang ( termasuk drp kaum sejenis ) yang boleh menyebabkan “ nafsu syahwat “ itu naik semula untuk melakukan “ perbuatan jahat itu “ .

{ 3 } ~ Mengikuti program-program yang bermanfaat dan sihat khasnya program-program pengajian agama secara bersungguh-sungguh dan mengamalkan budaya kehidupan yang sihat lagi diredhai oleh Allah Ta’ala .

{ 4 } ~ Memperbanyakkan puasa demi menumpaskan godaan hawa-nafsu yang jahat itu . Termasuk jugalah memperbanyakkan amal-ibadat dan berdoa sentiasa kepada Allah Ta’ala agar terselamat daripada sebarang “ budaya sumbang “ .

{ 5 } ~ Berkawan dan bersahabat dengan mereka yang takut kepada Allah Ta’ala dan yang suka menasihati kita apabila kita tergelincir daripada Jalan Ilahi .

{ 6 } ~ Berkahwin dan kalau selepas berkahwin masih lagi merasa “ terangsang “ dengan kaum sejenis , maka silalah kaji semula apakah puncanya dan cubalah selesaikannya melalui cara-cara yang disebut di atas dan sentiasa menemui mereka yang mempunyai kepakaran di dalam bidang agama dan kesihatan , demi terselamatnya diri daripada terjebak ke kancah yang ditegah dan dikutuk oleh Allah Ta’ala ini . [/b]


Sekian . Semoga Ada Manfaatnya Bersama
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad

و صلّى الله على سيّدنا محمّد و على آاله و صحبه و سلّم والحمد لله رّب العالمين

و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
16 / Rabi’ul Akhir / 1424 H
16 / Jun / 2003 M

0 comments:

Post a Comment