Jan 22, 2009

Sunnahkah Amalan-amalan Ini?

Assalamualaikum,

1 - menggerak-gerakkan jari telunjuk ketike tasyahhud.

2 - azan dan iqamah di telinge bayi yang baru dilahirkan.

3 - azan ketike jemaah haji hendak keluar meninggalkan rumah untuk ke airport.

Wallahu'alam, wassalam.


********************
Tahqiq dan tarjih:

1. Ia benar spt kata aRMX, dan hasil kajian ahli Lajnah Fiqh dan penyelidikan AFN, protaz akob almandeeli (Beberapa persoalan lazim tentang solat, Jahabersa, ms 123), kedua-dua cara, menggerak (tahrik) dan tidak menggerakkan adalah boleh diamalkan kerana kedua amalan itu mempunyai sandaran yg sahih.

2. Azan dan Iqamah di telinga bayi

Ada tiga hadith semuanya: hadith Abu Rafi', hadith Ibn Abbas dan dari Husin bin Ali. Imam al-Albani menilai kesemuanya dha'if, manakala al-Baihaqi dan Imam Ibn Qayyim menilainya hadith Abu Rafi' dapat dinaiktaraf menjadi hasan lighairihi melalui hadith Ibn Abbas dan Husin bin Ali. Oleh terdapat pertikaian di kalangan ahli hadith, maka sesiapa yg ingin melakukan tidak boleh dicela.

3. Benar, azan asalnya disyari'atkan sebagai petanda masuknya waktu solat, maka sudah tentu kaifiyatnya tidak boleh dipanjangkan kepada upacara menghantar jama'ah Haji ke airport. Ini tiada asalnya. sekian

thtl utk
Lajnah Fiqh & penyelidikan AFN

0 comments:

Post a Comment