Jan 25, 2009

Letak Yasin Bawah Bantal Bayi

Assalamualaikum,
>
> Adakah salah sekiranya meletakkan surah yassin pada bantal anak kecil
> yang sedang tidur?
>
> Jkk Wasalam.


~~~~~~~~~~~~~~~~~reply
THTL-

Ia salah kerana pendahulu kita, salafus soleh yang mana alQur:an itu
diturunkan kepada mereka tidak berbuat demikian. Jika sekiranya amalan
ini baik, niscaya mereka telah berlumba-lumba melakukannya. Ia jatuh
dalam hukum tiwalah (azimat), di mana Islam telah membenteras azimat
atau menjadikan AQ itu azimat dan tangkal pelindung.

sekian
s2s

*********************
Tapi kalau letak gunting atau pisau atau apa2 besi.....di bawah bantal anak kecil boleh ke?

bukan aper......org tua2 kata kalau letak besi atau taik besi
> ke......syaitan akan takut nak dekat....
> kita sebagai anak yg soleh terpaksa ikut jer kata org tua....tak
ikut kan
> kecik lak ati org tua...hehee

~~~~~~~~~~~~~~~~~~reply
Jawapan:
THTL-

wan,

salaf yg tu kita dilarang ikut..
dalilnya:
Firman ALlah
" apabila dikatakan kpd mereka, Jom ikut apa yg diturunkan Allah dan
(ittiba') Rasul." Mereka menjawab, " tak apalah (cukuplah) utk kami
apa yang kami dapati nenek moyang kami mengerjakannya." AQT 5: 104

ayat tu seterusnya berkata,
" dan apakah mereka masih mahu mengikuti nenek moyang mereka walhal
nenekmoyang mereka itu tidak tahu apa-apa dan tidak mendapat petunjuk."

nenek moyang kita kekadang mendapat petunjuk Hinduisme atau animisme,
maka kita ikut aje....

maka ayat ni melarang kita taqlid buta walaupun pada nenekmoyang kita,
apatah lagi taqlid buta dalam agama...s2s

0 comments:

Post a Comment