May 25, 2011

Sumpah Yang Tidak Dimaksud!

Postby anakMINANG04 »

:salam

1) Boleh saudara2 panel perjelaskan maksud ayat quran di bawah???

    " Allah tidak menghukum kamu disebabkan sumpahmu yang tidak dimaksud (utk bersumpah) AQ 2:225

    2) Kalo kita bersumpah dgn nama Allah (Wallahi,Wabillahi Watallahi)...pas tu...dlm hati nak selamatkan diri...yakni taknak mengaku ngan sumpahnya melalui perkataan tersebut...adakah dibolehkan???..begitukah maksud ayat di atas???

      3) Ada kena kaffarah tak???


      ************** JAWAPAN ***************
      Postby Abu_Umair »

      • 1) Boleh saudara2 panel perjelaskan maksud ayat quran di bawah???
        "Allah tidak menghukum kamu disebabkan sumpahmu yang tidak dimaksud (utk bersumpah)" AQ 2:225

      Ayat berkenaan berkaitan dengan Laghwul Yamin, (sumpah yang lagho). dan tafsiran sumpah ini ialah:

      1) Pendapat yg paling kuat dan masyhur: Lafaz sumpah yang biasa menjadi pertuturan di mulut dalam percakapan, sedangkan tidak diniatkan untuk bersumpah. seperti, seseorang yg mulutnya selalu menyebut, "ya, wallahi", "Tidak, wallahi". kebiasaan orang Arab memang selalu menyebut "Walalhi" walaupun tak berniat sumpah.

      2) Ada pendapat ia adalah sumpah yg diucapkan ketika sedang marah, dan keadaan yg tidak terkawal.

      3) Ada pendapat: Sumpah yang diucapkan oleh seseorang tentang sesuatu perkara, kerana dia menyangka sedemikian. kemudian ternyata selepas itu, realiti yg sebenar adalah bersalahan dengan apa yg disumpahnya.

      Kesimpulan: Sumpah yg tidak dambilkira oleh syarak ialah: Lafaz sumpah yg dilakukan bukan dengan niat sumpah.

      • 2) Kalo kita bersumpah dgn nama Allah (Wallahi,Wabillahi Watallahi)...pas tu...dlm hati nak selamatkan diri...yakni taknak mengaku ngan sumpahnya melalui perkataan tersebut...adakah dibolehkan???..begitukah maksud ayat di atas???

      Sumpah tentang suatu perkara, sedangkan dia berbohong dalam perkara itu, kerana ada kepentingan, dinamakan sebagai Yamin Ghamus (Sumpah yg menggelamkan dalam dosa dan neraka). Apa yang disebut dalam soalan di atas termasuklah dalam yamin ghamus ini.
      -Melakukan sumpahan seperti ini adalah haram dengan sepakat ulama, dan ia termasuk dalam dosa besar.

      Sabda Nabi: "Dosa-dosa besar ialah: Syirik pada Allah, Derhaka ibubapa, Membunuh jiwa tanpa hak, dan Yamin Ghamus". (HR: Bukhari).

      -Wajib atas orang yg bersumpah bohong seperti ini, bertaubat dan beristighfar kepada Allah Taala.

      • 3) Ada kena kaffarah tak???

      Mazhab Syafie: Terjebak dalam sumpah bohong ini mewajibkan pelakunya membayar kaffarah.

      Dalilnya:

      1) Sumpah bohong adalah satu jenis sumpah, maka wajiblah membayar kaffarah sebagaimana sumpah2 yg lain. dan termasuk dalam umum ayat Quran "Dan itulah kaffarah sumpah-sumpah kamu apabila kamu bersumpah" al-Maidah ayat 89.

      2) Yang dimaafkan dalam Quran ialah Yamin Lagho, iaitu yg tidak dimaksudkan oleh penuturnya. sedangkan sumpah bohong ini dimaksudkan oleh penuturnya. maka kenalah bayar kaffarah.
      rujuk: al-Hawi al-Kabir 15/267

      Mazhab Hanafi, Maliki, Hanbali (Masyhur): Melakukan sumpah bohong tidak dikenakan kaffarah.

      dalilnya:

      1) kerana sumpah bohong ini adalah dosa besar yang tidak terhapus dengan kaffarah. Pelakunya mestilah bertabat kpd Allah Taala.

      2) Banyak hadis-hadis dalam Bukhari, Muslim dan lain-lain, Nabi memberi ancaman terhadap sumpah bohong. Tapi, tiada satupun hadis sahih Nabi menyebut bahawa sumpah bohong dikenakan kaffarah.

      pendapat kedua ini dipilih oleh Ibn Taimiyyah.

      wallahu a'lam.

      0 comments:

      Post a Comment