Dec 21, 2008

Kedudukkan Hanya Seorang Makmum

Salam

1. Ana ada terbaca dalam Fatwa-fatwa Penting Tentang Sembahyang Oleh Sheikh Abd. Aziz Bin Abdullah Bin Baz di link ini..

Quote:
39. Sepertimana telak dimaklumi, bahawa kedudukan makmum jika ia hanya seorang maka ia berada di sebelah kanan imam, adakah disyariatkan ke atasnya untuk berada di belakang sedikit daripada imam sepertimana yang dilakukan oleh sesetengah orang?

JAWAB: Disyariatkan ke atas makmum tunggal untuk berdiri sejajar dengan imam di sebelah kanannya. Tidak ada sebarang dalil yang menjelaskan ke atas pendapat yang menyalahi (ketetapan) tersebut.


Apa yang ana belajar sebelum ini, kena berdiri belakang sikit dari imam.. camner tu?

2. Ada sahabat ana bagitau.. kalau sorang tu dah solat sorang2 kat tempat lain sebab dia tak jumpa orang utk buat solat jemaah, kemudian dia terjumpa ada orang buat solat jemaah, dia boleh join solat tersebut sebagai ganti solat sorang2 tadi.. betul ker ustaz?

tu jer la dulu.. mekasih banyak yerr..
Wassalam :sumo
View user's profile Send private message
g@y@t
Maqam 3
Maqam 3


Joined: Dec 01, 2002
Posts: 1936
Location: Selangor

Post Posted: July 08, 2003 - 02:46 PM Reply with quote Back to top
Post subject: Re: solat jemaah


Salam


Berikut jawapannya, insya Allah:

Soalan 1:

Quote:
Apa yang ana belajar sebelum ini, kena berdiri belakang sikit dari imam.. camner tu?

Utk persoalan di atas, terlebih dahulu saya akan lampirkan SJ yg pernah dijawab oleh Sheikh THTL.

Quote:
7) Bagaimanakah kedudakan antara imam dan makmum apabila hanya 2 orang yg berjemaah (1 imam dan satu makmum). Ada yg menyatakan perlu di belakang, dan ada yg menyatakan perlu bersebelahan, cuma makmum harus ke belakang sedikit. Adakah terdapat nas dalam perkara ini?

Jawapan: Posisi makmum ialah di sebelah kanan Imam. HR Ibn Abi Syaibah, alMusyannaf dari Ibn Abbas ra)
SJ-2030: [Part 2/2] Pelbagai soalan mengenai solat


Di sini saya lampirkan dalil berkaitan perkara ini:

1. Dari Ibnu Abbas, ia berkata, "Aku pernah shalat bersama Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam pada suatu malam. Lalu aku berdiri di sebelah kiri beliau, kemudian Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam memegang kepalaku dari belakangku, lalu ia tempatkan aku di sebelah kanannya ....".
(Shahih Riwayat Bukhari)

2. Dari Jabir bin Abdullah, ia berkata, "Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam pernah berdiri shalat, kemudian aku datang, lalu aku berdiri di sebelah kirinya, maka beliau memegang tanganku, lantas ia memutarkan aku sehingga ia dirikan aku di sebelah kanannya. Kemudian datang Jabbar bin Shakr yang langsung ia berdiri di sebelah kiri Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam. Lalu beliau memegang tangan kami dan beliau mendorong kami sehingga beliau mendirikan kami dibelakangnya".
(Shahih Riwayat Muslim & Abu Dawud).

3. Dari Ibnu Abbas, ia berkata ; "Aku pernah shalat di sisi/tepi Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam dan Aisyah shalat bersama kami di belakang kami, sedang aku (berada) di sisi Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam, aku shalat bersamanya (berjama'ah)".
(Shahih Riwayat Ahmad dan Nasa'i).

Selain itu, Ibnu Juraij pernah bertanya kepada Atha' (seorang tabi'in), "Seorang menjadi ma'mum bagi seorang, dimanakah ia (ma'mum) harus berdiri .? Jawab Atha', "Di tepinya". Ibnu Juraij bertanya lagi, "Apakah si Ma'mum itu harus dekat dengan Imam sehingga ia satu shaf dengannya, yaitu tidak ada jarak antara keduanya (ma'mum dan imam) ?" Jawab Atha'; "Ya!" Ibnu Juraij bertanya lagi, "Apakah si ma'mum tidak berdiri jauh sehingga tidak ada lowong antara mereka (ma'mum dan imam)? Jawab Atha' : "Ya".
(Lihat : Subulus Salam jilid 2 hal.31).

Maka berdasarkan tiga dalil di atas dan atsar dari sahabat dan seorang tabi'in, kita dapat katakan bahawa apa yg jelas bahawa kedudukan seorang makmum adalah sejajar dgn imam.

Adapun berdirinya kebelakang sedikit dari imam seperti yg kita maklumi, mereka juga bersandarkan kepada dalil yg sama spt di atas(setakat yg saya ketahui). Berikut saya lampirkan petikan fatwa dari Mufti Brunei:

------
KEDUDUKAN MAKMUM TUNGGAL DALAM SAF SEMBAHYANG

Apabila sembahyang jemaah itu hanya dengan seorang makmum, maka disunatkan baginya berada di sebelah kanan imam, tetapi hendaklah ke belakang sedikit daripada imam. Manakala jika makmum berada di sebelah kiri atau di belakang imam, disunatkan baginya untuk berpindah ke sebelah kanan dengan menjaga daripada perkara-perkara yang membatalkan sembahyang seperti bergerak lebih daripada tiga kali berturut-turut. Walau bagaimanapun, hanya makruh hukumnya jika dia terus berada di kiri atau di belakang imam. Jika makmum itu tidak juga berpindah disebabkan jahil atau sebagainya, maka disunatkan bagi imam itu memindahkan makmum atau memindahkan dirinya supaya berada di depan sebelah kiri makmum, sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abbas Radiallahu ‘anhuma katanya yang maksudnya :

“Pada suatu malam saya tidur di rumah Maimunah dan Nabi Muhammad Shallallahu ‘alahi wasallam berada di sana malam itu. Beliau berwudhu dan berdiri untuk sembahyang. Saya bersamanya dan berdiri di sebelah kirinya tetapi beliau memindahkan saya ke sebelah kanannya”.(Hadis riwayat Bukhari)

-----
Soalan 2:

Quote:
2. Ada sahabat ana bagitau.. kalau sorang tu dah solat sorang2 kat tempat lain sebab dia tak jumpa orang utk buat solat jemaah, kemudian dia terjumpa ada orang buat solat jemaah, dia boleh join solat tersebut sebagai ganti solat sorang2 tadi.. betul ker ustaz?

saya lampirkan jawapan Sheikh THTL dalam Sj sblm terlebih dahulu:

Quote:
Assalamualaikum...

Apabila saya berkunjung ke surau setelah solat berjemaah selesai, biasanya saya akan solat sendirian. Tetapi apabila saya selesai solat bersendirian, saya dapati ada jemaah yang baru datang dan mengerjakan solat secara berjemaah. Apakah hukum saya mengulangi sembahyang tersebut dengan secara berjemaah?

kedua: Jika saya mengikuti solat secara berjemaah tersebut dan solat saya terbatal, adakah saya perlu melakukan solat semula ? atau solat saya yang pertama tadi (secara bersendirian) sudah mencukupi.

Jawapan: Hukumnya sah dan solat yg kedua itu menjadi solat sunat. Dalilnya dari Yazid bin Aswad. Hadis ini dikeluarkan oleh Ahmad, Abu daud, Termidzi dan anNasa'iy. Sayyid Sabiq ketika membuat komentar hadis ini mensyaratkan solat kedua itu hendaklah diniatkan sebagai solat sunat. Fiqh Sunnah.

SJ-2032: Solat 2X


Tidak ada percanggahan pendapat antara ulama' mengenai mengulangi solat sendirian dgn berjemaah. Dalilnya adalah spt yg dikemukakan oleh Sheikh THTL di atas iaitu:

Narrated Yazid ibn al-Aswad, Yazid prayed along with the Apostle of Allah (peace_be_upon_him) when he was a young boy. When he (the Prophet) had prayed there were two persons (sitting) in the corner of the mosque; they did not pray (along with the Prophet). He called for them. They were brought trembling (before him). He asked, "What prevented you from praying along with us?" They replied, "We have already prayed in our houses." He said, "Do not do so. If any of you prays in his house and finds that the imam has not prayed, he should pray along with him; and that will be a supererogatory prayer for him."[Hadith riwayat Abu Dawud]

Walaupun begitu, ulama' berbeza pendapat megenai solat apakah yg boleh diulangi. IA boleh dibahgikan kepada beberapa pendapat iaitu:

1) Syafi'iyah: Semua solat boleh diulangi
Antara Dalilnya:

a. Hadith di atas

b. From the Rasulullah saw that he said to Abu Dharr, when he informed him of the rulers who will delay the prayers beyond their times, " Pray the prayer in its time. If you have then happen to come accross the prayer with them, pray and do not say, "I have already prayed and so I will not pray again."[Hadith riayat Imam Muslim]

2) Mazhab Hanbali dan Maliki: KEsmua kecuali solat Maghrib

Mereka mengemukakan dalil yang sama seperti yg dikemukakan sebelumnya. Ttp mereka mengecualikan maghrib krn mengatakan sekiranya diulangi soalt maghrib itu, maka jumlah rakaat kaan menjadi genap. Sedangkan solat maghrib itu dijadikan 3 rakaat spy jumlah rakaat menajadi ganjil. Mereka jgua mengatakan menambah 3 rakaat solat sunat yang mana tidak terdapat sebrang nas berkaitannya di dalam syariat Islam.

3) Mazhab Hanafi: Hanya solat Zuhur dan Isha' sahaja boleh diulangi

Pendapat ini juga disandarkan kpd hadith yg seblum ini ttp mereka pula mengecualikan solat asar dan subuh. Mereka berhujah bawahawa waktu selepas solat subuh dan asar adalah waktu haram solat.

Kesimpulan

Berdasarkan hujah2 di atas, Dr Saalih Ibn Ghaanim al-Sadlaan,(Professor of College of Shariah Muhammad Ibn Saud Islamic University) pendapat yg rajih adalah pendapat yang pertama yakni boleh diulangi kesemua solat fardhu itu. WA.

Wassalam



RUJUKAN

http://www.assunnah.or.id/artikel/masalah/26makmum.php

http://www.alislam.or.id/konsultasi/archives/00000243.html

http://www.brunet.bn/gov/mufti/irsyad/pelita/2001/ic53_2001.htm

http://www.i-andalus.com/kemusykilan_agama.htm

Solatul Jamaah(Congretional Prayer)
oleh Dr Saalih Ibn Ghaanim al-Sadlaan
English Translation by Abu Rumaysah

0 comments:

Post a Comment