Jan 16, 2009

Mengikut Hukum Bukan Dari Mazhab Shafie

Salam :

Saya maklum bahawa saoalan berkenaan dengan "mazhab [email]bercampur@rojak"[/email] ini sudah agak kerap ditanyakan, cuma saya ingin sedikit penjelasan terperinci. Dah cari melalui SEARCH tetapi tiada yang betul betul berkaitan dengan isu ini.

Saya telah ditegur oleh seorang ustaz tentang pendapat jumhur ulamak tentang sentuhan suami isteri yang tidak membatalkan wudhu. Jawapan dari beliau adalah bahawa sekiranya kita ingin berpegang kepada pendapat itu yang bukan merupakan dari mazhab syafi', maka wudhu dan cara membatalkan air sembahyang yg lainnya juga mesti tidak mengikut imam syafi'..ini kerana perbuatan tersebut seperti tidak menghormati imam syafie; contohnya.. jika imam hanafi berpendapat bahawa sentuhan suami isteri tidak membatalkan wudhu', maka urusan pengambilan wudhu' dan pembatalan wudhu' harus mengikut imam tersebut. Jika tidak perkara tersebut dikira sebagai "talfiq" ..atau dalam kata lain, mengambil yang mudah ..

Lagi satu tambahan kepada soalan diatas ( saya rasa berkaitan ) adalah sekiranya kita berpegang bahawa persentuhan dengan perempuan tidak membatalkan wudhu(tidak mengikut mazhab syafie) bagaimana dengan perkara lain yang membatalkan wudhu seperti yang telah diputuskan dalam mazhab yang lain maksud saya contohnya dalam mazhab lain keluar bunyi dari perut membatalkan wudhu' tetapi dalam syafie tidak ,adakah kita perlu tahu secara detail perkara yang membatalkan wudhu dalam mazhab yang lain baru kita boleh berpegang dgn pandangan tersebut.Sekiranya tidak nanti solat kita tidak akan dikira sah dalam mana mana mazhab pun.

Minta tolong pihak panel jelaskan secara lanjut berkenaan dengan isu ini moga moga ianya akan memudahkan saya menjelaskan kembali kepada sekiranya ditanya oleh orang lain terutamanya yang sudah berusia dan mempunyai pengkhususan dalam pengajian islam.

wassalam :bazooka :burn :necoraman

*************
Salam

Persoalan talfiq telah byk kali kami bahaskan. Oleh krn sdr telahpun meneliti jawapan2 kami seblum ini dan keliru/kurang memuaskan hati sdr, kami sentiasa bersedia utk menjelaskan.

Talfiq bermaksud mencampur-adukkan pendpt mazhab yg berbeza2 bagi menanggapi suatu masalah. Jumhur ulama’ mengatakan tidak wajib beriltizam pada satu mazhab sahaja sebaliknya ia boleh memilih satu pendpt dari imam mazhab kemudian dalam pendpt yg lain memilih pendapat imam mazhab yg lain. Cthnya ialah sepertimana yg sdr maksudkan dalam soalan sdr di atas iaitu mengenai wudhu’.

Walaupun jumhur ulama’ membolehkannya, kita tidka nafikan terdapat juga perbezaan pendpt mengenai kebolehan talfiq ini. Ada yg mengharamkan secara mutlak, ada juga yg membolehkan dalam keadaan darurat dan ada juga yg mengatakan boleh dgn beberapa syarat(spt bukan memilih mengikut nafsu).

Pendpt yg terakhir merupakan pendpt yg paling menghampiri kebenaran krn tidak terdapat dalil yg mengharamkan talfiq ini.Dr Yusuf al-Qaradhawi mengatakan sekiranya memilih satu2 pendpt semata2 krn memilih yg ringan tanpa melihat pada dalil dan hujahnya, maka ini tidak harus. Dan terdapat ulama’ yg mengatakan jika seseorang itu memilih krn nafsu, maka dia fasik. Memilih cara ini dipanggil juga tatabbu’ ar-rukhas.

Mari kita kaitkan dgn soalan sdr. Dalam kes pembatalan wudhu’ misalnya. Pada umumnya, apa yg kita pelajari di m’sia sejak kecil bahawa wudhu’ itu terbatal dgn sentuhan dgn bukan mahram. Kita juga mempelajari kaedah serta rukun/syarat wudhu’ berdasarkan fiqh syafi’i. Jadi katakanlah sekrang apabila kita melihat pada hujah syafi’iyyah, kita dapati pendapat yg kuat ialah pendapat malikiah iaitu tidak batal wudhu’ kecuali dgn syahwat dan kita ingin menerima pakai pendapat ini, apakah perlu juga kita mengikut cara2, rukun/syarat2 malikiah? Kita katakan tidak perlu. Jika perlu, maka ini menimbulkan masalah bagi mereka yg ingin menggunakan pendpt yg rajih dalam satu2 amalan dan menjadi mustahil.

Bagaimana kita ingin menjawab kpd mereka yg mengutarakan pendpt seperti yg dikatakan oleh ustaz sdr?

Sekiranya pendpt ustaz sdr itu benar maka hampir seluruh rakyat m’sia telah berjual-beli secara tidak sah krn berdasarkan fiqh syafi’I, ijab kabul itu mesti dilafazkan. Dalam persoalan zakat pula, fiqh syafi’I tidak membolehkan pemakaian wang/duit sptmana yg kita lakukan skrang. Oleh krn, pemakaian nilai mengunakan duit ini bukan dari fiqh syafi’I, jadi wajiblah ke atas semua utk mempelajari syarat/rukun2 zakat bagi mazhab lain(mazhab yg membenarkan pemakaian nilai matawang).

Lanjutkan bacaan sdr ke URL berikut:
Fatwa Dr Yusuf Qaradawi - Bertaqlid kepada Mazhab
FATWA SHAIKHUL ISLAM IBNU TAIMIYYAH BERKAITAN TAQLID

Saya menyarankan agar sdr mendapatkan bahan bacaan yg berkaitan isu ini. Antara bahan bacaan yg mungkin boleh didapati ialah:
Pedoman2 Bermazhab dalam Islam
oleh Hafiz Firdaus Abdullah
Penerbit: Jahabersa
Harga: RM17.50

Sekian. WA.

Wassalam

RUJUKAN

I'lamul Muwaqi'in(Panduan Hukum Islam)
Ibn Qayyim al-Jauziyyah

Memahami Khazanah Klasik, Mazhab dan Ikhtilaf
Dr Yusuf al-Qaradhawi

Himpunan Isu2 Feqah Terpilih
Ustaz Basri Ibrahim

0 comments:

Post a Comment