Assalamualaikum.
fesyen dibenarkan oleh islam asalkan ia tidak melampaui batas2 agama. sejauh manakah kebenaran kenyataan tersebut dari sudut pandangan Islam (bersama penjelasan.. insyaallah)
adakah fesyen wanita terkini (cth: tudung segitiga, baju berlengan panjang ala t-shirt lelaki, seluar) sesuai pada pandangan islam? terdapat sesetengah muslimah yang mengatakan tidak mengapa, akan tetapi ada yang mengatakan di sebaliknya.
jazakumullahu khairan katsira
Kita lihat ayat-ayat al-quran dan al-hadith mengenai aurat dan perlakuannya orgnya:
Menutup perkara yg dituntut oleh syarak:
"Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yg zahir drpdnya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dgn tudung kepala mereka..." (Surah An-Nuur: ayat 31)
"Wahai nabi! Katakanlah kpd isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri mukmin: Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yg demikian itu supaya mereka lebih mudah utk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu." (Surah Al-Ahzab: ayat 59)
Menjaga pandangan dan pergaulan:
"Katakanlah Muhammad kdp org lelaki yg beriman, supaya mereka menyekat pandangan mereka drpd melihat yg
haram dan memelihara kpd kehormatan mereka. Yg demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah
amat mendalam pengetahuanNya tentang apa yg mereka kerjakan. Dan katakanlah kpd perempuan yg beriman
supaya menyekat pandangan mereka drpd melihat perkara haram, dan memelihara kehormatan mereka..." (Surah
An-Nuur: ayat 30 - 31)
Cara berjalan:
"Dan jgnlah kamu menghentak kaki utk ketahui org akan apa yg tersembunyi dari perhiasan mereka..."(Surah An-Nuur: ayat 31)
"Kemudian salah seorang dari perempuan dua beradik itu datang mendapatkannya dlm keadaan tersipu-sipu..." (Surah Al-Qasas: ayat 25)
Cara bercakap:
"Oleh itu jgnlah kamu berkata-kata dgn lembut manja (semasa bercakap dgn lelaki asing) kerana yg demikian boleh menimbulkan keinginan org yg ada penyakit di dlm hatinya (menaruh tujuan buruk kpd kamu) dan berkatalah dgn kata-kata yg baik (sesuai dan sopan)." (Surah Al-Ahzab: ayat 32)
Menjauhkan tabarruj dan tidak berlebihan:
"Setiap mata yg memandang sesuatu yg haram adalah mata penzina. Wanita mana saja apabila memakai wangian, lalu ia berjalan di muka majlis lelaki, maka begitulah ia." (Diriwayatkan oleh Ashabus Sunnan, menurut at-tirmidzi hadith itu hasan shahih)
Dari Musa bin Yasar r.a, ia berkata: Seorang wanita berjalan memalui Abu Hurairah r.a, sedang ia berbau
harum semerbak. Abu Hurairah r.a menegurnya: "Hendak ke mana wahai Hamba Allah?" Wanita itu menjawab:
"Ke Masjid." Abu Hurairah r.a bertanya: "Sedang kamu memakai wangian?" "Ya." Jawab Wanita itu. Abu
Hurairah r.a berkata: "Pulanglah dan mandilah. Aku mendengar rasulullah S.A.W bersabda:
"Allah tidak akan menerima suatu sembahyang dari seorang wanita yg keluar ke masjid sedang baunya harum
semerbak, hingga ia pulang dan dan mandi." (Diriwayatkan oleh Ibn Khuzaimah. Al-Munziri mengatakan
sanadnya bersambung dan rijal yg tsiqah)
Tafsiran ulamak Salaf dan khalaf mengenai Surah Al-Ahzab: ayat 59:
1. Ibn Hayyan dlm Tafsirnya Al-Bahrul Muhith ayat 59 diertikan memakai jilbab itu meliputi seluruh badan
2. Abu Bakar Ar-razi (terkenal dgn nama Al-Jashshash) dlm tafsirnya Ahkamul Qur'an menafsirkan bahawa wanita muda diwajibkan ke atas dirinya menutup wajahnya agar tidak terlihat oleh lelaki yg bukan muhrim serta wajib memperlihatkan tingkah laku sebagai wanita terhormat, sehingga tidak menjadi sasaran org yg rosak akhlaqnya.
3. Professor Dr. Abdul Karim Zaidan mengistilahkan jilbab dalam ayat 59 (Surah Al-Ahzab--Jalaabiibihinna) sejenis kain yang lebar yang dapat menutupi kepala muka dan dada. Jilbab ini dipakai ini dipakai diluar baju biasa yang dikatakan sekarang ini mirip milayah. (Ushulud Dakwah, Abdul
Karim Zaidan, m/s 195)
4. Sementara itu, Syeikh Nasiruddin Al-Albany bahawa adab susila pakaian muslimat ialah hendaklah ia menutup seluruh tubuhnya selain muka dan telapak tangan, tidak ada perhiasan yang nampak kelihatan dari luar pakaian, tidak terlalu nipis dan tidak terlalu sempit sehingga bentuk tubuh badannya kelihatan, tidak terlalu banyak memakai bau harum ketika keluar rumah,tidak menyerupai pakaian lelaki, pakaian orang-orang kafir dan tidak menyerupai pakaian orang yang meminta pujian. (Hijabul Mar'ah Al-Muslimah fil Kitab Was Sunnah, Syeikh Nasiruddin Al-Bany, m/s 89)
5. Imam Syirazi As-Syafie dlm Syarh Al-Muhazzabnya mengatakan bahawa seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali muka dan tapak tanganya.
6. Dan ulamak-ulamak lain.
Berikut adalah rumusan para fuqaha pakaian yang syar'ie bagi wanita Islam bersandarkan dalil dari Al-quran dan As-sunnah.
Ciri-ciri pakaian Muslimat:
1. Perempuan dilarang memakai pakaian lelaki dan lelaki juga sebaliknya. Ini disebut dalam Hadith riwayat Imam Ahmad dan lain-lain.
2. Dilarang bertasyabbuh(menyerupai) lelaki dan lelaki juga sebaliknya. Ini disebut dalam hadith riwayat Bukhari.
3. Menutup kepala, leher dan kedua belah dada. FirmanNya:
"Hendaklah mereka itu melabuhkan tudungnya (bikhumuri) sampai ke dadanya(juyuubihina)." (Surah An-Nurr: ayat 31)
Pengertian Khumur (tudung), iaitu semua alat yang dapat dipakai untuk menutup kepala. Juyub (kata jamak/plural) daripada perkataan jaibun, iaitu belahan dada yang terbuka, tidak tertutup oleh pakaian/baju. Maksudnya, seorang muslimah itu mesti sekurang-kurangnya memakai
sebarang pakaian yang dapat menutup kepala dan dilabuhkan sampai menutup kedua-dua belahan dadanya.
4. Tidak nampak tusuk tubuh badan, dan tidak nipis. Ini disebut dalam hadith riwayat Muslim daripada Abu
Hurairah (perihal perempuan berpakaian tetapi telanjang).
5. Menutup semua kecuali muka dan tapak tangan. Ini berdasarkan hadith riwayat Abu Dawud daripada
Aisyah (perihal Nabi dengan Asma',iparnya) dan ayat berikut (surah Al-Ahzab: ayat 33), maksudnya:
"Dan tinggallah kamu (wahai isteri-isteri nabi) di rumah dan jangan kamu menampakkan perhiasanmu seperti
orang jahiliyyah dahulu."
Terdapat khilaf dlm perkara 5 ini, kerana sesetengahnya menolak hadith dari Aisyah perihal Nabi dgn
Asma', kerana hadith tersebut terkenal dgn kedha'ifannya (sanadnya mursal). Ada setengahnya menganggap semua tubuh wanita termasuk muka dan tapak tangan adalah aurat. Mereka yg berpegang kpd pendapat ini adalah ialah Sa'id Ramadhan Al-Buti, Al-Maududi, Bin Baz dan Muhammad Ali As-Shabuni (sekadar menyebut nama). Manakala dlm Mazhab Hanafi pula mengatakan muka, tapak tangan dan pergelangan kaki ke bawah bukan aurat.
Syeikh Muqatil (ulamak tafsir) berkata yang dimaksudkan dengan tabarruj (dalam ayat 33 surah Al-Ahzab) itu ialah melepaskan tudung dari kepala dan tidak diikatnya sehingga kalung, leher nampak ke semuanya. Ataupun tudung wanita kebanyakan di Malaysia yang menampakkan leher dsb.
6. Tidak berlebihan (tabarruj) dan keterlaluan, menunjuk-nunjuk dan tidak disertai dgn bauan yg harum memikat qalbu lelaki. Sama dengan ayat Surah Al-Ahzab tadi. Di sini warna juga memainkan peranan yg penting, warna yg terlalu strike (terang) juga boleh memikat lelaki.
7. Tidak berpakaian yang specific untuk pakaian agama kuffar spt buddha, yahudi atau nasara atau yang seantara dengannya. Ini diperkuatkan dengan hadith rasulullah (man tasyabbaha biqaumin fahuwa minhum)
--Barang siapa menyerupai sesuatu kaum itu, maka ia tergolong dalam golongan tersebut--. In other word, jangan memakai pakaian yang menyerupai agama lain.
Cuba kita check pakaian sendiri, adakah ia memenuhi ciri-ciri di atas? Tidak semestinya pakaian ala melayu sahaja yang boleh, semua boleh (ala melayu ke, ala thai, ala australia, ala hindustan etc) asalkan memenuhi ciri-ciri di atas.
Semua pakaian di atas MESTI disertai dengan akhlaq yang unggul agar dapat membezakan diri dengan non-muslim. Tanpa akhlaq, pakaian kita cacat, umpama kaki yang tempang ketika berjalan. For example, tidak bergaul bebas, tidak bersentuhan bebas, menjaga pandangan (Surah An-Nuur: ayat 30-31), cara berjalan(Surah An-Nuur: ayat 31 dan Surah Al-Qasas: ayat 25), cara bercakap(Surah Al-Ahzab: ayat 32)
dsb.
Wallahua'lam
Rujukan:
Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Syeikh Yusuf Al-Qardhawi
Rawai'ul Bayan Tafsir Ayatil Ahkam Minal Qur'an Al-Juz Thani, Syeikh Muhammad Ali As-Shabuni
Fatwa Muasirah (Jilid 5 dan 6), Al-Qardhawi
Usul Ad-Dakwah, Dr. Abdul Karim Zaidan
Al-Fiqh Islami Wal Adillatuhu, Dr. Wahbah Zuhaili
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment