Jan 25, 2009

Makan Daging Nazar

Assalamualaikum

Tahun lalu saya ada buat nazar akikah, kemudian saya memakan dagingnya kerana
terlupa hukum mesti dibahagi semuanya.

Dalam mazhab Syafie, wajib ganti, tetapi saya tak ingat berapa banyak saya sudah
makan. Bagaimana ?

Ada tak kata para salafussalih yg membolehkan makan daging nazar, supaya tidak
merasa berdosa dan bersalah ?

Jika tidak, perlukah saya bertaubat ?

Saya benar-benar takut termakan yg haram atau termakan bukan hak saya
Shukran.

~~~~~~~~~~~~~~~~reply
THTL-

salam,


mengenai kemusykilan anda tu.

Fatwa Lajnah Daimah KSA, # 23/292

Jika nazar itu khusus menyebut atau anda niatkan bahawa anda tidak mahu memakan dagingnya, maka anda haramlah memakannya..

Jika anda tidak menyebut atau meniatkan, maka ia dikembalikan kpd hukum adat di tempat anda. Jika masyarakat di tempat anda menetapkan nazar itu bermakna tidak boleh makan dagingnya, maka begitulah hukumnya.

demikianlah fatwa lajnah fatwa arab saudi yang berasaskan manhaj salafiyah.

Jika anda keliru dan tidak tahu, maka ia dikembalikan kpd hadith:

HR Daruqutni dari Tsauban,
" di angkat dari ummatku hukum jika mereka dipaksa, terlupa atau tidak sengaja." sahih alJaami' # 446 (al-albani)

Jika anda merasa ingin menebus kesilapan itu dan ingin mengganti daging, maka bisa sahaja dibeli daging yg baru. Contohnya anda anggarkan anda telah memakan hampir sekilo daging, maka belilah sekilo daging...

sekian

0 comments:

Post a Comment