Jan 17, 2009

Berkabung

Assalamualaikum

Ashabul fadhilah hafizukumullah...

Soalan saya:

1. Apakah hukum menetapkan pakain tertentu seperti baju hitam/sokong berlilit putih dsb sebagao tanda berkabung atas kematian seseorang?

2. Sekiranya haram, apakah tindakan yang munasabah bagi saya sebagai seorang penjawat awam yang diwajibkan memakai pakaian sedemikian?

Syukran lakum wa barakallahu fikum

*********************
Wassalamualakum

al-Jawab:

1. Berkabung tu maksudnya kesedihan dan kesuraman kerana kematian. Maka uruf menetapkan warna yg sinonim dgn suasana kesuraman berkabung ialah hitam dan putih. Islam tidak mencegahnya kerana mmg warna itu sesuai melambangkan kesedihan. Jika janda memakai pakaian batik dan berwarna, maka hilanglah maksud kesedihan dan kesuraman...di tanah arab, wanitanya mmg secara azali memakai warna gelap, maka tidak timbul isu warna di sana. Maka penetapan warna hitam dan putih sebagai warna berkabung tidak bercanggah dgn maksud berkabung itu sendiri, cuma tidak boleh dikaitkan dengan sunnah.

2. Penjawat awam dikehendaki akur dgn ketetapan Pemerintah.

0 comments:

Post a Comment