Dec 16, 2008

Jumlah Huruf Dalam Kalimah Tauhid

Assalaamualaikum,

Saya agak keliru berapakah jumlah sebenar huruf yang terdapat di dalam Kalimah Syahadah, dan ada yang mengatakan jumlah huruf tersebut mempunyai maksud yang tersembunyi. Apakah maksud tersebut ? :confused:


وعليكم السلام و رحمة الله وبركاته
{ بسم الله الرحمن الرحيم }
(( رب إشرح لي صدري و يسرلي أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي ))

SU – 00045 : MISTERI DI SEBALIK KALIMAH TAUHID

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih sekali lagi kepada Saudara /I Nim yang telah mengemukakan soalan di atas .

Nampaknya saudara/I sekali lagi telah bertanya kepada kami mengenai masalah “ Ilmu Ketuhanan “ . Dan berikut ini adalah jawapannya dengan izin dan hidayah daripada Allah Ta’ala .

Jumlah huruf di dalam kalimah Tauhid adalah sebanyak 12 huruf :

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ

“ TIDAK ADA SAMA SEKALI TUHAN YANG LAYAK DISEMBAH DAN DIIBADATI MELAINKAN ALLAH “.

Mengapakah ia dibawa dengan 12 huruf ?. Itu satu soalan yang tidak pernah disuruh kita bertanya dan ia tidaklah berfaedah untuk ditanya .

Tidak berfaedah kerana kalau setakat tahu mengapa kalimah itu terdiri drp 12 huruf TIDAKLAH MENYEBABKAN kita akan masuk terus ke dalam syurga tanpa hisab .

Tidak berfaedah juga disebabkan kalau tidak tahu mengenainya pun tidaklah menyebabkan kita akan dihumbankan ke dalam nerakan jahannam ( wal’iyadzu bilLahi min dzalik ) .

Kalau ia benar-benar penting sehingga mesti diketahui apakah rahsianya disebalik 12 huruf yang tekandung di dalam kalimah Tauhid itu , nescaya ( pastilah ) Allah Ta’ala dan Rasul-Nya s.a.w dah lama memberitahu kita mengenainya di dalam al-Quranul Karim dan di dalam sunnah Baginda Rasulullah s.a.w .

Kami menasihati saudara/I dan semua para pengunjung al-Ahkam Online agar memberikan penekanan di dalam memahami Ilmu-Ilmu yang bersifat Fardhu ‘Ain , bukannya ilmu-ilmu ( seperti teka-teki ) sebegini .

Betulkan cara-cara ibadah kita ( khasnya mengenai sembahyang ) , cara bacaan al-Quranul Karim , betulkan ‘Aqidah kita dan tingkatkan akhlaq kita . Itu LEBIH DITUNTUT daripada belajar “ ilmu teka-teki “ ini . :super

Apakah maksud tersembunyi di sebaliknya ? .

Wallahu A’alam , kami sendiri tidak tahu apakah erti yang saudara/I kehendaki daripada “ maksud tersembunyi “ itu , akan tetapi jika mahu tahu apakah pengertian dan tuntutannya maka silalah membaca , mempelajari dan meneliti :

( 1 ) ~ HAKIKAT 2 KALIMAH SYAHADAH ~ Oleh al-Fadhil Ustaz (Dr ) Abdullah Yassin ha .

( 2 ) ~ MUQADDIMAH AQIDAH MUSLIM ~ Oleh : Tuan Guru Datuk Seri M.B Terengganu Darul Iman .

( 3 ) ~ AL – ISLAM ~ Oleh : Al-‘Allamah Almarhum Syeikh Said Hawwa rh ( kami tidak pasti adakah buku ini ada terjemahhanya di dalam B. Melayu / Indonesia . Kalau ada , inilah buku yang terbaik yang menjadi pilihan kami untuk permasalahan seperti ini ) .

( 4 ) ~ APAKAH ERTINYA SAYA MENGANUT ISLAM ? ~ Dr. Fathy Yakan ( buku paling popular di kalangan para aktivis gerakan dakwah islam sedunia ) . Cuba lihat di sini : [color=blue] Diskusi Biografi Pengarang “ Apakah Ertinya Saya Menganut Islam ? “http://alahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB1&Number=12055

Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad

و صلّى الله على سيّدنا محمّد و على آاله و صحبه و سلّم والحمد لله رّب العالمين

و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
02 / Rabi’ul Awwal / 1424 H
04 / Mei / 2003 M

0 comments:

Post a Comment