Jan 22, 2009

Berdakwah Di Gereja

saya nak bertanya ttg hukum orang-orang islam yg masuk ke gereja untuk berdakwah kpd org-org kristian. saya biasa masuk ke gereja untuk belajar berbahas dengan orang-orang kristian tentang kristianiti as a whole and their holy scripture, the bible. dan biasanya kami tidak pergi secara berseorangan tapi secara berjemaah.

bagaimana pula halnya jika pergi sacara berseorangan?

kalau tuan-tuan tau ada riwayat sahabat atau sbg nya yg boleh dikongsi bersama dlm hal ni, silalah beritahu di sini.

wassalamualaikum

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~Reply
wsm

tidak ada larangan masuk gereja jika ada sebab spt itu. Bahkan Imam Bukhari meriwayatkan dari Ibn Abbas, bahawa Ibn Abbas berkata, " aku mendirikan solat di gereja kecuali gereja yg ada patung-patung." (alSahih: 1/531)

Jika solat dibolehkan, maka apatah lagi utk berdialog dgn mereka. Cuma sikap Umar alKhattab spt yg dilapurkan oleh Imam Abd Razzaq alSun'ani dlm alMusannif. ketika Umar datang ke Syam sepelas kajatuhan Syria , Umar enggan masuk gereja kerana dia benci kepada patung2 (jesus dan virgin mary) di dalamnya." (almusannif: 1/411)

s2s

0 comments:

Post a Comment