Dec 11, 2008

Siri #1: Seputar Kitab dan Pengarang

Siri #1: Seputar Kitab dan Pengarang

Fiqh Sunnah siri 1: Pengenalan

Segala puji bg Allah tuha semesta alam. Selawat dan salam atas pemimpin para Rasul yang bersabda,” Barangsiapa yang dikehendaki baik oleh Allah, maka ia akan diperi kefahaman akan agama.” [Bukhari-Muslim]. Juga kepada keluarga, para sahabat peraih keberkahan dan orang2 yg mengikuti pemahaman dan petunjuknya hingga hari pembalasan.


Berkenalan dgn Pengarangnya:

Beliau adalah Sayyid Sabiq, lahir di Istanha, Mesir, pada tahun 1915, mendapat pendidikan al-Azhar dan beliau mengikuti dakwah dan jama’ah Ikhwan Muslimoon pimpinan Ustaz Hasan alBanna. Menyertai al-Azhar sebagai tenaga pengajar dan juga aktif dalam pergerakan Ikhwan termasuk menyertai perang Palestine. Beliau dipenjara selama dua tahun dari 1947-1948. Berhijrah ke Saudi dan mengajar di Ummul Quraa, Mekah dan kembali ke Mesir dan wafat pada Februari 2000. Hasil karyanya yg monumental (terpenting) ialah Fiqh Sunnah (3 jilid) dan membawa beliau mendapat anugrah alMalik Faisal 1994 dan sebelum itu ia mendapat Anugrah Awam Mesir, 1992.

Kitab Fiqh Sunnah

Kitab ini menurut sejarah pergerakan Ikhwan Muslimoon adalah cetusan idea Ustaz Hasan alBanna sendiri (mursyid pertamanya, wafat 1949) supaya ditulis sebuah kitab Fiqh berasaskan nas yang mudah dan ringkas. ia bertujuan menyatukan pegangan fiqih anggota Ikhwan di atas al-Qur;an dan asSunnah dan mengurangkan fanatik madzhab. Oleh kerana Ustaz Hassan melihat keilmuan dan bakat Syaikh Sayyid Sabiq, maka tugas itu diserahkan kepada beliau dan beliau menyiapkan pada tahun 1946. Dinamakan Fiqh Sunnah, kata Sayyid Sabiq ialah kerana ia adalah perbahasan masalah fiqh Islami yg disertai dalil2 keterangan bersumberkan alQur:an, Sunnah dan ijmaa’. Wawasan kitab Fiqh Sunnah ialah menghapuskan fanatik madzhab dan melenyapkan suatu kepercayaan lama bahawa pintu ijtihad telah ditutup.

Komentar alMuhaddith al-Albani (w. 1999):

alMuhaddith al-Albani ialah ahli hadith yang memandang tinggi nilai kitab ini kerana ia begitu luas penyibarannya, hingga ia digunakan di Russia (Sayyid Sabiq menemui kitabnya ini semasa mengunjungi Russia). Beliau mengomentar: Kitab Fiqh Sunnah, adalah antara kitab terbaik kerana materi, sistematis dan bahasanya yang mudah. Yang terpenting ialah kerana kitab ini membuka kepada pintu sumber asal Islam: AlQur:an dan asSunnah (Albani, muqaddimah Tamam alMinnah)

Buat pertama kali secara eksklusif di al-Ahkam.net, saya akan menyajikan secara bersiri Syarah atas Kitab Fiqh Sunnah berdasarkan pengajian awal saya da pendedahan awal saya dlm ilmu fiqh ialah melalui kitab Fiqh Sunnah. Setelah bertahun-tahun bergelumang dgn fiqih internet, maka saya memberanikan diri membuat syarahan terkini kerana kitab ini telahpun berusia 60 tahun dan dibantu dengan kitab Ta’aliq (Komentar) oleh alMuhaddith al-Albani yang berjodol ‘ Tamam alMinnah fi atTa’liq ‘ala Fiqh Sunnah ‘ (Kesempurnaan Anugrah dalam Mengomentari Fiqh Sunnah), maka dirasakan perlu disyarah supaya kitab penting ini terus releven dengan perjalanan masa.

Saya akan menggunakan Kitab Fiqh Sunnah asal edisi tahqiq, terbitan Daar alFath, Cairo, cetakan pertama, 1998, 4 Jilid. Edisi terjemahan bahasa Melayu yang saya gunakan ialah terjemahan Mahyudin Syaf, PT alMa’arif Bandung (14 Jilid)

Manakala kitab alMuhaddith al-Albani ialah Tamam alMinnah fi atTa’liq ‘ala Fiqh Sunnah, terbitan Daar arRayah, Riyadh, edisi ke 5, 1998

Semuga Allah memberi kekuatan untuk saya meneruskan Syarah ‘ala kitab Fiqh Sunnah supaya membantu anda memahami fiqh berdasarkan alQur:an dan Sunnah yang bebas dari pengaruh fanatisme madzhab.

Siri 2: Syarah Fiqh Sunnah: Komentar Tamam alMinnah

0 comments:

Post a Comment